KIDNAPPED

1.5K 27 4
                                    

BUCHAREST, ROMANIA

Aduhhhh time ni jugalah tali ni nak terbuka."

Kelihatan seorang Seroja Dianne tunduk mengikat tali kasutnya.Rintik hujan mula terasa diwajahnya.Suasana bandar Bucharest kelihatan agak sibuk pada waktu petang begini.Tangannya ligat mengikat tali kasut apabila rintik hujan yang menimpa permukaan wajahnya semakin kasar.

Seroja berlari anak menyusuri bangunan lama yang dikenali sebagai 'Old Town'.Deretan binaan bangunan lama yang wujud sejak dari abad ke 15.

Dari jauh dia melihat sebuah kafe.Dia akan berteduh seketika di kafe tersebut.Lariannya menuju ke kafe yang berada bertentangan dengan dirinya.

"Pheww"

Seroja menolak perlahan pintu kafe.Semerbak haruman kopi yang dikisar menyerbu hidungnya.Bibirnya menguntum senyum.Terasa tenang dan mendamaikan.Seroja kemudian berjalan ke kaunter.Konsep country di dalam kafe mengembalikan nostalgia tahun 80 an.Sesekali dia menyapu dahinya yang basah sedikit kerana ditimpa hujan tadi.Tidak begitu ramai pengunjung kafe petang ini.

"Hye good evening beautiful lady."

Sapa seorang wanita berusia di kaunter.Dia kemudian mencapai buku menu dan meletakkan di hadapan Seroja.

"Give me your most popular coffee drink and I would love to have baguette and mushroom soup please"

Pinta Seroja dengan senyuman meleret di bibirnya.Dia melihat baguette panas baru dikeluarkan dari arah belakang kedai.

'Lucky me'

"Un set de cafea Irlandeză cu baguette"

(1 Irish coffee and 1 set of baguette)

Laung wanita tersebut.Dia kemudian menghulurkan nombor giliran kepada Seroja.

"Irish coffee coming right up!!"

Laung satu suara dibahagian belakang kafe.Seroja membawa duduknya di sebuah meja bersebelahan rak buku.

"Menarik"

Seroja melarikan jemari halusnya ke arah deretan buku.Satu buku lama berwarna biru tua yang agak tebal dicapai.

'LOVING SOMEONE WITH BIPOLAR DISORDER'

Buku tersebut dibawa ke mejanya.Melihat penulis yang agak familiar untuk dirinya, Seroja membuka rakus helaian buku biru tersebut.

"Here is your order.Irish coffee and baguette set.Bon Apetit beautiful"

"Thank you"

Wanita yang berada di kaunter meletakkan pesanan makanan Seroja.Dia kemudian melangkah untuk kembali ke bahagian hadapan kafe semula.

Seroja mencicip sup cendawan terlebih dahulu.Senyum lebar dirinya apabila merasakan sup cendawan itu cukup rasa dan menepati selera ditekaknya.Hirupan diteruskan sambil matanya meliar ke kawasan luar kafe.Hujan semakin menggila.Mujur dia cepat tadi.Kalau tidak sudah pasti dia lencun kebasahan.

Seroja kemudian membelek helaian demi helaian buku biru.Dia banyak membantu pesakit pesakit yang punya masalah bipolar di hospital.

Mengendalikan kes kes bipolar memerlukan kesabaran yang tinggi.Pelbagai watak yang dia pernah jumpa.Ada kala watak watak yang tercipta menghiburkan.Adakala ianya menakutkan.Mereka yang punya sindrom ini datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan kerjaya.

"Miss..I'm sorry we are close already"

Tegur wanita di kaunter.Seroja tersentak.Jam di pergelangan tangan dikerling.Bulat matanya melihat permukaan jam menunjukkan pukul 9 malam.Tidak terasa betapa pantas masa berlalu.Dia belum habis lagi membaca buku biru tersebut.

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now