Chapter 14

287 27 1
                                    

"M.. Maaf Ayah..." Ali terus menundukkan kepalanya.

"Sikit-sikit minta maaf, lepas tu buat lagi. Baik tak payah minta maaf terus." Ghazali terus membuka pintu dan keluar dari rumahnya.

.
.
.

Ali masih lagi tergamam dengan perbuatan Ghazali. Dia juga turut berasa sakit hati dengan kata-kata Ghazali yang semakin lama semakin kasar kepadanya.

'Apa salah aku sampai semua orang berubah macam ni?' Fikir Ali.

Comot terus menggeselkan kepalanya dikaki Ali. Dia melihat wajah Ali yang sedih itu. "Meow... Meow, Meow, Meow" Katanya sambil terus menggeselkan kepalanya dikaki Ali.

Ali hanya tersenyum sahaja kepada Comot. Dia berjalan kearah dapurnya lalu mengambil bekas untuk menyimpan semua makanan yang dia masak tadi. Dia ingin membawa makanan itu kesekolahnya untuk diberi kepada Viktor ataupun Alicia. Rasa lapar yang dia rasakan dari tadi terus hilang begitu juga dengan selera makannya.

.
.
.

Ali meletakkan dua bekas makanan diatas meja yang berada di Kantin.

Viktor yang melihat bekas-bekas itu terus mendekati Ali. "Wow, Ali... Makanan apa yang kau bawak tu? Dah lama kau tak bawak bekal ke sekolah hehe... Nak rasa boleh?"  Viktor terus duduk disebelah Ali dah menanti Ali untuk membuka penutup bekalnya.

"Sebenarnya, aku bawa untuk kau..." Ali terus memberikan bekalnya kepada Viktor setelah dia membuka penutup bekalnya.

"Eh, untuk aku? Apasal pulak untuk aku? Untuk kau mana?" Soal Viktor dengan pelik. Keningnya terangkat sebelah.

"Aku tak lapar... Lagipun, memang aku buatkan untuk kau. Kau tak nak ke?"

"Eh, mestilah nak... Hehe, makanan free jangan ditolak! Tunggu sebentar ya, aku mahu beli air dulu" Viktor bangun dan terus berjalan ke kaunter kantin.

Ali melihat Viktor yang sudah menjauh segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan mendekati seseorang yang memakai baju biru, misai palsu dan sedang berpura-pura menyapu sampah. Iaitu Bakar.

.
.
.

"Uncle..." Ali memanggil dari belakang, namun Bakar langsung tidak memerdulikannya.

"Uncle... Ali nak bagi sesuatu ni" Ali memanggil lagi dan lagi sehinggalah Bakar memusingkan badan kearahnya.

"Apa yang kau nak? Kau nak bongkar identiti aku ke?!" Soalnya dengan suara garang. Bunyinya tidak terlalu kuat, tapi cukup untuk buatkan bahu Ali terhinjut kerana terkejut akibat ditengking.

"Bukan... A-Ali cuma nak berikan Uncle bekal ni... Saya ada buat pagi tadi untuk sarapan, tapi tak jadi sebab takde selera nak makan... Jadi, Uncle ambiklah untuk makan masa Uncle rehat nanti." Ali menghulurkan bekal itu kepada Bakar. Bakar hanya melihat saja.

"Buang" Kata Bakar dengan ringkas, padat dan senang difahami.

"A-Apa?" Soal Ali tidak percaya.

"Aku cakap buang. Itu pun pekak ke? Dahlah, baik kau pergi sebelum orang syak apa-apa nanti." Bakar terus berjalan meninggalkan Ali dalam kesedihan.

.
.
.

Ali hanya berdiri, melihat bekal yang ada ditangannya itu. Bahu kanannya kemudian dipegang oleh seseorang. Dia terus menoleh ke kanan dan mendapati bahawa Alicia lah yang memegang bahunya.

"Kau kenapa berdiri tengah jalan lagi ni? Ada berlaku apa-apa ke? Apa yang terjadi antara kau dengan Ejen Bakar?" Soal Alicia tidak terhenti-henti.

Ali hanya tersenyum lemah lalu menggelengkan kepalanya. "Tidak ada papalah. Nah, bekal untuk kau. Dalam ni ada sandwich. Kau makanlah sampai habis." Ali menghulurkan bekal itu kepada Alicia.

"Aik? Bukan bekal ni bekal kau ke? Kenapa kau taknak makan?" Soal Alicia lagi. Dia terlihat ragu untuk mengambil bekal itu. 'Bukan sepatutnya bekal ni milik Ejen Bakar ke?' Fikir Alicia.

"Aku takde seleralah nak makan... Kau  makan jelah. Lagipun aku tak nak membazirkan makanan. Tu jer." Jawab Ali dengan tenang.

"Tak lapar ke?" Soal Alicia lagi.

"Tak. Dah, ambik jelah. Banyak soal pulak kau ni" Ali terus mengambil tangan Alicia dan terus letakkan bekal itu ditangan Alicia. "Makan sampai habis yer, jangan buang. Bekas tu pulak, bersihkan dan bagi kat aku balik. Jangan nak curi bekas ni pulak yer. Mencuri itu amalan yang sangat tidak baik"

"Ceh, sempat lagi. Ha yelah, terima kasih untuk bekal ni..." Alicia terus memberikan Ali renungan tajam. Ali pula, dia terus ketawa kecil apabila melihat Alicia memberinya renungan tajam.

"Ha yelah, sama-sama..." Saat Ali ingin berjalan meninggalkan Alicia, dia teringatkan satu hal berkaitan dengan Arena M.A.T.A.. Lalu dia berpaling kearah Alicia lagi dan terus memanggil Alicia yang sudah pun berjalan meninggalkan dirinya.

"Alicia!" Ali memanggil nama Alicia dengan suara yang tidak terlalu kuat.

Alici terus berpaling kearahnya. "Ha, apalagi?" Soalnya.

"Hehe, aku nak cakap yang aku tak dapat join latihan Arena M.A.T.A lagi sebab ada hal yang aku perlu lakukan... Nanti kau cakap dekat Mentor yer..." Kata Ali sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Hurm, yelah... Tapi apa hal nya? Penting sangat ke hal kau tu?" Soal Alicia dengan malas.

"Penting jugaklah bagi aku, hehe... Tolong yer..." Kata Ali.

"Ye ye... Nanti aku cakap kat diorang..."

"Terima kasih, Alicia."

"Itu pun kalau diorang tanya, hahaha" Alicia ketawa dengan lembut.

"Eleh kau, menyempat lagi eh"

"Tadi kau dulu an"

"Hurm, yelah.."

.
.
.

Ping! NOTIFICATION WATTPAD ANDA MASUK!!! BACA DAN VOTEEEEE!!!!

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now