Chapter 19

274 20 6
                                    

Waktu bagaikan terulang. Kini dirinya kembali berada dibangunan terbiar, tempat dimana dia mendapatkan cedera parah.

"Ali! Hati-hati!!!" Jerit Alicia dengan tiba-tiba.

Ali memandang kearah Alicia dengan pelik dan dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena...

Penjahat itu mengacukan pistol ke Ali. Dia sedang berada diatas Ali. Sebelah tangannya berpegang pada kayu untuk menahan badannya dari jatuh. Dan sebelahnya lagi sedang memegang pistol. Penjahat itu penarik picu pistol itu dan...

Boom!

"Ali!!!" Teriak Moon dan Alicia panik.

Asap dari tembakan itu memenuhi ruangan dan mengaburkan pandangan mereka.

Dirinya melayang akibat tembakan itu lalu terbentur kedinding. Rasanya amat sakit sekali.

Ali masih lagi sedarkan dirinya. Dia dapat rasakan yang dirinya akan pengsan pada ketika itu. Ali memejam matanya dengan rapat lalu mengeluh kesakitan dibahagian belakangnya.

Ali mendengar ada sesuatu yang sedang bergerak disekitarnya, dia perlahan membuka matanya dan menemukan penjahat tadi sedang berads didepan matanya.

"Long time no see.." Kata Penjahat itu dengan lembut. Dapat disimpulkan kalau penjahat itu adalah perempuan. Wajahnya ditutupi dengan topeng manakala dia memakai jaket yang menutup kepalanya.

Penjahat itu berjongkok dihadapan Ali. Tangannya dengan perlahan mengusap wajah Ali. Lalu dia tertawa kecil. "Siapa tahu, bayi kecil ini sangat tangkas dalam berlawan... Hehe, siapa yang mengajarmu?" Tanya dengan lembut.

Ali menepis tangan itu. "J-jangan sentuh aku, tak guna!" Katanya dalam keadaan lemah. Dia sudah tidak mempunyai tenaga untuk berlawan, bahkan sekarang ini dia sedang menahan dirinya agar tidak pengsan.

"Oh, my bad. Jangan risau, saya tidak akan sakiti kamu. And, i bet kamu akan menyesal dengan panggilanmu kepadaku saat ini... Kerana suatu saat nanti, kamu akan mengetahui, siapa diriku yang sebenarnya." Kata Penjahat itu dengan lembut, dia mengelus rambut Ali. "But, i am sorry for now" Katanya sebelum membuatkan Ali pengsan.

.
.
.

"Ah! Tak guna!!!" Jeritnya ketika dia sudah pun terbangun dari tidurnya. Saat dia menyedari dengan sekelilingnya, dia meraup wajahnya dengan kasar.

"Mimpi tu lagi... Kenapalah aku asyik termimpikan dia. Dahlah aku tak kenal" Keluhnya sambil memicit pangkal hidungnya.

Dia melihat kearah jam yang sedang menunjukkan waktu itu adalah 10:30 Pagi. Lalu dia mengeluh perlahan.

Dia bangun dari katilnya lalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah 15 minit, dia sudah pun selesai lalu keluar dari bilik air untuk mengemas tempat tidurnya dan juga baju-bajunya.

Hari ini adalah hari pertama Ali menjalankan rawatan yang dia perlukan untuk menyembuhkan penyakit lama. Setelah sekian lama dia menolak untuk menerima rawatan itu.

Ali masih lagi sibuk mengemas barang-barangnya. Dia mengambil foto ibunya lalu dia masukkan kedalam beg kecil nya itu.

Ali diharuskan untuk tinggal di Hospital sepanjang menjalankan rawatan tersebut. Kata Alexis, untuk menyenangkan dia untuk mengawasi keadaan Ali. Dia tak mahu ada sebarang kekurangan sepanjang Ali menerima rawatan kerana itu dia berkeras mahukan Ali tinggal dihospital.

.
.
.

Sedang asik Ali berkemas pakaiannya, Ghazali tetiba masuk kedalam biliknya.
Ali masih lagi tidak menyedari kehadiran ayahnya didalam biliknya kerana dia sedang fokus melipat baju.

"Kau dah nak berambus ker?" Tanya Ghazali secara tiba-tiba.

Ali yang terkejut mendengar suara Ghazali terus memusingkan badannya untuk berhadapan dengan Ghazali.

"A-Ayah?" Tanya Ali dengan terkejut dengan kehadiran Ghazali. "Ali boleh jelaska-" Belum sempat Ali menghabiskan ucapannya, dia terus dipotong oleh Ghazali.

"Kenapa nak terkejut? Kau takut aku halang kau ke macam mana? Huh, memang taklah aku nak halang.. Buang masa aku je. Lagipun bagus juga kalau kau nak keluar dari rumah ni. Berkuranglah sikit beban aku." Kata Ghazali dengan gembira. Dia menampilkan senyuman yang sudah lama dia tidak tunjukkan kepada Ali. Senyuman kebahagiaan dan kebanggaan.

Senyuman itu sangat spesial bagi Ali. Terakhir kali dia melihat senyuman itu adalah sewaktu dia kecil dan sebelum Mamanya jatuh sakit dan meninggal dunia. Mengingat perkara seperti ini membuatkan Ali berasa sesak didada.

"Ayah... Gembira?" Tanya Ali dengan rasa sesak didadanya. Dia ingin menangis melihat Ghazali gembira seperti ini. 'Ternyata, dia dah lama nantikan aku untuk keluar dari rumah ini... Dan pergi dari hidup dia, macam mana Mama pergi...' Fikir Ali sambil melihat wajah gembira Ghazali.

"Haha, mestilah gembira! Dan juga bangga! Haha!!! Hari ini adalah hari yang terpaling bahagia sekali dalam hidup aku!!!" Ghazali ketawa dengan kuat. Ingin meluahkan rasa gembiranya dengan ketawa.

Ali tersenyum lemah apabila mendengar setiap perkataan Ghazali.

"Hurm, aku rasa... Aku kena raikan dengan kawan-kawan aku ni.. Sudah lama aku tak adakan parti... Rindulah pulak zaman muda dulu, hehe" Kata Ghazali sambil terus ketawa. Dia mengambil telefon dari poketnya lalu menekan-nekan skrin telefonnya itu. Lalu dia memandang wajah Ali.

"Bila kau nak pergi? Lambat lagi ke? Aku harap, kau dapatlah jaga diri yea. Jangan balik kat sini pulak. Dan, jangan kata aku yang halau kau yer, kau yang nak keluar sendirikan...? Jadi, bukan salah aku. Dan aku tak dapat nak halang kau, sebab itu kemahuan kau kan..." Kata Ghazali sambil masih menekan-nekan skrin telefonnya.

'Ali belum sempat cakap lagi Ayah... Tapi Ayah yang mencelah dulu dan... Tanpa sengaja meluahkan segala beban yang Ayah pendam. Ali akan tunaikan permintaan Ayah, dengan sepenuh hati Ali....


















































































............... Ali tunggu Ayah disyurga tau.' Fikirnya sambil menampilkan senyuman kepada Ghazali.

Ghazali pelik melihat Ali yang tersenyum padanya. "Kau dah kenapa? Buang tabiat ke?" Tanya dengan kasar.

"Ayah, Ali ada lima permintaan terakhir kepada Ayah..."

"Lima? Banyaknya..." Kata Ghazali dengan terkejut.

"Apa salahnya, inikan untuk kali yang terakhir..." Kata Ali dengan lembut. "Boleh tak Ayah tunaikan? Untuk Ali dan Mama..."

'Kali terakhir ye... Huh, tunaikan sajalah lagipun dia kan dah nak berambus dari hidup kau, Ghazali... Kau akan bahagia selepas ini...' Fikirnya sambil senyum.

"Apa permintaan kau?" Tanya Ghazali.

"Tapi, Ali nak Uncle pun ada jugak... Boleh?" Tanya Ali. Senyumannya masih lagi ditampilkan kepada Ghazali.








































































Ghazali mengeluh perlahan. "Apa-apa jelah, asalkan kau blah dari hidup aku"

"Terima kasih Ayah."

.
.
.

Sudah ingin menuju ending! Vote!!!

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now