Chapter 36

215 15 4
                                    

"Assalamualaikum, Bakar... Hiks" Isak Ghazali di akhir kalimat dalam talian. Panggilan diantara Bakar dengannya tersambung.

"Waalaikummussalam, Abang.. Kenapa ni?" Tanya Bakar dengan risau.

"Ali... Hiks, Ali..." Ghazali mengulang nama yang sama secara berterusan. Seiring dengan tangisannya yang semakin kedengaran.

"Tunggu, Bakar datang sekarang..." Bakar mematikan telefonnya.

.
.
.

"Kenapa Bakar?" Tanya Geetha sejurus setelah melihat Bakar mematikan telefonnya.

"Ada sesuatu terjadi dengan Ali... Aku kena pergi dulu" Bakar menyimpan telefon kedalam poket bajunya.

"Baiklah, beritahu kami jika ada apa-apa terjadi." Kata Leon sambil tersenyum.

"Jangan senyap lagi... Macam tadi" Sambung Karya sambil tersenyum tipis.

Bakar hanya mengangguk, dia terus berlari keluar dari ruangan dan kemudian keluar dari Arena M.A.T.A.

Seseorang yang sedari dari tadi hanya mengintip, mendengarkan semua percakapan antara Bakar dan Mentor lain juga turut meninggalkan ruangan itu dan terus berjalan menuju ke laluan untuk masuk ke Dorm.

.
.
.

Bakar tiba di Hospital dengan cemas. Dia terus ke ruangan wad milik Ali, tapi tiada orang sama sekali. Bahkan katil yang pernah Ali tiduri juga kosong dan kemas seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Tidak ada sebarang mesin, wajar dan alat-alat yang berhampiran dengan katil tersebut.

Bakar mencuba untuk menelefon Ghazali, beberapa kali dia mencuba. Namun, Ghazali sama sekali tidak mengangkat panggilannya.

Tanpa membuang masa, Bakar terus kembali ke Lobi Hospital dan pergi ke kaunter pertanyaan. Dia memanggil seorang jururawat yang sedang bekerja di kaunter tersebut.

"Maafkan saya..." Kata Bakar sambil menampilkan senyuman tipis diwajahnya bagi menutup raut kerisauannya.

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu?" Tanya Jururawat itu dengan lembut. Dia juga turut membalas senyuman Bakar. Senyumannya itu sangat lembut, mampu mencairkan hati lelaki yang berhadapan dengannya. Tapi tidak dengan Bakar. Bakar sekarang ini hanya memikirkan tentang keadaan Ali. Hanya Ali.

"Saya ingin tahu, dimanakah  pesakit yang pernah duduk diruangan 503? Adakah ruangannya dipindahkan?" Tanya Bakar.

"Sebentar yea, Encik." Jururawat itu segera menekan-nekan keyboard yang berada di hadapannya.

Tak lama setelah itu, dia kembali bersuara. "Adakah nama pesakit itu bernama Ali Bin Ghazali?" Tanyanya untuk kepastian.

"Ya, benar. Dimanakah dia sekarang ini?" Jawab Bakar lalu kembali bertanya.

"Ouh, Ali Bin Ghazali sedang berada di ruangan pembedahan. Pembedahannya telah berjalan sekitar 30 minit yang lalu. Encik kena naik ke tingkat 5 lalu belok ke kiri untuk sampai ke ruangan itu." Jelas Jururawat yang masih menampilkan senyuman lebar.

"Baiklah, terima kasih" Bakar mengangguk sebelum kembali berlari menuju kearah lif.

.
.
.

Sesampai sahaja Bakar diruangan pembedahan. Dia menemukan satu sosok yang sangat dia kenali. Sosok itu adalah Ghazali yang sedang duduk diatas kerusi, hanya menunduk dan menatap kosong kearah lantai.

Bakar terus berjalan mendekati Ghazali lalu menepuk bahu Ghazali. "Abang?" Panggilnya dengan perlahan. Dia duduk disebelah Ghazali

"Bakar..." Ghazali mendongakkan kepalanya setelah dia mendengar suara yang familiar ditelingannya. Dia menatap Bakar dengan putus asa. "Ali... Ali.. Bakar, Hiks" Ghazali mula menangis keputus asaan.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now