Andrian's POV
Semburan pewangi Santos de Cartier memenuhi ruang bilik.Giliran tangan pula menyarung jam di pergelangan.
Aku tersenyum sinis dihadapan cermin.Terbayang bayang dihadapan mata respon sang isteri nanti.Berani dia memanggil aku si perogol bersiri.
Namun aku tidak salahkan dia sepenuhnya.Penampilan aku sebelum ini memang menjengkelkan.Serabut.Kali ini hidup lebih teruk dari kehilangan Seroja 6 tahun yang lalu.
"Baby...owh baby...wait for me....my heart is keeping pounding and hammering"
Memang sedari tadi terasa berdebar.Seperti mahu berjumpa buat pertama kali pula.
Aku bernyanyi kecil sebelum mencapai kunci kereta di atas meja.Hajat dihati ingin ke kedai bunga terlebih dahulu.Mahu aku mempamer sisi Romeo dihadapan isteri.
'Arghhhhhh I am madly in love with you Seroja Dianne'
Pintu bilik aku tutup perlahan.Mata menangkap anak anak yang sedang leka menonton televisyen ditemani oleh Lola.
"Hah daddy...barulah handsome! Kalau tidak serupa perompak bank Avelyn tengok."
Senyum semakin meleret.Anak kecil itu berani memberi komen rupa aku sebelum ini seperti perompak.Seroja pula menggelar aku perogol bersiri.Nampak sangat hidup aku langsung tidak terurus tanpa Seroja disisi.
"Dahla handsome.Wangi pula tu.Mummy suka bau wangi wangi.Daddy belikan mummy lavender tau.Mummy suka lavender.She said lavender can heal depression, minor burns and bug bites.Kakak look at my hand.Last time I was bitten by a bed bug.Now it's recovering.Kak Lola put lavender oil on the top of my skin."
Lola menyeringai sambil menganggukkan kepalanya.Mengiyakan kata kata Alex tadi.
Aku menghampiri anak anak.Buat masa ini aku belum boleh membawa anak anak berjumpa Seroja.Tunggu wanita itu benar benar stabil dahulu.
"Baik..daddy beli bunga lavender nanti.Avelyn dan Alex duduk rumah baik baik ya.Kalau nak main dekat park tunggu Uncle Andrew datang ya"
"Aye aye capt!!!"
Alex dan Avelyn berkata serentak sebelum ketawa bersama sama.Aku mengusap kepala kedua dua anak kecil sebelum bangun menuju ke pintu keluar.
"Lola kalau ada apa apa inform saya."
" Baik Tuan.Eyh Tuan.Tadi Aunty Dahlea masakkan bubur buat Puan Seroja.Ini haa.Saya doakan Puan Seroja cepat sembuh ya"
Aku mencapai beg kertas huluran dari Lola.Kasihnya ibu.Mereka telah sepakat untuk membiarkan Seroja stabil dahulu.Bimbang kejadian yang lepas berulang lagi.Pada mulanya terpamer riak menghampakan pada wajah keluarga Seroja.Atas pujukan Dorin dan aku,mereka mengalah juga.Bukan untuk memisahkan hubungan kekeluargaan mereka.Aku cuma takut Seroja masih belum bersedia.
Langkah aku atur ke pintu keluar unit apartment sewaan kami.Aku menyewa unit ini selama 6 bulan mengikut tempoh rawatan selepas pembedahan yang disarankan oleh Doktor Akira.
Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana menuju ke kota Osaka.
Tiba di kedai bunga aku memilih 20 kuntum bunga tulip putih dan beberapa tangkai lavender.
Bunga bunga pilihan tadi digubah indah oleh pemilik kedai.Jambangan sederhana besar berpindah tangan.Aku menyelitkan sekeping kad yang bertulis kata kata semangat dan cinta buat sang isteri.
Ketika ingin membayar, mata tertancap pada figura berjaket hitam di seberang jalan.
Figura yang teramat aku kenali.Figura yang menyebabkan aku enggan percaya pada persahabatan lagi.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...