Seroja membelek beberapa diari milik mendiang Damian.Setiap perincian pada diari di tulis di dalam buku notanya.
Mengikut diari yang dibaca,istana hitam dibina atas dasar cintanya buat Milenea.Senibina dia yang pertama sekembalinya Damian dari luar negara.Dia melaburkan segala pendapatannya pada pembinaan istana tersebut. Istana itu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum menebus Milenea.Sejurus istana itu siap Damian mengahwini Milenea.Damian memberi nama pada istana hitam ' Iubire Eternã' ataupan 'cinta abadi'.Damian dan Milenea hidup bahagia dan mereka dikurniakan sepasang anak.Malangnya anak perempuan mereka meninggal akibat Epidemik Influenza yang melanda seluruh Eropah pada waktu itu.
Kisah agung pembinaan istana tersebut menjadi bualan serata Romania.Kisah terbinanya istana akhirnya sampai pada pengetahuan pemerintah Romania.
Raja Ferdinand I melakukan lawatan mengejut ke Iubire Eternã. Seni binanya yang unik menyebabkan Ferdinand I, yang merupakan Raja Romania pada waktu itu mengambil Damian sebagai arkitek istana dan mengarahkan Damian untuk membina kubu pertahanan semasa perang dunia pertama.Nama Damian mula dikenali dan diangkat.Damian juga mula bergaul dengan kelas atasan dan bangsawan.
Catatan berakhir disitu.Empat halaman terakhir Seroja melihat pelan lantai Iubire Eternã yang dilekatkan bersama.Pelan tersebut menarik minatnya.Kelihatan pelan tersebut merupakan pelan lantai asal istana hitam.Lakaran pertama yang dicipta oleh Damian.Seroja menilik sepuasnya pelan lantai tersebut.Mungkin ada sesuatu yang berbeza pada lakaran tersebut.
Seroja berlari ke arah hujung perpustakaan.Berhampiran potret besar Damian bersama anaknya ada deretan gulungan lukisan besar.Kesemuanya adalah hasil lakaran Damian.Seroja menilik satu persatu lukisan mengikut tahun.
Tangannya berhenti pada gulungan lukisan bertulis 'Iubire Eternã'.Lukisan tersebut dibawa semula ke meja hadapan perpustakaan.
Seroja membentangkan lukisan besar tersebut di atas meja.
"Uhukkkk uhukkkk...Goshhhh you're dusty!"
Seroja mencapai sapu tangan.Pelan tersebut di lap perlahan.Pelan itu masih berada di dalam keadaan yang baik walaupun usianya sudah hampir 100 tahun.
Seroja membelek pelan pada diari dan juga pelan di atas meja.Kepalanya digarukan beberapa kali.Semuanya sama.Kedudukan setiap bilik,setiap lantai adalah sama.Seroja mengeluh.Nampaknya tiada apa yang boleh dipertikai tentang pelan lantai istana lama itu.
Seroja mula menggulung pelan besar tersebut.Baru dia ingin berlalu ke bahagian belakang perpustakaan matanya menangkap ukuran bilik mendiang Damian.Ukuran pada pelan lantai di dalam diari adalah lebih besar dan punya ruang seakan bilik disebalik dinding.Akan tetapi bilik itu seperti tiada pintu.Seroja kembali membuka pelan besar.Dia melihat ukuran bilik Damian yang sedikit kecil.Pada pelan besar tiada ruang seperti bilik kecil di sebalik dinding.Seroja mengerutkan dahi.
"Interesting"
Kata Seroja di dalam hati.Dia mencapai buku catatannya.Segala perkara yang dirasakan ganjil dicatat segera di dalam buku notanya.
Pelan besar kemudian dihantar semula ke bahagian belakang perpustakaan.Seroja kemudian mengemas mejanya sebelum menutup lampu perpustakaan.Sudah seharian dia berada di dalam perpustakaan.Petang ini dia berhajat untuk mengambil angin di luar istana.Pintu perpustakaan ditutup.Dia menoleh ke arah pintu besi yang menghubungkan Wing B.Dia menghampiri pintu tersebut.Seroja kemudian meraba dinding.Dinding istana diketuk kuat.
"Auchhhh"
Seroja membelek jarinya yang kemerahan.Seroja menggelengkan kepalanya.
'What do you expect Seroja.Itu batu kot'
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...