SECOND TIME

668 21 2
                                    

Author's POV

"Laila Ratna..

"Laila Ratna.."

Uniknya nama.Andrew menyebut beberapa kali nama sebenar Lola.Terasa lembut lidahnya menyebut nama wanita itu.

"Massachusetts Institute of Technology..Dean's List Honor for every semester.Woahhh..Boleh tahan minah ni. "

Andrew membaca beberapa lagi maklumat tentang Lola. Nampak lurus bendul tetapi sebenarnya pintar.Benar kata Seroja wanita itu tenggelam dengan traumanya.Sebab itu Lola berpewatakan begitu.Tersengih sengih dia melihat beberapa gambar Lola.

"22 years old.She's very young"

Bisik Andrew lagi.Sedangkan dia sudah berumur 35 tahun.Begitu jauh jarak umur mereka.Andrew membawa tablet ke dadanya.Entah mengapa dia merasa begini.Semasa Seroja memberitahu perihal Lola pagi tadi dia merasa sangat marah.Dia rasa dirinya perlu lindungi Lola.Mujur ayahnya sudah tidak wujud di dunia ini.Jika tidak mahu juga dia jejak jantan keparat itu.Lelaki itu wajib membayar harga kerosakan dan trauma  yang dia telah lakukan ke atas anaknya sendiri.

Andrew meraup pula mukanya kasar.Tidak sepatutnya dia merasa begini.Lola langsung tidak menepati citarasanya.Dia suka berdamping dengan wanita wanita seksi dan bergaya.

Entah berapa ramai wanita yang tumpas ditangannya.Berbekalkan muka dan susuk tubuh idaman para wanita, mudah untuknya mengayat dan memperdaya wanita yang mendambakan sentuhan dan wang.Tambahan lagi dia bekerja untuk keluarga Vasile.Maka ramailah yang bersusun yang ingin menemani malam malamnya.

"What is wrong with me??Takkan aku jatuh cinta?No!Cinta tu tak pernah wujud dalam hidup aku.Tapi kenapa aku rasa macam ishhhhhh"

Matanya menghala keluar tingkap.Fikirannya kusut.Dari dalam biliknya dia melihat suasana malam agak cerah.Senyum lebar dirinya melihat bulan penuh di dada awan malam ini.Andrew mencapai telescope di atas meja.Dia menghalakan telescope ke dada langit.

Tidak pernah jemu dia melihat keindahan bulan penuh sepanjang hidupnya.Musim panas saat ini di Romania.Maka suhu di luar tidak begitu dingin.Telescope dihala ke persekitaran istana pula.Gerakan tangannya terhenti pada figura yang sedang duduk di atas rumput sambil menulis sesuatu.

Andrew melaraskan telescopenya.Dia mahu tahu siapa yang berada di halaman istana malam malam ini.

'Lola?'

Bisik hati kecilnya.Andrew bingkas bangun.Dia ke tandas terlebih dahulu.Usai melaksanakan hajatnya, Andrew mencapai mini telescope di atas meja.Dia mahu bersemuka dengan wanita itu.Ada benda yang belum selesai antara mereka.

________________________________________

"Pandai kau melukis"

Tegur Andrew dengan nada mendatar.Dia sudah 10 minit berdiri di belakang wanita itu.Sakit hatinya apabila wanita itu tidak menyedari kehadiran dia langsung.Lola masih leka menghadap sketchbooknya.

Lola menoleh laju ke arah Andrew. Dahinya berkerut seribu.Matanya dikecilkan.

"Errr...ni Encik Andrew ke Encik Boris?"

Tanya Lola mahukan kepastian.Pada matanya kedua dua lelaki itu kelihatan sama.Entah apa yang membezakan kedua duanya.

"Andrew.Kau buat apa malam malam dekat luar ni?"

Andrew bertanya sekadar ingin memulakan perbulan.Dia menempatkan diri di sebelah Lola.Lola menjarakkan sedikit kedudukan mereka.Dia merasa tidak selesa.

Andrew senyum sinis.Dia tahu Lola tidak selesa dengan kehadirannya.

" Erm main layang layang Encik Andrew.Elok cuaca malam ini"

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now