ANNIVERSARY GIFT

557 14 0
                                    

Author's POV

Seroja bernyanyi riang di dapur.Dia sedang memasak makanan tengah hari buat  seluruh isi istana. Semenjak dia bergelar Lady Vasile, dia kerap memasak buat para pekerja istana.Tiada jurang perbezaan antara makanan keluarganya dan juga para pekerja istana. Lantaran sikap pemurahnya, dia disegani oleh seluruh isi istana.

Sekembalinya dia dan Andrian dari bulan madu, hubungan mereka bertambah akrab.Seroja memberi Andrian peluang dalam hubungan mereka.Nampak lelaki itu benar benar berubah dan menyantuni Seroja selayaknya.

Hari hari Andrian mengucapkan kata kata cinta.Hari hari juga Seroja merasakan hatinya menggebu gebu mendengar janji romantis dari Andrian.Dia bertambah yakin Andrian sememangnya diciptakan untuk dia.Mungkin episod bahagianya baru sahaja bermula.

Badai yang melanda dahulu sebagai pengajaran dalam rumahtangga mereka.Seroja dan Andrian alpa.Dalam kebahagiaan pasti ada ranjaunya.

Doktor Maria terhendap hendap di tepi dinding.Sesekali dia menekup mulut bimbang tawa kecilnya kedengaran oleh Seroja.Dia sedang merekod aksi Seroja.Mungkin nanti boleh dijadikan bahan untuk mengenakan wanita itu.Selama ini asyik dia sahaja yang terkena.

Dirinya lucu melihat Seroja bernyanyi dalam bahasa yang agak asing baginya.Entah bahasa apa yang keluar dari mulut Seroja.Bukan Bahasa Melayu.Pasti bahasa negeri asal Seroja.

"Omingi-gingoh zi bakal Unduk Ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya"

Nyanyi Seroja lagi.Kali ini Seroja terlompat lompat seperti menari.Doktor Maria kembali ketawa.

"What are you doing honey?"

Doktor Maria terlompat kecil.Dadanya diurut pantas.Pucat sedikit mukanya lantaran terkejut yang teramat.Doktor Maria berpaling.Perlahan bibirnya mengukir senyum.

"Boris..My goodness..my soul literally left my body.I miss you Boris!"

Doktor Maria menghampiri Boris.Lelaki itu dipeluk erat.Hubungan mereka telah direstui oleh Puan Razea.Nampaknya urusan hubungan mereka dipermudahkan.Doktor Maria turut memberikan Boris peluang.Tidak salah memberikan peluang memandangkan kedua duanya saling menyintai.

Boris terpaksa menggantikan Andrian menghadiri mesyuarat di Transylvania selama 2 minggu.Buat masa ini Andrian tidak mahu berenggang langsung dengan isterinya.Mengalahkan pengantin baru lagaknya.Kemana mana pasti berdua.

"I miss you so fuckin much too honey"

Pelukan sang kekasih hati dibalas mesra.Panggilan telefon tidak mampu meredakan rasa rindu semasa berjauhan.

Bibir sang kekasih hati dipagut lama hingga Maria merasakan mukanya berbahang.

'Malu!!''

Bibir munggil sang kekasih hati di lepaskan.Ibu jarinya mengelus pipi gebu Maria yang kemerahan.

"Careful baby..you're turning all red!"

Bisik Boris perlahan.Suka dia melihat sikap malu wanita dihadapannya ini.Masih berbaki rasa malu wanita itu walaupun sudah lama mereka mengenali diri masing masing.

Mungkin ribut yang melanda hubungan mereka dahulu, membuatkan perasaan mereka bertambah cinta dan saling menghargai antara satu sama lain.

"Shut up Boris and kiss me again"

Permintaan dan arahan dari  Maria itu membuatkan Boris senyum lebar.Sekali lagi dia memeluk wanita itu dan mengucup bibir munggil itu.

"Ehemmmmm ehemmmmm..."

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now