Bilik Rehat Arena M.A.T.A.
Alicia sedang menatap Ali yang sedang terbaring lemas diatas katil. Dia sangat merisaukan dengan keadaan Ali. Dia memerhati wajah Ali yang kian pucat.
"Ali, bangunlah... Kau jangan buat aku macam ni..." Kata Alicia dengan rasa bersalah.
"Sabarlah Alicia, Ali akan bangunlah nanti tu... Baik awak pergi rehat dulu..." Kata Iman dengan lembut.
"Haah, semalaman kau duduk disini sorang-sorang. Ejen Bakar pun takde kat sini, patutnya dia jagalah anak saudara dia... Ini, orang lain pulak jaga" Kata Moon sambil menyilangkan tangannya didada.
"Ish, tak baiklah." Marah Iman.
"Hurm, yelah" Moon terus mencebik masam.
"Kejap lagi Khai akan sampai. Awak pergi sarapan dulu. At least adalah tenaga sikit untuk jalankan misi nanti." Kata Iman sambil memegang bahu Alicia.
"Huh, baiklah" Alicia bangun dan berjalan keluar dari bilik rehat. Pikirannya melayang kemana-mana. 'Andai sahaja aku scan awal-awal... Mesti teammate aku takkan terbaring macam tu.' Fikir Alicia.
.
.
.Ali, Hati-hati!!!" Jerit Alicia kepada Ali.
Ali memandang kearah Alicia dengan pelik kemudian dia memandang ke atas.
Ali juga terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Penjahat itu mengacukan pistol ke Ali. Dia sedang berada diatas Ali. Sebelah tangannya berpegang pada kayu untuk menahan badannya dari jatuh. Dan sebelahnya lagi sedang memegang pistol. Penjahat itu penarik picu pistol itu dan...
Boom!
"Ali!!!" Teriak Moon dan Alicia panik.
Asap dari tembakan itu memenuhi ruangan dan mengaburkan pandangan mereka.
Tanpa membuang masa, Alicia terus melemparkan bebola yang dapat memerangkap asap didalamnya. Dan seketika, asap itu disedut. Pandangan mereka semakin lama semakin jelas.
"Ali!!!" Jerit Moon dengan panik.
Alicia dan Bakar menoleh pada Moon yang sedang mendekati Ali yang telah tidak sedarkan dirinya. Darah bercucuran keluar dari kepalanya dan wajahnya memiliki banyak kesan calar.
Alicia sangat terkejut melihat hal itu. Dia terkaku buat seketika lalu berlari kearah Ali. Bakar pula hanya melihat keadaan Ali sekilas dan terus melihat ke sekelilingnya.
"Tch, tak guna. Dia dah larikan diri." Gumam Bakar dengan geram sambil kembali melihat kearah Ali.
"Ejen Bakar, kita kena cepat bawa Ali balik. Dia tercedera parah!" Kata Alicia dengan separa menjerit.
Bakar mengeluh lalu dia mendekati Ali. 'Kau ni memang betul-betul menyusahkan aku.' Fikirnya sambil mendukung badan Ali. 'Aih, kenapa badan dia ringan pulak ni. Tak cukup makan ker?' Fikirnya lagi lalu berjalan meninggalkan bangunan terbiar itu bersama dengan Alicia dan Moon.
.
.
.Ali masih lagi tidak sadarkan diri. Menurut Geetha, kecederaan yang Ali alami sangatlah serius dibahagian dada dan perutnya. Ali perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih lanjut.
.
.
."Bakar, jangan kamu ingat saya itu bodoh. Saya tahu bagaimana perilakumu kepada Ali kebelakangan ini." Kata General Rama sambil menatap Bakar yang sedang berdiri didepannya.
"Apa kaitannya dengan misi kali ini?" Tanya Bakar.
"Dey, kamu tidak boleh mencampurkan hal peribadimu dengan misi. Jika tidak, perkara seperti inilah yang akan berlaku!" Marah General Rama kepada Bakar.
"Saya dah usaha lindungi ahli pasukan saya General. Cuma salah dia yang tak reti mengelak. Saya tidak boleh berbuat apa-apa dah waktu itu..." Kata Bakar cuba mempertahankan dirinya.
"Bakar, jangan cuba membohongi saya. Saya tahu benar dengan perangai mu." Kata General Rama dengan tegas. "Atau perlu saya panggil Moon dan Alicia datang kesini, memberikan keterangan?" Ugut General Rama.
Bakar hanya terdiam. Dia menundukkan kepalanya sambil menahan amarah.
"Saya mohon, selesaikan masalahmu dengan cepat. Agar kejadian seperti ini tidak akan terulang lagi. Lagipun, ini masih belum terlambat."
"Maksud General?"
"Tiada apa-apa... Kamu sudah boleh keluar." General Rama terus membelakangi Bakar.
Bakar berusaha mencerna kata-kata General Rama tadi. Tapi tiada satu pun jawapan yang dapat diketemukan didalam otaknya itu.
Bakar terus keluar dari bilik itu dan terus ke Bilik Rehat Arena. Dimana Ali sedang berada sekarang ini.
.
.
.Bakar berjalan masuk kedalam bilik itu sambil memasang wajah dinginnya. Dia melihat kearah Ali yang masih lagi tidak sedarkan diri dan terbaring lemah. Dibahagian tepi katil itu, ada tabung oksigen yang telah disambungkan dengan topeng bagi memudahkan Ali untuk bernafas.
Dia menatap wajah anak buahnya tanpa perasaan. Tiada sedikit pun rasa kasihan dalam dirinya. Dia berjalan ke bahagian tepi katil, dimana tabung oksigen itu terletak.
"Kau, pembawa sial." Tangan Bakar ingin mencapai topeng oksigen diwajah Ali. Dia ingin melepaskan topeng itu dari wajah Ali. Namun, aksinya terhenti saat mendengar langkah seseorang yang semakin mendekati bilik rehat itu.
.
.
.Maaflah lambat, sibuk sikit masa sekolah dh start ni
![](https://img.wattpad.com/cover/361331733-288-k783695.jpg)
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...