YOU CANT LEAVE WITHOUT MY PERMISSION!

491 18 0
                                    

Andrian's POV

"Hmmmmm"

Keluhan keluar dari bibir Seroja.Aku berpaling seketika ke arah tingkap.Seroja sedang memakukan pandangannya keluar tingkap bilik kami.

Aku menutup skrin komputer riba.Diri bingkas bangkit dari kerusi empuk kemudian merapati sang isteri.

Pinggangnya aku peluk erat.Kami sama sama memerhati halaman istana.Kelihatan Lola, Alex dan Avelyn sedang melukis sambil bergurau senda.Aku turut tersenyum melihat keakraban mereka bertiga.Jadi apa yang merunsingkan wanita itu?

"Sayang okay?"

Tanya aku prihatin.Seroja sudah dibenarkan pulang ke istana minggu lepas.Rawatan susulan akan diteruskan dan bulan hadapan Seroja diterbangkan ke Jepun.Seroja di jadualkan akan menjalani pembedahan untuk membuang sel kansernya.Pembedahan akan diketuai sendiri oleh Akira Kobayashi.

Mujur Dorin berlembut hati dan membenarkan Seroja mendapatkan rawatan di negara matahari terbit itu.

Sementara itu aku sentiasa akan memastikan pemakanan dan emosi sang isteri berada di dalam keadaan yang baik dan terjaga.

"Erm..Ian..kalau I tak ada nanti.Boleh you terima Lola sebagai pengganti I?Lola perfect untuk jadi isteri you"

Aku mengerutkan dahi.Pelukan aku rungkai perlahan.Kenapa pula Seroja berkata begitu?

"Bie tak suka syg cakap macam tu.Bie dah anggap Lola macam adik .Tak ada sesiapa pun boleh menggantikan tempat you sayang.Lagi pun tengok sana."

Aku menudingkan pada tingkap yang berada di hujung istana.Disitu terletaknya bilik Andrew.Lelaki itu kerap kali meninjau Lola jika berkesempatan.Aku lelaki, dan aku yakin Andrew punya perasaan pada Lola.Semenjak kehadiran Lola, Andrew tidak lagi berperangai seperti pelesit.

Mungkin kehadiran Lola memgubah kehidupan Andrew.Kalau begitu baguslah.Manusia boleh berubah.

"Andrew?"

Seroja berpaling ke arah aku.Aku senyum nipis seraya menganggukkan kepala.

"No...way"

Seroja berkata perlahan.Makin lama makin perlahan suaranya.Kesan kanser itu boleh mengakibatkan penghidapnya kehilangan suara.

"Yes way baby.I've noticed from the moment you told about Lola to us."

Benar.Dari hari Seroja memberitahu perihal Lola, aku lihat Andrew seperti tidak tentu arah.Pantang ada kesempatan dia pasti akan menemui Lola.

"Very kepochi of you darling husband"

Aku ketawa kecil.Aku bukan mahu menyibuk hal peribadi orang lain tetapi itu yang terjadi dihadapan mata. Aku bimbang tentang penerimaan Andrew terhadap kondisi mental Lola.Aku turut bimbang penerimaan Lola terhadap perasaan Andrew.Wanita itu pasti punya trauma sendiri terhadap gender berlawanannya.Lola punya masa silam yang buruk tentang lelaki.

"Baby..Andrew tu bertahun tahun kerja dengan Uncle Dorin.We know him inside out.Andrew banyak berubah semenjak Lola dekat sini.I think Lola is his person."

Aku mencapai sikat pada tangan Seroja.Rambutnya aku sikat perlahan.Bibir aku ketap kuat melihat banyak rambut yang tersangkut pada gigi sikat.Bukan sahaja pada sikat.Di lantai pun ada gumpalan rambut milik sang isteri.

Esakan kecil mula kedengaran.Aku bingkas memeluk sang isteri.Aku faham kesedihan dan kekecewaan dirinya.

"I'm dying Ian.You should leave me."

Gumam Seroja perlahan.Aku menggeleng kepala laju.Aku tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu.

"No baby.Dont you dare.Sayang tak boleh tinggalkan bie.I own you.You cannot leave me without my permission! Please Seroja Dianne.My stubborn wife.Fight with me.Fight with us.Sayang boleh.Bie tahu sayang kuat."

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now