Special - I

10.4K 426 32
                                        


      Melodi merdu yang terhasil dari petikan gitar dan juga bait-bait lirik lagu meluncur dari bibir Alanna begitu indah dipendengaran Niyaz. Lama dia mengintai Alanna dari balik dinding dapur.

Hampir seminggu Alanna di kampung halamannya dan setiap petang itu rutin wajib Alanna. Melepak di pangkin sambil menyanyikan lagu cinta. Entah ditujukan buat sesiapa, Niyaz juga tiada niat ingin bertanya.

"Adik ni pisang." Niyaz mengenyit hairan. Pisang goreng dan teh dalam talam dipandang sejenak.

"Pi la bagi dekat Alanna." Tak semena satu keluhan lepas di bibir Niyaz.

"Tak baik buat tetamu macam tu." Nuraini menegur.

"Dia bukan tetamu. Tetamu tak kan singgah rumah kita lama-lama."

"Adik..."

"Fine." Dari menghadap amarah mak yang bakal meletus dan membantainya, Niyaz mengalah. Dia terpaksa mengikut cakap mak dan memberikan pisang goreng itu buat Alanna walau hatinya tak sudi.

Emak yang tersenyum riang itu menjengkelkan Niyaz.
Baru Niyaz ingin buka mulut, kepalanya emak usap lembut. "Jangan merajuk lama-lama satgi terlepas," bisik Nuraini perlahan sebelum menyerahkan dulang pada Niyaz.

Niyaz memutarkan mata ke atas. Malas-malas dia menatang dulang dan membawa makanan petang itu kepada 'tetamu istimewa' mereka.

Sampai di sana, dulang dihentak sedikit ke atas pangkin buat menarik perhatian Alanna.

Petikan gitar berhenti. Begitu juga nyanyian Alanna. Alanna melangut memandang Niyaz yang berdiri tepat di hadapannya. Senyuman manis diberikan buat Niyaz.

Niyaz mengetap rahang kesal. Degupan jantung yang perlahan-lahan hilang ritma dan darah juga menyerbu ke muka buatkan dia semakin jengkel dengan Alanna.

Cepat-cepat Niyaz alihkan pandangan. Dari bertentang mata dengan Alanna dia meluaskan pandangan ke sawah padi yang terbentang luas.

"Teman la aku. Kita makan sama-sama," ajak Alanna sambil mengesot memberikan ruang buat Niyaz.

"Tak mau aku satgi tak pasai-pasai kena tangkap basah dengan hang."

"Baguslah, lagi cepat kita boleh kahwin."

Niyaz meneguk liur. Debar kian terasa. Tak sangka Alanna berani berkata begitu.

"Sapa nak kahwin dengan hang." Namun cepat mulutnya membalas kasar.

Cawan yang hampir menyentuh bibir Alanna letak semula ke piring. Ditatap lunak Niyaz dari sisi, berharap lelaki itu kembali menatapnya.

"Aku. Nak. Kahwin. Dengan. Kau."

"Sorry, aku tak berminat. Hang pi la kahwin dengan jantan lain."

"Tak nak saya nak awak Niyaz. Saya tak nak lelaki lain, saya cuma nak Tun Niyaz Khalif dan saya akan pastikan saya dapat awak walau macam mana sekali pun."

"Sumpah Alanna hang memang gila." Niyaz meremang. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang, mencipta jarak jauh di antara mereka.

Alanna tak berhenti sampai situ, malah dia buka telapaknya dan menghulurkan pada Niyaz yang mula ketakutan dengan tingkah gatalnya.

"Will you marry me and complete my deen?"

"Tak mau." Niyaz terus menolak lalu tergesa-gesa dia meninggalkan Alanna.

"Tak mau tandanya mau." Alanna jerit kuat-kuat.

Melihat Niyaz makin laju ke rumah buatkan dia makin meledak suka. Niyaz begitu lucu.

Tahukah lelaki itu pipinya sedang merah ranum? Tak perlu Alanna bongkar isi hati Niyaz dia sudah tahu jawapannya. Alanna juga yakin yang jantung Niyaz sekarang sedang menggila.

Alanna capai semula gitar miliknya lalu kembali mengalunkan lagu kesukaannya. Bibir melorek senyuman indah, penolakan Niyaz langsung tidak meninggalkan luka di hati kerana Alanna tahu lelaki itu sebenarnya masih mempunyai rasa padanya cuma dia perlu berusaha sedikit lagi untuk mengapai Niyaz yang sedang membawa rajuk.

C| MANUSKRIPTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang