"Dah sampai," ujar Myunghee. Aku memandang rumah banglo di depan mataku ini. Besarnya! Mulutku hampir saja dimasuki lalat, tahi lalat, dan jenis2 lalat yang lain.((sorry if u guys tengah makan ke apa. bab ni memang penuh sikit dengan kejijikan xD))Tiba2 satu petikan jari menyedarkan aku dari lamunan.
"Awak ni dah kenapa? Tercangak macam patung. Saya dah masuk rumah tadi, ingat awak dah masuk sekali," ujar Myunghee bercekak pinggang memandangku.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Dah lama rupanya aku tercegat kat sini.
Aku masuk pula ke dalam rumahnya. Terdapat taman yang luas, dan garaj kereta. Masuk ke dalam lagi, terbentang luas rumah tersebut. Ni rumah ke istana?!
Walaupun hiasannya simple tapi tetap elegen bagiku.
Sekali lagi aku terpegun."Besar..." gumamku.
Myunghee memandangku. "Kalau besar tapi sunyi pun tak guna," katanya lalu menghilang entah ke mana.
Sunyi? Selama ni dia sunyi ke? Aku berjalan pula ke arah ruang tengah. Terdapat meja makan. Dan di sebelah kiri terdapat pula kolam renang. Aku berjalan lagi ke ruang seterusnya terdapat tv dan beberapa almari hiasan. Aku berjalan lagi menaiki sedikit tangga yang terus menyambungkan dengan ruang dapur.
Ternampak Myunghee mengeluarkan barang2 yang baru dibelinya di pasaraya tadi.
"Awak nak masak?" soalku. Dia menoleh. "Yelah. Jeremy dah lapar sangat. Awak makan sekali sini ya?" katanya. Aku hanya mengangguk.
"Erm...boleh tak tolong tengokkan Jeremy kat atas?" pinta Myunghee dengan senyuman kekok. Aku membalas senyumannya lalu mengangguk. Mungkin dia tak selesa aku di dapur. Aku kembali ke ruang depan lalu meniti tangga satu persatu.
Aku melihat koridor tersebut. Di hujungnya terdapat lagi satu ruang tamu. dan sepanjang koridor tersebut terdapat banyak pintu bilik. Sekali lagi, aku merelakan segala macam jenis lalat untuk masuk ke dalam mulut aku.
Selepas makan bersama, kami menghantar Taehyung ke depan pagar.
"Terima kasih, layankan perangai adik saya," ucapku lalu bow. Taehyung tersenyum dan mengangguk kecil. Dia kemudian bercangkung di depan Jeremy.
"Jaga diri, ya. Dan dengar cakap kakak kamu." katanya lalu mengusap kepala Jeremy. Jeremy tersengih. Dia memandangku dengan evil stare pula. Aku membulatkan mataku.
Taehyung yang perasan perbuatan kami berdua hanya menggaru kepala.
"Taehyung, boleh tunggu kejap?" soalku.
Kim Taehyung memandangku. Aku memandang Jeremy."Jeremy, dalam peti ais tu ada coklat kakak beli. Kamu pergilah ambik," ujarku. Mata Jeremy terus bersinar. Tetapi bila dia perasan sesuatu, dia hanya menggeleng.
"Saya nak tengok sampai hyung ni hilang dari mata saya," ujarnya. Dah agak, budak ni degil!
"Ingat tak apa hyung cakap tadi?" soal Kim Taehyung.Jeremy terus berubah muka.
"Yelah...yelah..." katanya malas lalu lambat2 masuk ke dalam. Hish! Siapa la yang ajar dia ni.
Walauapapun, I feel amazed. Macam mana dia boleh dengar je cakap Kim Taehyung?"Jadi, apa dia?" soal Kim Taehyung menyedarkan aku dari lamunan.
"Saya nak mintak tolong awak sikit..." kataku perlahan sambil muka tertunduk.
"Apa?" dia menunggu jawapanku.
"Tolong saya. Saya perlukan awak sampai mak cik Yui balik. At least lepas balik sekolah. Tolong saya jaga Jeremy. Saya tak tahu kenapa tapi dia hanya dengar cakap awak. Dia paling degil untuk dengar cakap saya. Tolonglah, Kim Taehyung. Saya boleh bayar awak," rayuku.
Ok time ni peluang untuk gunakan muka kesedihan aku ni. Taehyung hanya merenung aku dalam2. Berfikir kot?
"Tak fahamlah. Kenapa dia paling degil dengar cakap awak and dia dengar cakap saya?" soal Taehyung. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Budak ni boleh pulak tak faham!
"Entahlah..mungkin sebab Jeremy nak sangat abang lelaki. Ah! Papepun tolong lah saya! Saya perlukan awak, Tae. Dia suka awak," kataku.
Kim Taehyung buat muka blank nya. Aku menggoncang-goncangkan dirinya.
"Baiklah2," katanya dengan nada tergoyang-goyang. Aku tersenyum lebar. "Terima kasih!" kataku lalu terus memeluknya akibat gembira sangat.
Aku melepaskan pelukan. Muka lelaki itu terus merah. "Eh ah..em sorry," ucapku dengan wajah tertunduk memandang tanah.
Malunya lah! Aku agak terbiasa dengan pelakuan ni di Amerika tengok sajalah si Jackson tu suka hati dia saja memeluk aku depan semua orang haritu. Pening!
"Saya..balik dulu," ujarnya dengan senyuman. Aku mengangguk, melihat lelaki itu hilang dari pandangan.
Myunghee! Apa kau buat tadi tu??! ahhh. Sungguh memalukan!
"Kakak," tiba2 suara Jeremy datang dari arah belakang. Aku menoleh. Budak lelaki itu sedang memegang handphonenya dengan gaya menangkap gambar. Dia menunjukkan gambar yang baru ditangkapnya senyap2.
"Jeremy!!!!!" jeritku lalu budak itu terus masuk ke dalam sambil ketawa terkekek-kekek.
Budak nakal!!! Dia tangkap gambar aku peluk tadi! Gambar kami masing2 malu! AAHHHHHHHHH! I WILL KILL YOU SOON, JEREMY!
YOU ARE READING
I'm Yours [COMPLETE]
FanfictionKim Taehyung pelik. Dia ada ramai peminat tapi tak pernah ada gf. Persoalannya, kenapa? Myunghee, seorang perempuan desperate yang cari bf. Lagi sekali, kenapa? Untuk merungkai semua persoalan ni, anda perlu klik Read Now and save as your reading li...