HONEYMOON

650 18 1
                                    

PUTNA MONASTERY,PUTNA SUCEAVA ROMANIA

Andrian's POV

"This is insane Iannnn!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"This is insane Iannnn!!!"

Jeritan Seroja membuatkan aku senyum lebar.Nampak benar percutian kami ini memberikan kegembiraan buat dia.Aku sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke gereja lama ini.Kerana sang isteri, aku sampai di antara tempat bersejarah buat Romania.

Gereja ini dibina pada zaman Medivel yang diperintah oleh Stephen The Great.Pembinaan Gereja Ortodok Romania ini adalah sempena rasa syukur Stephen The Great kepada Tuhannya diatas kemenangan perang Killia pada waktu itu.Gereja ini dibina pada tahun 1466 dan binaannya masih utuh hingga kini.Terbit rasa kagum keatas binaan yang masih tersergam indah walaupun sudah terbina sejak abad ke 14 lagi.

Gereja ini berkonsepkan Moldavian kerana Stephen The Great berasal dari Moldavia.Binaan asasnya cumalah batuan sungai dan bata merah.

Aku melihat Seroja mengambil beberapa keping gambar.Seronok sungguh dirinya.

Aku hanya berjalan perlahan.Menikmati setiap sudut gereja lama yang kini menjadi muzium yang menyimpan pelbagai khazanah dari segi kebudayaan, keagaaman dan sosio ekonomi.Mana tahu boleh dijadikan ilham ketika melakar bangunan nanti.

Suasana agak suram waktu ini.Aku melintasi beberapa pelancong wanita.Kepala aku tundukkan sedikit sambil berjalan.

"Hello.Errr Mister.Sorry.I cant find restroom.Do you have any idea where is it?"

Salah seorang pelancong wanita yang memakai dress sendat berwarna hitam menegur aku.Aku mengangkat kepala. Automatik senyuman terukir di bibir.
Gadis gadis muda memandang aku dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Owh I just came back from there.You need to head south.Turn left when you see huge bell at the garden"

Aku baru sahaja menemani Seroja ke tandas sebentar tadi.Kedudukaan tandas tidak jauh dari tempat kami berdiri.

"Owh Mister..I wish yo could guide me.It's getting dark in here"

'Gulp!'

Gadis muda tadi menghampiri aku.Jemari halusnya mengelus lengan sasa aku.Senyuman menggoda dilontarkan kepada aku.

"Shall we?"

Aku menggarukan kepala yang tidak gatal.Ini kalau Seroja nampak pasti kena parang.Mulutnya pasti membebel seperti bertih jagung.

Aku yang baru ingin membuka mulut tersentak apabila ada satu tangan memaut lengan aku dengan kuat.

"Asshole...stop flirting with my husband.Blind or what?Can you see his ring?"

Suara mendatar Seroja membuatkan aku terkaku seketika.Dari ekor mata aku melihat muka tegang wanita itu.

"What are you waiting for?Be gone before my bitch come out and play!"

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now