Chapter 27

231 18 0
                                    

Jam 4:30 petang. Bandar Cyberaya, Rumah Ali.

.
.
.

"Assalamualaikum Ali... Uncle dah balik!"   Jerit Bakar sambil membuka pintu bilik tidur Ali.

Mendengar jeritan itu, Ali terus menoleh kearah sumber suara, lalu dia tersenyum. "Waalaikummussalam Uncle..."

"Uncle ada belikan makanan kegemaran untuk Ali, iaitu Satey dan Murtabak! Jom kita pergi makan..." Bakar menunjukkan bungkusan makanan yang sedang dia pegang kehadapan wajah Ali.

Ali menggeleng sebagai jawapan.

"Kenapa?" Soal Bakar dengan hairan. Selalunya, tak kiralah sakit macam mana sekali pon anak saudaranya ini... Anak saudaranya ini akan tetap mau makan makanan kegemaran dia sampailah kenyang.

"Ali tak ada selerala Uncle... Uncle makan jelah dengan Ayah, itupun kalau Ayah balik awal..." Kata Ali lalu dia memandang ketempat lain.

Bakar meletakkan bungkusan makanan itu atas laci yang berada ditepi katil Ali. Disitu ada telefon Ali yang sedang dicas dan juga beberapa senjata yang sering Ali gunakan sewaktu menjalankan misi sebagai seorang Ejen dulu. Bakar duduk diatas katil Ali, disamping Ali. Dia menatap wajah Ali yang pucat itu lalu dia usap perlahan pipi Ali. "Uncle tengok,  kau semakin pucat... Betul ke tak mau jumpa dokter? Mana tau, demam kau ini bukan penyakit biasa..." Katanya dengan lembut, sangat sedap untuk didengar.

"Mana adalah, Uncle janganlah merepek!" Marah Ali sambil mendengus kesal.

"Yelah, yelah... Hurm, selalunya kalau kau demam. Kau selalu nak makan makanan kegemaran kau biarpun Uncle tak nak bagi. Tapi kau berkeras juga nak makan, ada ke patut dulu kau pergi beli senyap-senyap. Tak padan dengan demam, perangai macam-macam." Bebel Bakar sambil ketawa mengingat masa lalu.

"Itu dulu, Uncle. Sekarang, dah lain... Memang berubah-ubahlah selera Ali. Sekarang ni, Ali hanya boleh makan bubur sahaja. Itu saja yang buat Ali ada selera makan dan kena dengan tekak Ali... Buat masa ni." Ali melihat Bakar yang sedang menunjukkan wajah risau terhadapnya. Lalu dia tersenyum. "Kalau boleh, Ali nak makan bubur buatan Ayah dan Uncle... Boleh tak buatkan untuk Ali?" Kata Ali dengan ceria.

"Huh, kan aku dah kata... Kau ni memang macam-macam perangai.."

"Hehe, ala... Asyik Ali je selalu masakkan untuk Uncle dan Ayah dulu. Sekarang, Uncle dan Ayahlah masakkan untuk Ali pulak"

"Hurm, yelah"

.
.
.

Jam 6:00 Petang.

Ghazali akhirnya telah sampai kerumah setelah selesai sibuk bekerja menanda kertas kerja yang kian bertambah sewaktu dia mengambil cuti beberapa hari untuk bersama dengan Ali.

Ghazali mengeluh berat. Dia meleparkan begnya ke sofa. Kaca matanya dilepas lalu diletakkan diatas meja. Tali lehernya dilepaskan. Dia duduk diatas sofa sambil menutup mata sebelum ada seseorang yang menepuk bahunya.

.
.
.

Ghazali membuka matanya dan terus menoleh ketepinya. Ternyata orang yang menepuk bahunya adalah Bakar, adik iparnya.

"Ish, kau ni. Buat aku terkejut je. Lain kali, panggil jelah... Tak payah nak tepuk bahu bagai" Bebel Ghazali sambil kembali menutup matanya.

"Eleh, kau ni... Itu pun nak dibebelkan ke? Ker, kau takut?" Bakar duduk disebelah Ghazali sambil menaikkan kening sebelah kanannya.

"Maksud kau? Takut apa?" Tanya Ghazali . Matanya masih ditutup lagi.

"Urm,macam mana kalau aku kata. Kau takut dengan benda tu... Mesti kau nak nafikan." Jawab Bakar, agak menyindir Ghazali.

Ghazali membuka matanya lalu melihat ke arah Bakar dengan dahi yang berkerut-kerut. "Benda mana pulak ni? Jangan nak merepek sangat boleh tak! Cakap je terus, jangan nak bebelit. Otak aku ni dah puas berbelit tadi." Marah Ghazali tak puas hati disindir dengan benda yang tidak dia ketahui.

"Takkan kau tak faham. Benda tu, maksud aku adalah hantu." Bakar menjawab dengan tenang. "H.A.N.T.U. Hantu... Itu pun tak tau ka?"

"Oh, hantu... Cakaplah awal-awal... Senang cite..." Ghazali berhenti seketika. "Plus, memang aku tak takutkan hantu sebab hantu itu tidak wujud dan takkan pernah wujud."

"Kalau wujud juga macam mana?" Bakar menanti jawapan Ghazali.

"Kalau wujud juga, itu mesti hantu yang penuh dengan dendam dan mati tidak tenteram. Lagipun, kita takkan kena ganggu dengan hantu sebab kita mana pernah cari pasal dengan orang." Jawab Ghazali lalu dia berdehem seketika kerana berpuas hati dengan jawapan yang dia sendiri katakan.

"Aik, tadi kata kau tak percayakan hantu.? Ni tau pulak pasal hantu" Bakar mencuba untuk protes.

"Aku memang tak percaya... Tapi aku cakap macam ni untuk orang yang percayakan hantu, macam kau." Protes Ghazali pula. Tak mahu kalah dengan Bakar.

"Eleh" Bakar menjeling Ghazali hujung mata.

.
.
.

"Kenapa kau kat bawah, Ali macam mana? Siapa temankan dia kat atas?" Tanya Ghazali, memecahkan keheningan yang tercipta sebentar tadi akibat debat yang dibuat oleh dirinya sendiri dan juga Bakar.

"Ali ada kat dalam bilik. Duduk termenung, entah apalah yang bermain difikiran dia... Sebelum kita keluar tadi, elok je. Bila aku balik pulak... Aku beli makanan kegemaran dia sekali, tapi dia cakap takde selera. Hancur hati aku, selalunya budak tu yang pertama akan habiskan Satey dan Murtabak." Bakar menunduk.

"Lepas tu, apa jadi?" Ghazali melihat adik iparnya seperti kesusahan hati. Dia menepuk-nepuk belakang adik iparnya itu.

"Lepas tu? Aku ada cakap dengan dia, tanya macam-macam... Tapi, dia jawab acuh tak acuh je dengan aku sebab kuat temenung." Bakar berhenti lagi. "Aku rasa, dia memang betul nak tinggalkan kita... Kalau benarlah dia pergi, bagaimana?" Bakar bertanya dengan risau.

"Seperti yang Ali katakan kepada kita, kita akan pergi mencari dia dirumah barunya itu..." Jawab Ghazali.

"Tapi, kalau kita tak jumpa? Bagaimana?" Soal Bakar sambil melihat ke arah Ghazali.

Keadaan kembali sunyi. Tiada langsung perkataan yang keluarkan dari mulut Ghazali mahupun Bakar. Semuanya sedang bermain dalam fikiran sendiri.

"Sebab itulah, Ali kata... Baik tunaikan saja semua permintaan Ali. Barulah korang takkan rasa menyesal kalau tak jumpa Ali nanti."

Ghazali dan Bakar terkejut apabila mendengar jawapan dari persoalan mereka. Mereka terus menoleh kearah sumber suara.

.
.
.

Tbc. After get 10 votes or more♥︎
Selamat Hari Raya, all my love💞

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now