"F-Faham..."
.
.
.Keesokannya, Ali pergi kesekolah seperti yang dimahukan oleh Ayahnya. Dia kena akur dengan cakap Ayahnya. Walaupun dia tengah sakit sekarang.
Tapi, sakit itu takkan hilang selagi tak berubat. Memang itu yang Ali nak. Takde siapa yang boleh larang dia. Walaupun Ayahnya ataupun Unclenya sendiri. Itupun, kalau mereka peduli dengan keadaan Ali.
.
.
."Ayah tak balik lagi ke?" Fikir Ali. Dia melihat kereta Ayahnya tiada dihadapan rumahnya.
"Takkanlah. Mesti Ayah ada balik." Fikirnya lagi. Dia mencari Ayahnya disekitar dalam rumahnya. Dibilik tidur, ditandas, ruang tamu dan dapur.
"Biarlah dia. Nanti aku lewat pulak." Ali terus keluar dari rumahnya lalu berjalan ke sekolah.
.
.
.Sewaktu Alicia baru sampai dikelas, dia melihat kearah Ali yang sedang menyapu kelas.
"Awal kau datang harini. Selalunya lewat" Alicia terus masuk untuk meletakkan beg ditempat duduknya.
Ali tidak menjawab, dia masih lagi menyapu. Dia masih lagi berfikir tentang Ayahnya.
"Ali!" Alicia membaling pemadam papan putih kearah Ali. Namun yang dia sasarkan ialah meja yang berada disebelah Ali tu.
"Eh!" Ali terus melihat kearah belakangnya dan mendapati Alicia yang membaling pemadam tersebut. Dia pun terus memarahi Alicia. "Asal kau ni?! Kalau kena aku macam mana?!!"
"Eleh, tak kene pun kan. Lagipun salah kau, yang pekak sangat kenapa?! Orang panggil dekat 10 kali masih lagi tak dengar!!!" Marah Alicia balik.
"Ck, manalah aku perasan. Lagipun salah kau asal duduk jauh sangat?!! Ingat aku dapat dengar ke suara kau yang lunak tu?!!"
"Suara aku takdelah lunak sangat! Salah kau yang tak korek telinga!!!"
Maka, terjadi peperangan kecil diantara mereka berdua. Dua-dua tidak mahu kalah.
Pada akhirnya...
"Kau lelaki kan, mengaku jelah salah kau!!! Sebab memang kau salah pun!!!"
"Ish, yelah yelah. Aku salah sebab tak dengar kau." Ali mengalah juga pada akhirnya.
"Apa yang kau tengah fikirkan Ali? Aku tengok kau termenung je dari tadi... Bukan nak menyapu, penyapu tu boleh dikatakan kau pegang je." Alicia berjalan mendekati Ali lalu mengambil pemadam papan putih yang berada dilantai. Lalu dia berjalan semula ke hadapan, dan meletakkan pemadam itu ditempat asalnya.
"Aku... Uh, aku banyak fikir tadi..." Jawab Ali.
"Fikir? Fikir tentang apa?" Tanya Alicia lagi.
"Takde papelah... Tak penting pun..." Jawab Ali ingin mengelak.
"Kalau takde pape, kenapa kau fikirkan? Menyusahkan diri je"
"Eleh, biarlah. Yang kau susah apahal?"
"Takde pun aku susah. Aku saja je tanya. Kot-kot kau nak ke mintak bantuan daripada aku... Yelah, kan otak aku lagi besar daripada otak kau."
"Haah, sebab kepala kau besar dari kepala aku." Jawab Ali sambil kembali menyapu. "Lagipun aku taknak dan takkan tanya kau. Jadi, kau simpan jelah otak besar kau tu. Aku tak perlukan. Gunakan otak kau tu dalam peperiksaan sajalah. Lagi bermanfaat" Katanya dengan selamba.
Alicia apa lagi, dah. Kalau dengar orang cakap kepada dia besar, memang meletuplah dia. "Ei, kau cakap kepala aku besar?!" Soalnya dalam amarah.
"Kau jangan nak marah aku, kau yang cakap otak aku kecik dulu. Maknanya kepala aku ni kecik. Astu, kau juga cakap otak kau besar. Maknanya kepala kau besarlah kan..." Ali tertawa dengan tenang. Dia melihat kearah Alicia yang mukanya sudah merah kerana menahan amarah.
"Ish, jagalah kau! Aku akan ajar kau sebab cakap aku macam tu!!! Padan muka kau, aku akan kasi kau denda!" Alicia terus mengeluarkan tablet nya.
"Hurm, yelah..." Ali hanya terima saja nasibnya itu. Dia ingin teruskan lagi menyapu, namun kepalanya secara tiba-tiba sakit. Sakit yang amat.
"Ah..." Rintih Ali sambil memegang kepalanya. Penyapunya dia jatuhkan kerana ingin menahan dirinya dari jatuh ke lantai. Dia memegang meja yang berdekatan dengannya.
.
.
.Alicia sedang asik ingin memilih denda yang berat untuk Ali. Dia mendengar rintihan daripada Ali.
"Ah..." Alicia terus melihat kearah Ali. Dia melihat Ali sedang memegang kepalanya, penyapu yang Ali pegang tadi sudahpun jatuh ke lantai. Tangannya satu lagi sedang memegang meja yang berada didekatnya. Tampaknya ingin menahan dirinya dari jatuh.
"Ali!" Alicia dengan risaunya terus mendekati Ali.
.
.
.Kredit phone ni nak abis huhu 🥲
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...