KEPUTUSAN PMR

2.7K 16 0
                                    

Aku dan Shazuan selamat sampai ke rumahnya di Rembau.Lama juga Shazuan tinggal di rumahku,hampir sebulan juga masa cuti hujung tahun ini.Mujurlah keluargaku dan keluarganya sudah saling kenal mengenali.Lagipun aku gembira kerana Shazuan ceria ketika berada di rumahku walaupun keadaan rumahku tidak sama dengan rumah agam milik keluarganya di sini.Dapat juga Shazuan bermalam di rumah Mak Ngah selama 5 hari.Itu sahaja ibu saudaranya yang masih okay dan memiliki hubungan rapat dengannya.Aku menunaikan hajatku kepada Shazuan dengan membawa dia berjalan jalan menaiki motor ke sana,dapatlah kami menikmati keindahan pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu malam.

Rumah Uncle Adnan begitu sunyi.Mungkin dia keluar bercuti bersama keluarganya pada musim cuti sekolah ini.Aku dan Shazuan pula sama-sama membersihkan halaman rumah ini yang mula dipenuhi dengan daun daun kering.Begitu juga di dalam rumah yang penuh bersawang selepas rumah ini hampir sebulan dibiarkan kosong.Semasa menghirup air sirap di bawah pokok tadi,Shazuan ada mengajakku untuk mengemas semua pakaian arwah ayah,ibu dan 2 adik beradiknya.Dia berniat untuk memberi pakaian mereka kepada rumah anak-anak yatim dan rumah jagaan warga emas.Aku bersetuju dengan cadangan Shazuan,kerana itulah yang dia perlu lakukan sebenarnya dari dulu.

Kami mula mengemas di bilik adik Shazuan dulu,kami mengasingkan pakaian mereka yang masih elok,manakala yang sudah usang kami masukkan dalam plastik sampah.Begitu juga dengan mainan kepunyaan mereka.Aku fikir tidaklah lama pada mulanya untuk mengemas bilik ini,rupanya aku silap.Mengambil masa hampir 4 jam juga untuk membersihkan semuanya.Gambar-gambar adiknya yang tergantung Shazuan simpan dahulu di dalam kotak.Kami akan menyambung mengemas bilik ayah dan ibu selepas ini kerana Shazuan mengajakku untuk mencari makanan di luar,tambahan pula perut kami berdua sudah pun berbunyi.

Aku dan Shazuan mula berdiri di muka pintu bilik ayah dan ibu.Sebenarnya sudah lama juga Shazuan tidak masuk ke bilik ini,hanya aku sahaja yang masuk ketika hendak menyapu.Masih lagi segar di ingatanku di mana bilik ini begitu berselerak selepas saudara mara Shazuan yang lain mencuri barang dalam bilik ini dan membawa pulang.Shazuan pula ketika itu tidak mahu membuat laporan kepada polis,bimbang berlakunya krisis keluarga yang lebih besar.Shazuan mula membuka pintu dan kami berdua melangkah masuk.Hatiku sayu apabila Shazuan hanya berdiri tegak dan merenung sendirian,aku tahu apa yang dia rasakan.Cukuplah aku menepuk bahunya supaya dia bersemangat.

Kami berdua mengemas pakaian ayah dan ibu.Sekali sekala Shazuan mengesat air mata yang mengalir di pipinya apabila memegang pakaian oramg tuanya.Beberapa pakaian Shazuan asingkan utk disimpan sebagai tanda kenangan untuk dirinya sendiri.Banyak juga benda yang kami jumpa semasa mengemas bilik ini,antaranya wang tunai berjumlah RM1,300 yang telah dipecahkan dalam not RM1 RM5 dan RM10,mungkin ini digunakan sebagai perbelanjaan adik adiknya untuk ke sekolah begitu juga wang tunai berjumlah RM8,900 dalam not RM50 dan RM100,mungkin sebagai simpanan kecemasan di rumah.Selain itu juga kami menjumpai barang kemas milik ibu dan nota beserta diari kepunyaan ayah.Aku lega kerana saudara maranya tidak menjumpai kesemua wang tunai dan barang kemas di dalam bilik ini semasa mereka menyelongkar,jika tidak pasti akan menambahkan rasa ralat kepada Shazuan.

"Wan rasa Wan nak jadikan bilik ayah dan ibu ini tempat untuk kita study lah bang,tapi perabot dalam ni biar je lah tak payah nak alih", Shazuan menyuarakan hasratnya kepadaku.

"Ini rumah Wan,fikirlah mana yang terbaik.Abang okay je", jawab ku sambil melemparkan senyuman kepadanya.

"Barang kemas dengan duit ni macam mana bang", soalnya lagi padaku.
-------------------------------------------------------------
Mak Ngah sudahpun tiba dari Petaling Jaya bersama ahli keluarganya yang lain.Shazuan meminta Mak Ngah dah keluarga menggunakan bilik adik beradiknya yang telah diubah menjadi bilik tetamu.Dia turut memuji kami berdua kerana dapat menjaga rumah ini dengan keadaan yang cukup baik.Mak Ngah tidak lama pun di sini,hanya bermalam pada malam ini sahaja,esok petang dia akan pulang kembali ke rumahnya.Esok merupakan hari yang penting untuk Shazuan kerana keputusan PMR bakal diumumkan.Mak Ngah akan membawanya ke sekolah esok.

Aku sedang bersembang ketika itu dengan Uncle Adnan di halaman rumah.Rupanya dia bercuti bersama keluarganya di Johor dan mengambil kesempatan menziarahi adik beradik isterinya di sana kerana Untie Esah merupakan anak kelahiran negeri itu.Ada juga dia membelikan otak-otak sebagai buah tangan untukku dan Shazuan.Sebuah kereta mula memasuki halaman rumah,ternyata ianya adalah milik Mak Ngah yang dipandu oleh suaminya.Pintu belakang juga mula dibuka.

"Abang,tengok result PMR Wan", kata Shazuan berlari ke arahku dan terus memelukku".

Shazuan mendapat keputusan 6A dalam PMR,pencapaian yang lebih cemerlang daripadaku tahun lepas.Dia menangis ketika memelukku.Aku sedar dia pasti merindui ayah dan ibu.Uncle Adnan,isterinya Untie Esah dan seluruh keluarga Mak Ngah melihat moment yang mengharukan ketika itu.Masing-masing gembira dengan keputusan Shazuan yang cemerlang,tetapi pasti juga mereka terkenang akan ibu dan ayah Shazuan yang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya.

Aku telah pun sampai ke tanah perkuburan,rumah baru untuk ibu ayah dan adik beradik Shazuan yang lain.Dia melangkah ke kubur keluarganya dan memegang batu nisan milik ayahnya.

"Ayah dan ibu,Wan dapat result 6A dalam PMR.Ayah dan ibu pasti suka kan?Wan datang sini untuk bagitahu ibu dan ayah supaya ibu dan ayah tahu", kata Shazuan yang mula kelihatan saya sebak.

Aku kembali ke motor dan menunggu Shazuan di sini.Biarlah dia meluahkan rasa kesedihannya di sana.Aku akan menunggunya di sini sehingga dia kembali.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang