"Ali!"
.
.
."Haiya Ali, dah tau sakit kenapa tidak mahu duduk dirumah saja? Kan dah kena masuk ke bilik rehat." Viktor sedang membebel dekat Ali yang sedang baring diatas katil dibilik rehat. Untunglah tadi Viktor sampai kekelas tepat pada masanya. Dapatlah Viktor menolong Alicia membawa Ali ke bilik rehat.
"Ish, kau ni. Aku kan dah kata dari tadi lagi aku nie okey sahaja. Korang berdua degil yang tetap mahu hantar aku kesini." Balas Ali yang tidak puas hati kerana terpaksa mendengar bebelan Viktor. "Lepas ni, mesti aku dengar bebelan Alicia pula" Fikir Ali.
"Ish, kenapalah kau ini degil sangat. Kami hanya risaukan kau sahaja. Kami tidak mahu kau pengsan macam hari tu maa.."
"Asyik-asyik ungkit itu sahaja. Usah dikenang benda yang dah lepas. Biarkan sahaja ia berlalu. Lagipun aku dah rasa sihat. Tadi aku hanya banyak berfikir, itu yang aku pening tu"
"Hurm, tak percaya aku." Viktor menyilangkan tangannya. Dia menatap wajah Ali dengan serius. "Ada ka pening sebab banyak berfikir sampai mahu jatuh. Mahu pengsan begitu. Serasa aku tidak ada."
"Uh... Ish, dahlah kau ni. Aku nak balik kekelas." Ali berusaha bangun, namun ditahan oleh Viktor.
"Jangan Ali, aku risau kau akan pening lagi. Baik kau berehat sahaja disini sampai waktu rehat ataupun kalau kau dah rasa lebih baik, baru kau balik kelas. Kau pucat sangat ni, Ali. Itu yang aku risaukan. Harap kau faham dan dengar cakap aku." Kata Viktor sambil memegang kedua bahu Ali. Melihat wajah Ali yang semakin lama semakin pucat buatkan dia berasa amat risau.
"Aku okelah Viktor. Percayalah. Kalau aku tak oke, dah lama aku tak datang sekolah." Kata Ali.
"Isk, jangan sesekali mau melawan cakap kawan baik kau ini. Ini semua demi kebaikan kau juga maa." Kata Viktor dengan tegas.
"Yelah" Kata Ali sambil memutar bebola matanya.
"Ih, aku kena balik kelas dulu. Nanti aku datang balik waktu rehat. Kau nak aku bawakan apa-apa tak?" Soal Viktor.
"Takde, dah kau boleh pergi"
"Oh, jadi ceritanya kau halau aku lah ni"
Ali tidak menjawab, dia terus memejamkan matanya untuk tidur.
"Haiya, nampak dia merajuk pula dengan aku" Ucap Viktor dengan perlahan sambil berjalan keluar dari bilik rehat.
.
.
.To be continue...
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...