Awak busy ke? - Myunghee
Setelah menaipnya, aku menekan punat send . Berharap yang lelaki itu akan membalasnya.
ting ting!
Saya penat. Saya dah nak tidur. - TaehyungAku mengeluh. Dingin pula dia dengan aku kebelakangan ni. Entah apa sebabnya?
Esoknya...
"Taehyung!" jeritku apabila melihat susuk tubuh yang sangat aku kenali di depan pagar sekolah. Dia menoleh. Wajahnya..macam takda perasaan.
"Morning," ucapku. "Morning," balas lelaki itu dan hanya meninggalkan aku begitu saja.
"Yah.." aku mahu mencapainya tapi dia sudah jauh dariku."Myunghee?" tiba2 Jackson muncul.
"Jackson, awak dah balik?" soalku terkejut melihatnya. Dah lama tak nampak dia.
"Yup," dia menjawab dengan senyumannya yang tak lekang. "Saya rindu awak tau!" dia terus memelukku.
"Yah!! Pabo! Awak tahu tak apa yang awak tengah buat ni?!! Sini Korea lah! Bukan Amerika." hampir luruh jantung aku bila lelaki itu terus menyergahku sebegini."Ah..yelah2." akhirnya Jackson melepaskan aku. Nasib baik tak ramai orang lagi.
Aku memandang Taehyung sudah pun hilang dari pandangan. Ke mana dia pergi? Hah..lelaki tu marah aku ke?ting ting
Lebih baik kita tak berhubung sepanjang minggu peperiksaan ni. Saya nak awak fokus dengan exam awak - Taehyung
Waeyo? Kenapa tiba2?
Aku menekan punat send
Namun tak terbalas.
Sepanjang minggu itu aku hanya busy study untuk peperiksaan pertengahan tahun. Hari demi hari berlalu begitu sahaja sehingga cuti musim panas pun hampir tiba.
Dan aku dengan Taehyung seakan jauh. Aku pun tak tau kenapa?
Aku membuka telefon bimbitku. Nak text ke tak eh?
"Ui, Myunghee. Jom lah!" aku memandang Youngil.
"Ah, jap," kataku."Aaah, cepatlah! Aku tak sabar dah nak karok ni! Tzuyu dengan Taegi dah jalan dulu ke sana tu!" ujar Youngil yang sudah tak menyabar.
"Yelah2," aku terus off telefon bimbitku dan mengemas beg lalu bergegas menghampiri Youngil.
"Myunghee, kau dengan Taehyung..ok? Kenapa aku tak nampak pun korang bersama sepanjang exam week ni. And, selalunya couple2 ni kan lepas habis last exam je terus pergi tengok wayang la hapela and kau still dengan aku kat sini," soal Youngil membuat mataku terbeliak sebab terkejut yang dia perasan situasi aku selama ni.
"Uh..hmm. Aku pun tak tahu. Dia tak text aku pun. Kalau bertembung pun just pandang je. Aku dengan dia macam takda pape pula," ujarku. Youngil meletakkan jari hantu di dagunya tanda berfikir.
"Dia tu memang pelik. Agaknya dia memang tak reti nak dating," ujar Youngil selamba. "Huh.." aku mengeluh. Kalau macam ni la jadinya, aku yg kena mulakan dulu.Taehyung pov
"Let's gooooo!" aku sudah bersorak gembira lalu menarik Jungkook bersama. Ahli BTS yang lain hanya menggeleng.
"Oiy, kau bukan ada gf ke? Kenapa tak keluar dengan dia?" soal Jungkook. Jimin juga turut jalan seiring dengan kami."Ah..kenapa pulak? Ni kan tradisi kita. Aku nak keluar dengan koranggg," ujarku lagi sambil memeluk leher Jungkook.
"Jimin, kau tak ajar dia full ke bab dating?" soal Jungkook kepada Jimin.
YOU ARE READING
I'm Yours [COMPLETE]
FanfictionKim Taehyung pelik. Dia ada ramai peminat tapi tak pernah ada gf. Persoalannya, kenapa? Myunghee, seorang perempuan desperate yang cari bf. Lagi sekali, kenapa? Untuk merungkai semua persoalan ni, anda perlu klik Read Now and save as your reading li...