Asyik baca kisah cinta si Taehyung dengan Myunghee je. Jom kita selongkar kisah cinta ahli BTS yang lain plak.
Namjoon x Sica
"Erm....ermm,"
Aku memandang gadis di hadapanku. Lamanya pilih minuman dari mesin minuman automatik ni. "Miss, boleh cepat sikit tak?" tegurku. Dia menoleh.
"Maafkan saya. Duit saya tak cukup sebenarnya," katanya sambil memandang lantai.
"Lah..nape tak cakap awal2," aku terus mengeluarkan duit not 1000 won dan memasukkannya ke dalam mesin minuman.
"Pilihlah mana awak nak," kataku. Dia menekan punat di mesin air tersebut dan mengambil airnya lalu terus pusing belakang memandangku.
"Thank you, Namjoon. Ermm saya janji akan bayar balik," ucapnya dengan senyuman yang paling menawan aku pernah jumpa. Aku hanya mampu mengangguk disebabkan debaran di hati yang kunjung tiba.Sejak itu aku tahu. Yang aku mula tertarik padanya.
Sica seorang player tennis sekolah. Namjoon selalu perhatikan Sica dari luar gelanggang tennis.
"Namjoon!" jerit Sica sambil melambai ke arahnya.
Beautiful...
Gadis itu mula menghampirinya dengan senyumannya yang ceria.
"Awak tengok saya main?" soal Sica sambil mengelap peluhnya. Aahh...
Entah kenapa tiba2 ada slow motion pulak di mata Namjoon.
"Ha'ah. Awak sangat hebat," ujar Namjoon. "Ke awak tengok skirt saya yang pendek ni?" seloroh Sica dengan pandangan tajam sambil bercekak pinggang. "Eh ahh, ma-mana ada macam tu," Namjoon malu sendiri. Macam mana Sica tahu ni? Dia menelan air liurnya.
"Haha! Nakal lah awak ni!" Sica mengusik hidung Namjoon sambil ketawa. Namjoon hanya tersengih. Nasib baik gadis tu tak marah padanya. "Saya nak pergi tukar baju. Awak tunggu saya kat luar sekolah ok?" ujar Sica.
"Saya tunggu awak," Namjoon mengenyitkan matanya membuat Sica tertawa lagi.Jin x Yuri
"Oppa~~~~" panggil Yuri dengan manja. Dia berjalan ke arah dapur dan ternampak Jin sedang masak sesuatu. Dengan manja sekali Yuri memeluknya dari belakang. Bau aroma masakan Jin mencucuk hidungnya dari dalam biliknya lagi.
Tiba2 Jin terus pusing dan memegang kedua bahu Yuri.
"Yuri duduk duluuu~" Jin membawa Yuri terus ke meja makan dan menyuruh Yuri duduk. "Oppa akan hidangkan kejap lagi," ujar Jin sambil wink dan dia kembali ke dapur. Kemudian dia kembali dengan pinggan dan hidangan yang tertutup. Bau aroma masakannya menggoncangkan perut Yuri.
"Oppa..I'm so sorry but tomorrow Yuri ada kerja modelling so I need to diet," ujar Yuri dengan lembut tak mahu mengguriskan hati boyfriendnya itu.
"Sebab tu oppa masak makanan berkhasiat untuk awak," ujar Jin lalu membuka penutup hidangannya. Mata Yuri terus membesar. Dia menelan air liur.
"Betul ke oppa?" soal Yuri dengan mata bersinar. "Yes, jagiya. No lemak, no kalori," ujar Jin dengan senyuman matanya. Jin meletakkan makanan ke dalam pinggan. Dia mengambil chopstick untuk menyuap Yuri. Yuri tersenyum malu. Ngap sajelah kan.
"Oppaaaaaaa, goldennya lah masakan oppa ni!" puji Yuri. Jin tergelak kecil mendengar pujian over Yuri. "Makan sampai habis ok?" ujar Jin. Yuri mengangguk laju kemudian dia menyuapkan Jin pula.Suga x Hana
Suga dan Hana melepak di sebuah taman jauh dari sekolahnya. Mereka mendengar lagu dari earphone yang sama. Suga tak suka bila geng dia menyibuk sekali masa dia tengah dating jadi dia bawak Hana jauh dari kawasan sekolah untuk spend time hanya berdua.
"Awak, lagu ni best la rentaknya," komen Hana. Suga tersenyum. "Haha, lagu ni saya buat sendiri," ujar Suga. Hana nampak terkejut mendengarnya. Tak sangka pula.
Suga dan Hana meminati muzik. Itulah persamaan mereka.
"Hermm. Good job," ucap Hana lalu mencium pipi Suga. Lelaki itu terus tersipu malu. Pipinya merona merah macam buah ceri.
"Saya..erm nak tengok awak main piano lagi," ujar Suga dengan manja. Hana ketawa. Tak pernah lagi Suga berkelakuan seperti itu dengannya.
"Janganlah gelakkan saya," ujar Suga sambil pandang tempat lain.
"Kiyoo," ujar Hana lalu mencubit pipi Suga.
Suga hanya mampu tersenyum sipu. Dengan Hana, perasaannya berdebar semacam dan malunya menebal seinci.
Tapi Hana merupakan cinta pertamanya setakat ini dan dia tak akan lepaskan kekasihnya itu.
______________________sape ada idea untuk nama girlfriend J-Hope, Jimin dan Jungkook please comment yaa! Tak kisah la nama apa2 pun. Nama korang sendiri pun takpe ;) ((siapa cepat dia dapat))
dah nama pun 'special chapter'
thankyouuu ! nantikan pt 2 punya plak. tunggu view chapter ni 50 ke atas baru saya akan update pt 2. fighting! kiss xoxo
YOU ARE READING
I'm Yours [COMPLETE]
FanfictionKim Taehyung pelik. Dia ada ramai peminat tapi tak pernah ada gf. Persoalannya, kenapa? Myunghee, seorang perempuan desperate yang cari bf. Lagi sekali, kenapa? Untuk merungkai semua persoalan ni, anda perlu klik Read Now and save as your reading li...