Chapter 46

195 15 8
                                    

"Ali"

.
.
.

Ali.

Ya, nama budak lelaki itu adalah Ali. Yang disangkakan telah mati akibat menderita kanser otak pada tahap ke-4. Tahap yang paling mematikan.

Seorang Ejen Muda M.A.T.A yang berteraskan Tekno. Bekas pemakai Iris, salah satu ciptaan terhebat milik ibunya. Ejen Aliya.

Aliya, Mama kepada Ali. Seorang wanita yang sangat berbakat dalam mencipta pelbagai gajet untuk berhadapan dengan musuh. Dia telah banyak sekali menyumbangkan jasanya kepada M.A.T.A.. Dia juga merupakan surirumah dan Isteri kepada Ghazali. Dia meninggal diusia yang muda dikeranakan insiden dari Override Mode, gajet ciptaannya yang pada akhirnya mengambil nyawanya sendiri. Dia meninggalkan Ali yang masih lagi seorang bayi yang berusia 4 tahun.

.
.
.

"Korang tahu nama saya?" Kata budak yang dipanggil Ali itu. Wajahnya kelihatan sangat terkejut.

Nyx hanya ketawa kecil. "Mestilah kitaorang tahu. Kalau tidak, macam mana kami nak jaga kamu."

"Ouh..." Ali hanya mengangguk.

"Oh, sebelum kami terlupa... Nama Ma-... Nama akak adalah Nyx. Kamu boleh panggil akak dengan panggilan yang mana-mana sahaja kamu rasa selesa" Nyx mengelus kepala Ali.

"Nama abang pulak adalah Keir. Panggil Abang ataupun Keir. Dua-dua pun boleh" Kata Keir.

Ali mengangguk lagi.

"Kami dah nak keluar, kalau kamu nak apa-apa... Tekan sahaja butang merah kat remote tu." Nyx menunjukkan remote yang terletak diatas laci sebelah katil Ali.  "Dan kami akan datang"

"Ada apa-apa soalan?" Tanya Keir sambil  mengemas barang-barang yang dia bawa tadi.

"Uh..." Ali kelihatan sangat ragu. Dia menundukkan kepalanya. "Sampai bila Ali akan duduk dalam ruangan ni?"

Nyx kembali tersenyum dengan lembut. "Sampai Ali betul-betul dah sembuh. Sekarang nie, Ali masih lagi lemah. Nak berdiri pun tak larat apatah lagi nak berjalan. Kepala kamu pun masih lagi dalam balutan"

Ali terus menyentuh kepalanya apabila mendengar kalimat terakhir Nyx. "Eh, Haah"

"Jadi fahamkan, kenapa kamu kena duduk kat sini dulu..." Nyx mencuit hidung Ali.

"Faham..." Ali hanya mengangguk. "Tapi, Ali bosanlah duduk sini sorang-sorang. Takde benda boleh Ali buat selain dari baring diatas katil ni sepanjang hari" Ali mengeluh berat, dia menyilangkan tangannya didada.

"Ish, sapa kata Ali sorang-sorang... Akak ada. Akak akan temankan Ali sampailah Ali sembuh sepenuhnya" Kata Nyx dengan lembut.

"Betul nie?" Mata Ali terus bersinar-sinar.

"Ehehe, betul" Nyx ketawa kecil dan menganggukkan kepalanya.

Keir hanya menggelengkan kepalanya sahaja lalu dia berjalan meninggalkan Nyx bersama dengan Ali di dalam ruangan itu.

.
.
.

"Wah, bestnya game ni!" Kata Ali dengan gembira.

"Mestilah best. Akak yang pilih sendiri" Kata Nyx dengan bangga

"Woah. Akak pun minat main game tembak-tembak?" Ali mengalihkan pandangannya dari televisyen. Dia memandang Nyx yang masih fokus bermain game.

"Yalah. Kalau Akak tak minat, mungkin sekarang kita sedang main game Barbie. Ataupun main masak-masak" Jawab Nyx tanpa mengalihkan pandangannya dari televisyen.

"Ehehe... Akak ni, pandailah bergurau." Ali kembali fokus dengan gameplaynya.

.
.
.

"Eh, jaga-jaga! Ada musuh dalam semak tu!!!"

"Mana-mana!"

"Dalam semak tu!"

"Alamak, darah Ali dah tinggal sikit!"

"Samalah"

"𝚈𝙾𝚄 𝙻𝙾𝚂𝙴"

"Ala... Dah kalah"

"Uh, takpe... Kita main sekali lagi. Konfirm menang nie"

.
.
.

"𝚈𝙾𝚄 𝙻𝙾𝚂𝙴"

"Lah, kalah lagi"

"Kita main sekali lagi"

.
.
.

"𝚈𝙾𝚄 𝙻𝙾𝚂𝙴"

"Taknak la main, asyik kalah jer" Kata Ali dengan kecewa. Dia terus menyilangkan tangannya didada sambil menatap kaca televisyen dihadapannya.

"Ish, jangan menyerah. Kita kena usaha, sampailah berjaya" Kata Nyx sambil menepuk bahu Ali.

Ali terus menghadap Nyx sambil memasang muka comel.

"Akak, jom kita main game lain..." Pujuk Ali dengan lembut.

"Uh, bolelah... Ali nak main game apa?" Nyx terus berdiri dari katil Ali.

"Urm, game berlumba! Lumba kereta!"

"Boleh, tapi Ali berlumba dengan Akak yer"

"Heh, senang je nie..." Kata Ali dengan bangga.

"Ye ke senang... Kalau kalah, jangan nanges" Kata Nyx dengan mengejek.

"Kita tengoklah siapa yang kalah nanti. Game lumba kereta ni, makanan Alilah" Kata Ali dengan sombong.

Nyx hanya tersenyum sinis.

.
.
.

Arena M.A.T.A, Bilik Mesyuarat.

Dayang, Ganz, Bakar, Leon, Karya dan Geetha. Semuanya dalam memasang wajah serius. Sambil membaca laporan yang terpapar dihadapan mereka berulang-ulang kali.

"Haih, kamu berempat masih lagi tidak tahu siapa yang membantu remaja-remaja perempuan ini?" Tanya Dayang sambil mengeluh.

Bakar, Leon, Karya dan Geetha hanya menggelengkan kepalanya.

"Mereka hanya menyebut nama Nyx berulang kali. Katanya, dia seorang wanita yang sangat serius. Dan, menurut keterangan remaja-remaja perempuan yang terlibat... Nyx jugalah yang memberi mereka keberanian untuk membalas dendam terhadap sekumpulan penjahat itu" Kata Geetha dengan serius.

"Lagi? Ada maklumat lain?" Tanya Ganz dan hanya mendapat gelengan kepala dari Geetha sebagai jawapan. "Bagaimana pula dengan rakan seperjuangan dia? Yang namanya adalah Keir" Tanyanya lagi.

"Mereka hanya memberitahu yang Keir lah yang selalu memberikan bantuan bekalan makanan dan perubatan kepada mereka. Tiada yang lebih selain itu" Kata Leon pula.

"Haih, bagaimana Keir dapat memberikan bantuan perubatan. Dia bukannya handal dalam perubatan rapi atau sebagainya..." Ganz hanya menggelengkan kepalanya.

Dayang memikirkan kalimat Ganz, dia tampak mengetahui sesuatu. "Saya rasa, saya tahu" Katanya secara tidak langsung. Semua mata kini tertuju ke arahnya.

"Tahu apa" Tanya Bakar.

"Dia hanya dapat memberikan bantuan perubatan, jikalau... Dia seorang doktor" Kata Dayang dengan yakin.

"Mungkin ini semua ada kaitan dengan masalah kekurangan bekalan darah di hospital Cyberaya baru-baru ini..." Sambung Leon.

"Kita dapat gunakan peluang ini untuk cari siapa mereka berdua sebenarnya." Kata Karya.

"Baik. Kamu semua diberikan tugasan baru. Iaitu menyoal siasat semua dokter-dokter yang bekerja di Hospital Cyberaya. Berkemungkinan diantara mereka merupakan orang yang kita cari selama ini. Tangkap dia, dan siasat apa motif dia" Dayang memberi arahan, semuanya hanya menganggukkan kepalanya sebagai respon.

"Kalau kita dapat tangkap Keir, mungkin tak lama lagi... Kita akan dapat tangkap Nyx" Kata Ganz lalu dia ketawa gembira.

.
.
.

Tbc.
I feel a little disappointed, sorry for the late update.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now