Mulai bab ini Scha akan menulis secara point of view ( POV ) watak di dalam novel.
Seroja POV
Aku melipat kembali surat terakhir dari Damian kepada keluarganya di atas meja.Sekarang aku dapat simpulkan satu perkara.Pada surat itu tadi Damian mengatakan dia menguburkan dirinya pada dinding.Dinding yang sama dia menguburkan Milenea.
Semalam semasa aku di istana hitam, aku mengukur bahagian dalam bilik Damian.Ukuran dinding di bahagian kepala katil agak pendek sedikit dan ukuran itu sama dengan ukuran pelan asal pada diari terakhir Damian.Seperti ada ruang kecil di bahagian belakang dinding pada kepala katil.
Dinding pula dihiasi dengan batu batu sungai yang disimen secara bertindih antara satu sama lain yang kelihatan seperti arca batu.Dinding tersebut mempunyai 3 panel.Panel ditengah kelihatan besar sedikit dari panel kiri dan kanan.Panel ditengah itulah letaknya katil Damian.Katil antik itu menjadi saksi puluhan nyawa tewas ditangan lelaki itu.
Kelihatan Damian cuba menghadirkan konsep dekorasi batuan dari sumber alam semulajadi.Mungkin untuk mengelirukan sesiapa sahaja yang cuba mencari tahu tentang keberadaan mayat dia dan isterinya. Siapa dapat menyangka disebalik susunan batuan itu tersembunyi mayat Damian dan Milenea.
"Uncle..selaim surat ini, anything else yang Damian tinggalkan?"
Tanya aku sambil mengambil pelan lantai yang aku bawa sekali bersama diari Damian.
Dorin mengurut belakang tengkuknya.Dia cuba mengingati jika ada peninggalan lain yang dijumpai bersama surat itu.
"Ada Seroja.Rantai.Rantai perak yang ada salib"
Dorin mencari cari sesuatu di dalam mejanya.
Aku membuka diari Damian.Gambar lama antara Damian, Laurentiu dan Mercia aku keluarkan.Gambar aku hulurkan pada Dorin.
"Rantai perak yang sama pada Andrian.Betulkan uncle?"
Duga aku.Aku melihat Dorin menepuk dahinya.Dia kemudian membelek gambar lama itu.
"Correct.Uncle baru teringat.Andrian ada minta izin pada uncle untuk mengkalung rantai itu.Wait...maksud Seroja kalung tu penyebab penyakit Andrian?Semangat Damian ada di kalung perak itu?"
Aku mengangguk kepala perlahan.Mengiyakan kata Dorin.
"Ada yang lagi besar uncle.Seroja dah dapat klu dimana mayat Milenea dan Damian berada.Erm kalau bernasib baik kita akan jumpa sekali mayat Laurentiu dan Mercia."
Dorin yang baru menghirup kopinya tersedak.Terasa perit tekaknya.Berita yang dia dengar tadi benar benar mengejutkan dia.
"Seroja are you sure?My late father said Laurentiu dan Mercia tinggalkan Romania untuk ke Hungary."
Bidas Dorin.Itulah yang dikatakan oleh Dominic pada dia dan àdiknya Dylan dahulu.Masakan dia boleh lupa sejarah keluarganya.
"No uncle.All written in here.Damian menulis bagaimana dia meracun 2 sahabatnya kerana sanggup menikam belakangnya. I have proof uncle.Look at this."
Aku menghulurkan diari lama kepada Dorin.Dorin menyambar kasar diari tersebut.Jika benar apa yang dikatakan oleh Seroja pasti akan ada masalah pada masa hadapan.Hubungan kekeluargaan 3 keluarga yang dibina semula oleh dia dan Dylan akan musnah.Reputasi keluarganya pasti akan terjejas.
"Oh my God.He really was a monster Seroja.Oh my..we need to keep the secret Seroja..but how??"
Aku membuka pelan lantai istana hitam.Pelan dibentang dihadapan Dorin.Dorin bangun untuk menilik pelan tersebut.Ini pertama kali dia melihat pelan itu.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomansaMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...