WHERE ARE YOU GOING MY SPITFIRE?

314 18 2
                                    

Author's POV

Seroja memerhatikan persekitaran lobi Lapangan Terbang Kansai.Dibalik cermin hitamnya matanya melilau seperti helang.Dia takut orang orang Andrian atau Doktor Akira mengekori dia.Seroja maklum Doktor Akira berdarah yakuza terkenal di Osaka.Maka tidak menghairankan jika Andrian meminta pertolongan lelaki itu untuk menjejak mereka bertiga.

Seroja meninggalkan hospital 1 jam yang lalu.Dia telah sepakat bersama Lola dan Alex .Mereka akan terbang ke Helsinki Finland.Penerbangan akan transit di Narita sebelum meneruskan perjalanan ke Helsinki.Jika mereka tidak tertangkap di Osaka itu sudah memadai.Sekurang kurangnya biarlah mereka bertiga meninggalkan Osaka dengan selamat terlebih dahulu.

Seroja  cuma pergi untuk menghilangkan keserabutan yang bersarang di fikirannya sejak dia hampir dibunuh Federa.Seroja perlu keberadaan Lola dan Alex bersama.Dua insan itu sahaja sentiasa berada di dalam suka dan dukanya.

"Mummy..kenapa kita tak bawa kakak Avelyn?Nanti siapa yang mahu berkawan dengan Alex?"

"Nanti dekat Finland, Alex akan ada lebih ramai kawan tau.Tok Mummy, Tok Daddy, Pak Ngah Raf pun ada."

Pujuk Seroja.Seroja menggosok kepala Alex perlahan.Tindakan dia hari ini adalah kerana kekecewaan hati untuk keberapa kali dia kurang pasti.Andrian perlu diajar untuk menghormati dia.Dia punya hati dan perasaan.

Seroja beri kepercayaan semula dengan harapan Andrian akan berubah dan akan mengotakan janjinya.Harapan tinggal harapan.Saat dia hampir kehilangan nyawa pun Andrian masih menyebelahi bekas isterinya.

Seroja pasti Andrian mengamuk teruk kali ini. Dia melarikan diri buat kali kedua setelah sah menjadi isteri Andrian semula.Semuanya salah Andrian.Andrian enggan percayakan dia.Andrian menghina dirinya.

Teringat hinaan Andrian yang mengatakan dia bukannya ibu kandung Avelyn.Andrian  memarahinya kerana dia menegaskan untuk kanak kanak itu tinggal bersamanya di Osaka sepanjang rawatan berlangsung.

'Mungkin Avelyn lebih selamat berada bersama ibu kandungnya.Bukan ibu tiri seperti aku.Mungkin keselamatan Avelyn akan lebih terjamin jika aku lenyap dari pandangan mata Andrian atau keluarga Vasile.'

Desis hati Seroja.Pandangannya jatuh ke arah wajah Lola yang gelisah.Seroja faham apa yang berada di fikiran gadis muda itu.

"Lola.Saya minta maaf libatkan kamu dalam hal ini."

Perlahan Seroja berkata.Lola pasti merasa bersalah kerana meninggalkan Andrew begitu sahaja.Hubungan cinta mereka berdua baru sahaja terjalin.Kerana dia, Lola meninggalkan Andrew tanpa sebarang bicara.

"It's okay puan.Andrew bukan jodoh saya.Puan jangan risau tentang saya ya"

Di akhir katanya Lola mengukir senyum ikhlasnya.

"Andrew has changed because of you Lola.You are his person.I'm sorry.Saya janji lepas semuanya reda kita pulang semula ke Bucharest ya."

Seroja menilik jam ditangan.1 jam 30 minit sebelum berlepas.Seroja menggamit Lola dan Alex untuk masuk ke ruang menunggu.

Mujur tidak berapa ramai orang di pintu masuk.Mereka akan melalui laluan pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu.Seroja meraba raba tiket dan passport yang berada di dalam jaket.

"Auchhh!!"

Seroja berlanggar dengan seorang lelaki yang memakai topi.Telefon ditangannya  terhempas ke lantai.

"Mister!!Im sorry!!"

"Watch your way woman"

Lelaki bertopi menggelengkan kepalanya sebelum mengutip telefon di lantai. Dia kemudian berlalu meninggalkan Seroja yang terpinga pinga dengan suara dinginnya.

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now