chapter 29 (final)

2K 133 9
                                    

"Myunghee..."

Panggil suara seseorang. Aku menoleh kiri kanan. Mana?

Padang rumput luas terbentang di depan mataku. Terdapat banyak bunga di sini. Cantik sungguh.

"Myunghee.." panggil lagi suara itu. Kalini jasadnya ada di depanku sambil tersenyum.

"Yui..."aku hanya berdiri tegak di situ. Beberapa saat kemudian, barulah aku berlari kepadanya. Aku memeluknya.
"Yui! Maafkan saya!" kataku sambil memeluknya.
Yui tersenyum.
"Saya yang patut dimaafkan.." katanya lagi.
"Tak. Awak tak salah. Saya dah mengalah untuk awak tapi saya tiada di sisi awak pula," kataku kali ini dengan air mata pula.
"Terima kasih untuk segalanya, Myunghee." ujar Yui.
Aku memandangnya. Mungkin sekarang aku dah mati dan tempat ni ialah syurga. Layakkah aku?

"Myunghee, awak kena pergi. Mereka sedang tunggu awak," ujar Yui.
"Apa? Sa-saya taknak. Saya nak dengan awak. Saya rindu awak!" aku berkeras. Entah kenapa.

"Taehyung..dia perlukan awak." kata2 Yui buat aku tersedar.
"Taehyung..."
Tiba2 otakku mula ligat mengimbas kembali kenangan aku dan Taehyung.

Yui tersenyum. "Saya pergi dulu," ujar Yui. Namun aku menarik tangannya. Dia menggeleng dan mengangkat tangan aku dari tangannya.

"Myunghee!" jerit satu suara. Taehyung.

"Huh Hah!" aku terus terbangun. Mataku meliar. Tak, aku belum mati.
Aku terus dipeluk oleh 'nya'.
"Gwenchana," aku menepuk belakang badannya.
"Saya hampir kehilangan awak, Myunghee!" ujar Taehyung bersungguh. Air matanya aku kesat.
Tim berada di sebelah sudah terbaring.
"Tim?" soalku. Badannya terkulai tak bernyawa.
"Dia...dah mati," ujar Taehyung perlahan.
"Hah?!" aku terkejut.
"Dia korbankan nyawanya untuk awak," ujar Taehyung lagi.
"Tak, tak mungkin!"

"Kita kena pergi sekarang, Myunghee. Saya takut ada orang kejar kita," ujar Taehyung. Dia mengeluarkan berlian berbentuk hati. Heart of sacrifice.
Aku pandang Tim.
"Tunggu dulu," kataku lalu mengangkat Tim.

Selepas menghantar Tim kepada Goyu,
Taehyung mengeluarkan berlian tersebut.
Taehyung mencium tanganku sebelum meletakkan tangan aku pada berlian yang dipegangnya. Makin lama wajahnya makin mendekat denganku. Dup dap dup dap!
Kiss-

Aku membuka mata memandang kipas yang berputar di syiling.
"Semuanya dah berakhir," gumamku.
Perlahan aku membuka topi keledar game dari kepala dan bangun dari katil. Aku memegang bibirku. Debaran masih dapat dirasai di dalam hatiku.

Aku keluar dari bilik mencari Taehyung di bilik tetamu.

Perlahan tombol dipusing. Biliknya gelap. Sama macam bilikku tadi dan Taehyung masih terbaring.
Aku mendekatinya. Kenapa dia masih tak bangun.
"Tae-Taehyung.." aku menggerakkan tubuhnya.
Ah, sudah. Apa dah jadi?
"Taehyung!" kataku buat kali kedua.
"Taehyung!!"

"Ya saya," barulah ada sahutan dari mulutnya. Dia membuka mata dan tersenyum.
He trick me.
"Jahat!" kataku. Dia membuka topi keledar.
"Hehehe, takut ye?" soalnya. Aku mendengus lalu berjalan keluar dari bilik itu. Tapi Taehyung dapat menangkapku dan menolak aku ke dinding.

Mukaku mula terasa bahang. Darah menyusup naik ke muka menjadikan mukaku serupa warna buah ceri.
Wajahnya sangat dekat denganku. Sejak bila dia jadi macam ni?

"Awak tak jawab soalan saya tadi,"
katanya.

"Emm ah? Me..mestilah saya takut.." kataku perlahan. Wajah Taehyung pergi pula ke sebelah telinga kiriku.
"Apa? Tak dengar?" soalnya. Makin galak degupan jantungku tika ini.
Aku diam saja. Situasi ini..
Dia memandang wajahku. Tangannya diperkemaskan ke sekeliling pinggangku.
Adakah ini Taehyung yang sebenar?
Lama kelamaan bibirku bertaut rapat dengannya.

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now