Seroja's POV
"Aaaashoommmm!!"
Aku membuka mata segera.Mata mengerling jam pada dinding.Sudah pagi.Sedari malam tadi aku lihat lelaki itu hanya mendiam kan diri.Andrian banyak kali terbersin.Tubuh Andrian yang membelakangi diri aku pandang lama.
Perlahan aku mengengsot menghampiri dia.Belakang badannya aku urut perlahan.Andrian hanya memakukan diri.Matanya masih tertutup.Tangan beralih pula pada kepalanya.Panas!Sah Andrian tidak sihat.
Terimbas peristiwa petang semalam.Semalam aku punya terapi di hospital.Andrian menemani aku dari mula hingga akhir terapi.Ketika mahu pulang hujan lebat dan lelaki itu berlari ke tempat parkir untuk mengambil kereta.Mungkin sebab itu Andrian mula diserang demam.
"Good morning hubby.You tak sihat ya.I buatkan you minuman panas dulu ya."
Bisik aku perlahan ditelinganya.Aku yakin Andrian sudah terjaga.Mungkin kerana keadaan dirinya yang tidak sihat maka lelaki itu hanya terbaring.Jika tidak pagi aku memang sentiasa tidak aman dengan ulah nakalnya.
Aku berkira untuk bangun dari katil.Mungkin dengan minum minuman panas lelaki itu akan merasa lega sedikit.
"Stay please.I need cuddle."
Pinta Andrian.Matanya masih lagi tertutup.Aku senyum kecil.Seorang Àndrian sangat susah untuk jatuh sakit.Sekali jatuh sakit memang teruk.Mengalahkan kanak kanak perangainya.
Aku mengalah dan kembali memicit kepalanya.Andrian memusingkan badannya.Suhu badannya yang agak panas membimbangkan aku.
"Bie..badan you panas sangat ni..jom mandi.I mandikan nak?"
Pujuk aku.Sekurang kurangnya dengan mandian air sejuk dapat mengurangkan panas badannya.
Terus terbuka luas matanya.Bibir merahnya terukir senyum lebar.Tanpa disuruh Andrian bangkit dari pembaringannya.
Aku pula terlopong melihat lelaki yang benar benar kelihatan lemah kini bertenaga secara tiba tiba.
"Kemain eyhh..pantang dengar offer kan?"
Aku mencekak pinggang.Mata aku kecilkan melihat suami yang mula menanggalkan hoodienya.
"Have you ever heard the phrase baby?"
"What phrase?"
Kepala aku garu perlahan.Bingung dengan pertanyaan Andrian sebentar tadi.
" Dont let a good chance go off..Well entah bila lagi sayang akan offer bie macam ni.Sayangkan nak tinggalkan bie."
Dihujung katanya Andrian bersuara lirih.Aku turut terkesan dengan kata kata Andrian.Bulan hadapan adalah bulan terakhir aku sebagai isterinya.Perjanjian kami akan tamat bulan hadapan.Rawatan aku di Osaka ini akan turut akan berakhir.
Temu janji bersama doktor akan diteruskan di hospital tempat aku bermaustatin nanti.Aku belum punya keputusan ingin menetap dimana.Ingin kembali ke Masachussetts dan bekerja semula di sana aku bimbang akan gangguan dari Joseph.Lelaki itu masih bekerja di hospital mental tersebut.Mungkin aku akan membawa diri ke Finland?Puan Orked Safiya ada mengusulkan untuk membuka klinik psikiatri di kota Helsinki.
"Jom I mandikan.Lepastu I masakkan breakfast untuk you ya."
Tangan menarik tubuh sasa Andrian supaya mengekori langkah aku.jika boleh mengelak soalan itu akan sedaya upaya aku tepis persoalan berkait penceraian kami.
Lega hati apabila Andrian hanya menurut.
_________________________________________
"Okay you rehat dulu.I need to pick up some files di rumah Doktor Akira.Pukul 4 I balik ya"
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...