MISUNDERSTOOD

547 15 0
                                    

"Doctor Maria,are you okay?"

Seroja mengacau minumannya dengan straw.Dari tadi dia perhatikan wanita itu hanya diam membisu.Selalu macam bertih jagung mulutnya.Ada sahaja benda yang mahu di komen ada sahaja perkara yang tidak kena di matanya.Hari ini sunyi sepi.Sepatah ditanya sepatahla yang dijawab.

'Masih belum berbaik dengan Boris si kekasih hatikah?'

Desis Seroja di dalam hati.

Doktor Maria mengukir senyum tawarnya.Dia teringat Boris.Sudah 3 bulan Boris menjauhkan diri darinya.Boris langsung tidak mahu berjumpa dengannya.Segala mesej tidak dibalas.Kata kata maafnya juga tidak dilayan.Lelaki itu benar benar ingin memutuskan hubungan mereka?Sampai hati lelaki itu.Salahkah permintaan dirinya untuk berfikir terlebih dahulu?Ini melibatkan masa hadapannya.Ini tentang kehidupan dia di masa yang akan datang.

Tadi semasa menghantar Seroja ke kliniknya, lelaki itu langsung tidak singgah seperti selalu.Jika sebelum ini Boris sentiasa mencari peluang untuk bertemu dengannya walau sekejap cuma

"I'm good Seroja.It just a lil bit headache"

Jawapan selamat buat Seroja.Takkan pula dia mahu bercerita tentang Boris pada isteri majikan lelaki itu.Dia malu dengan Seroja.Dia melihat hubungan rumahtangga wanita itu berantakan tapi dengan mudah hubungan keduanya kembali jernih.Mungkin kerana sikap toleransi pasangan itu dan sikap saling memaafkan membuatkan rumahtangga mereka kembali pulih walaupun ditimpa dugaan maha dasyat dahulu.

'Kenapa Boris tak terima maaf aku?Besar sangatke salah aku?'

Keluh Doktor Maria di dalam hati.Sungguh semenjak kebelakangan ini tumpuannya terhadap tugas hakikinya terganggu kerana soal hatinya dan Boris.

Seroja memegang tangan Doktor Maria di atas meja.Senyuman kecil diberikan kepada doktor muda itu.

"I can be your shoulder to cry on Maria."

Seroja yakin Maria perlu seseorang untuk meluahkan rasa hatinya.Lantaran hubungan mereka masih lagi menjadi rahsia.

"I'm good...really"

Tegas Doktor Maria.Dia menghabiskan jus di dalam gelas.Jam dipergelangan tangan dikerling.Sebentar lagi dia ada temujanji bersama pesakitnya.

Seroja senyum pahit.Dia pasti Boris penyebabnya.Andrian juga ada mengadu dengannya tentang sikap Boris semenjak kebelakangan ini.Sudah suaminya bertanya masalah lelaki itu.Boris hanya memilih untuk senyum kemudian mendiamkan dirinya.

"Boris loves you so much Maria."

"I know"

"Then whats the problem?"

"He proposed.I declined.We're over"

Ringkas jawapan dari Doktor Maria.Semudah itu Boris mahu mengakhiri hubungan mereka.Kata kata Boris menusuk hatinya.3 tahun itu seperti tidak beerti buat lelaki itu.Walhal dia cuma mahu masa untuk berfikir.

"Hah?"

Seroja terlopong.Apa yang dia dengar tadi tidak salah bukan?Boris dan Doktor Maria sudah berpisah?

Doktor Maria membawa pandangannya keluar tingkap.Dia cuba menahan sebak dihatinya.Ssgala memori dia dan Boris terimbas dimindanya.

Matanya melihat kereta mewah berwarna hitam yang agak familiar baginya di seberang jalan.Diseberang jalan dia melihat satu susuk keluar dari kereta mewah.Lelaki itu kemudian membukakan pintu penumpang.

Kelihatan seorang gadis muda keluar dari perut kereta.Lelaki itu memegang mesra tangan gadis tersebut.
Doktor Maria menggosokkan matanya berulang kali.Hatinya menafikan susuk lelaki tersebut.Matanya pula mengiyakan apa yang dilihat.

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now