special chapter part 5 // Jungkook

1.7K 105 1
                                    

Selepas makan di shopping mall, Daehee menarikku masuk ke dalam kedai cd pula. Cari dvd kartun kegemarannya mungkin.

"Omma, tengok ni!" Daehee berlari anak ke arahku. Dia menunjukkan sebuah album kepadaku.
BTS.

"Daehee nak ni! Omma belikan laaa," ujar Daehee. "No. Nanti appa kamu tanya macam mana?" soalku.
"Daehee nak! Daehee nak jugak!" rengek Daehee. Dia menghentak-hentakkan kakinya. Budak kecil sepatutnya hentak kaki sebab nak mainan, yang ni lain pula alkisahnya.
"Yelah2," akhirnya aku mengalah. Daehee bersorak gembira. Ikut perangai siapalah dia ni?

"Omma! Omma!" panggil Daehee dar dalam biliknya. Aku cepat bergegas naik ke atas.

"Wae?" soalku.

"Tadaa!" Daehee menunjukkan poster album baru BTS yang dia dapat free bersama album yang terpaksa aku belikan untuknya tadi. ((Daehee seorang fanboy tegar huhuhu untung Daehee dapat album))
"Daehee dapat gambar Marc," dia menghulurkan photocard Marc (bukan nama sebenar) kepadaku. Aku menatap foto tersebut.

"Jungkook..." kataku.

"Apa?" Daehee yang teruja melihat poster yang tertampal di dinding terus menoleh memandangku.

"Tak..takda apa," balasku.
"Nah," aku menghulurkan photocard tersebut kembali ke tangan Daehee.

"Saya nak omma simpankannya," ujar Daehee.

"Eh..kenapa kamu tak nak simpan sendiri?" soalku.
"Saya takut hilang lagi.." tiba2 muka Daehee muram. Dia telah hilangkan gambar ibu kandungnya setahun yang lepas, ketika dia berumur 4 tahun.
Walaupun berlambak gambar ibu kandungnya itu di dalam album, hanya ada satu gambar yang menjadi favorite nya kerana baginya ibu kandungnya itu tersenyum dengan manis sekali di dalam foto tersebut.

"Hmm..arasseo," kataku lalu merenung gambar Jungkook yang ada di tanganku. Kepala Daehee diusap penuh kasih sayang.

Sabtu seperti yang dijanjikan, reunion kelas mereka waktu highschool diadakan di sebuah restoran. Seulgi menyapanya dari belakang membuat dia terkejut.
"Seulgi!" aku menampar lengannya. Dia ketawa perlahan.
Kemudian Seulgi memandang ke bawah pula.
"Daehee! Dah besar kamu nampaknya!" ujar Seulgi excited sambil bongkok memandang Daehee. Daehee pula terkelip-kelip matanya.
"Saya...tak kenal makcik pun," jujur sungguh budak ini. Seulgi tersengih.
"Memang la. Masa tu kamu baby lagi. Asyik menangis je," ujar Seulgi.
"Saya kuat nangis masa baby?" soal Daehee.
"Yup. Awak asyik nangis je," jawab Seulgi sambil mengangguk.
"Kenapa saya nangis?" soal Daehee.
"Manalah saya tahu. Kamu yang nangis." ujar Seulgi bersahaja. Daehee seperti berfikir-fikir. Dia cuba mengingati saat itu agaknya --'

Kemudian, Seulgi menarik aku ke tempat yang sudah ditempah oleh mereka. Terkejut aku masing2 sudah lain dan lebih matang. Ada yang macam mak orang, ada juga yang masih seperti dulu.
Bermacam pekerjaan mereka. Dan sudah tentu mereka bertanyakan pasal Daehee. Jadi aku jawab dengan jujur saja.

"Eh, korang agak2 Jungkook datang tak?" soal rakan sekelasku, Yujin.
"Entahlah. Dengar cerita dia dah jadi artis kan? Mesti tak datang kot. Busy kan. Lagipun, dia hilangkan diri sebelum sempat graduate," ujar Bogum pula. Aku hanya diam saja. Seulgi memandangku.
"Ada sesiapa contact dia ke?" soal Seulgi. Masing2 menggeleng.
"Kitorang pun dah lost contact dengan dia," ujar Yujin. Dia dan rakan lelaki lain sudah lost contact dengan Jungkook. Tak pasti kalau ada yang masih berhubungan dengan Jungkook.
Aku pandang Daehee. Dia hanya dengar saja sambil mulutnya penuh dengan makanan.
"Kalau Jungkook tu datang, memang satu keajaiban," ujar Yujin. Yang lain bersetuju sahaja.
"Haha. Keajaiban yang mustahil," tambahku. Yang lain hanya mengangguk. Seulgi memandangku.
Apa? Betul lah kan?

"Siapa kata mustahil?"
tegur satu suara dari belakangku. Mataku terbeliak. Aku kaku mendengar suara itu.

"Yah! Jungkook?!!" Yujin dan lain2 semua terkejut. Mereka terus meluru ke belakangku.
Namun aku, masih tak mampu menoleh. Seulgi memegang bahuku.
"Dia...ke?" soalku. Seulgi mengangguk. Perlahan-lahan aku menoleh.
Wajah Jungkook betul2 di depan mataku!
"Meh duduk sini," Yujin menarik sebuah kerusi kosong dan diletakkannya di sebelahku. Jungkook hanya duduk saja di situ. Aku pula dah membatu.
"Omma....ni..ni..bukan Marc ke?" soal Daehee. "Ah, nae? Aah...dia.." aku tak tahu nak cakap macam mana.
"Soonyoung, tu anak awak ke?" soal Jungkook. Aku menoleh perlahan.
"Ah..se-sebenarnya dia..anak kakak saya. Tap-tapi mak dia dah lama meninggal," jawabku sambil tunduk.
"Oh..."

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now