Selesai sahaja Ali memasak, Ali terus bergegas ke bilik Ghazali untuk memanggilnya.
Saat dia ingin mengetuk pintu bilik itu, dia dengan jelas dapat mendengarkan perbualan antara Ghazali dan Bakar. Lalu dia tersenyum kecil dan terus mendengarkan perbualan.
.
.
."So how, should we give what Ali wants? Kasih sayang kita, yang telah lama dia tidak dapatkan...? Atau, kita hanya buat tak tahu dengan permintaan Ali..?" Tanya Bakar dengan serius. Boleh disimpulkan perbualan antara mereka berdua kali ini adalah serius, bukan hal main-main.
"Bakar, I don't even know what will happen after this month... Adakah, Ali akan benar-benar meninggalkan kita setelah permintaan dia terpenuhi...?" Tanya Ghazali, mempersoalkan dirinya dan Bakar.
Bakar hanya menunduk dengan raut wajah yang tampak sedikit sedih. Dia teringatkan kembali kata-kata Ali sewaktu ditaman tadi... Dan, janjinya pada Aliya... Kakaknya sendiri... Begitu juga dengan Ghazali.
"Aku, tak mahu kehilangan Ali seperti aku kehilangan Aliya... Ali satu-satunya harta yang bahagia aku ada, dia adalah bukti cinta antara aku dan Aliya. Mustahil, aku mahukan dia pergi seperti ibunya... Lagipun, aku dah berjanji dengan Aliya, akan jaga Ali separuh nyawa aku. Dan aku takkan mungkiri janji itu..." Kata Ghazali dengan sedih.
.
.
.'Tak Ayah, Ayah langsung tak mungkiri janji Ayah kepada Mama... Ayah jaga Ali dengan baik selama ni, begitu juga dengan Uncle... Korang dah jaga Ali lebih dari kata baik..' Batin Ali sambil tersenyum. Air matanya perlahan menitis, bukan kerana sedih tetapi bahagia. 'Teruskanlah berkata lagi... Ayah, Uncle... Ali nak dengar semuanya sebelum Ali pergi' Batinnya lagi.
.
.
."Bukan kau sorang je, Abang... Aku pun janji jugak dengan kakak. Yang aku akan jaga Ali, latih Ali dengan bersungguh-sungguh dan jadikan dia hebat... Macam diri kakak. Kakak sangat menaruh harapan kepada aku untuk menjaga Ali dengan baik.. Boleh dikatakan Ali adalah harta yang paling-paling berharga untuk kakak aku" Kata Bakar pula.
"Aku faham..."
.
.
.Ali tersenyum, hatinya tambah gembira apabila mendengar perbualan Bakar dan Ghazali tadi. Dia terus mengelap air matanya dibaju dan terus mengetuk pintu bilik Ghazali.
Tak lams selepas itu, Ghazali membuka pintu bilik. "Ali nak apa?" Tanya Ghazali, dengan nada yang... Boleh dikatakan lembut dari sebelum ini, tiada nada dingin yang kedengaran dari Ghazali dan itu yang membuat Ali semakin senang.
"Ali nak cakap yang, makanan dah siap... Cepatlah keluar, nanti makanan sejuk. Tak sedap nanti, penat Ali masak tau" Kata Ali sambil berpura-pura mengelap peluh.
Ghazali menyadari yang mata Ali sedikit membengkak. "Ali, kenapa mata bengkak? Nangis ke?" Tanya Ghazali serta merta, kini dia menundukkan dirinya agar sama tinggi dengan Ali.
"Ali nangis?" Bakar muncul disebelah Ghazali.
"Eh, taklah... Ali tak nangis pon, biasalah kan. Kalau potong bawang, mesti mata berair... Jadilah macam menangis" Ali menggelengkan kepalanya dengan perlahan. "Kenapa Uncle boleh ada dalam bilik Ayah?" Tanya Ali sambil berpura-pura pelik.
"Ouh, takde papelah... Kami hanya nak solat Isyak berjemaah saja." Jawab Bakar sambil menggaru belakang kepalanya dengan kekok.
Ali hanya senyum mendengar jawapan Bakar yang jelas berbohong padanya. "Ouh, yeke. Kalau macam tu, mari kita makan sekarang. Nanti lauk sejuk pula" Kata Ali sambil berjalan ke dapur.
"Haha, iyalah" Kata Ghazali dan Bakar dengan serentak. Lalu mereka mengikuti Ali kedapur dan duduk dimeja makan yang cukup muat untuk 3 orang.
"Ayah dan Uncle makanlah dulu, Ali nak tengok bagaimana reaksi korang masa makan masakan Ali." Kata Ali sambil tersenyum manis.
"Yelah, Ayah makan dulu" Kata Ghazali sambil menyuapkan daging kicap bersama nasi kedalam mulutnya. Ali melihat Ghazali dengan mata yang bersinar-sinar.
"Macam mana Ayah? Ada yang kurang?" Tanya Ali.
"Sedap jugak Ali masak, macam masakan Mama kamu dulu." Kata Ghazali sambil terus menyuapkan nasi kedalam mulutnya bersama dengan lauk.
"Wah, yeke.. Terima kasih Ayah..." Ali menoleh ke arah Bakar. "Uncle rasalah pulak.."
Bakar mengangguk dan menyuapkan nasi bersama dengan daging masak merah pula. Kepala dia terangguk-angguk semasa mengunyah makanan itu. Belum sempat Ali bertanya, Bakar telah pun membuka mulutnta. "Daging masak merah ni memang sedap, cukup rasanya dan takde langsung kurangnya. Sangat sempurna... Nanti buat lagi yer, Uncle sukalah pulak" Kata Bakar sambil memberikan thumbs up kepada Ali.
Ali hanya tersenyum mendengar kata-kata Bakar. "Hehe, itu pun kalau Ali masih lagi ada lepas sebulan ni" Katanya sambil ketawa kecil.
Ghazali dan Bakar berhenti mengunyah makanan yang ada didalam mulutnya untuk seketika. Mereka melihat kearah Ali yang sedang sibuk makan sambil berceloteh panjang.
"Ali..." Panggil Ghazali.
"Ya Ayah?"
"Ali nak pergi mana selepas sebulan ni? Macam jauh je Ali nak pergi...?" Tanya Ghazali dengan lembut.
"Memang jauh pun, kenapa Ayah tanya?" Jawab Ali dengan tenang.
"Takdelah, cara kamu bercakap macam tak nak balik langsung je... Ali dah tak nak jumpa Ayah dengan Uncle lagi ke?" Kini Bakar pula mencelah.
Ali hanya diam, dia tidak tahu ingin berkata apa-apa... Haruskah dis beritahu tentang penyakitnya kepada Ghazali dan Bakar? Ali melihat wajah Ghazali dan Bakar lalu dia tersenyum.
"Jumpa tu, memanglah nak... Mustahil, Ali tak rindukan Ayah dan Uncle... Tapi..." Ucapan Ali terhenti seketika.
"Tapi kenapa?" Ghazali dan Bakar bertanya serentak.
"Nothing... Hehe, baik sambung makan lepas tu masuk tidur. Esok kita nak jalan-jalan lagi kan? Ali taknak esok ada yang penat, sebab banyak lagi tempat yang Ali nak pergi bersama Ayah dan Uncle. Ali nak memanfaatkan kesempatan ini untuk membuat banyak kenangan untuk kita bertiga..." Kata Ali sambil tersenyum lagi. "Bolehlah kenangan yang kita buat sekarang ini jadi ubat untuk rindu korang kepada Ali masa Ali dah takde nanti..." Gumamnya dengan perlahan. Ghazali dan Bakar langsung tidak dengar apa yang Ali ucapkan. Tapi mereks dapat lihat bibir Ali yang sedikit bergerak.
"Ali cakap apa? Nak cakap tu, jangan lah perlahan sangat... Kami mana boleh dengar.." Tanya Ghazali sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Oh-" Ali terkejut dengan soalan Ghazali. "Urm, Ali sedang fikirkan... Esok nak bawa makanan apa sebagai makanan waktu tengah hari nanti..." Ali hanya tersenyum kekok.
"Ouh, yeke... Hurm, lebih baik jangan fikirkan sangat... Sebab Uncle rasa nak singgah makan kat restoran nanti. Nak jugalah rasa makanan yang selalu orang makan disini... Dengar kata, kat sini restoran kebanyakan buat makanan orang putih..." Kata Bakar sambil sibuk mengunyah makanan. "Bolelah Ali belajar buat makanan orang putih nanti, hehe... Ali kan pandai masak macam Mama.." Puji Bakar.
"Hehe, terima kasih Uncle" Pipi Ali terus memerah sedikit apabila mendengar Bakar memujinya. 'Akhirnya, aku dapat juga mendengar pujian seperti ini setelah sekian lamanya' Batinnya sambil terus tersenyum kepada Bakar dan Ghazali.
.
.
.(Repost, cause... I think there is something wrong. I will continue this story if it reaches 5 votes or more. It is better)
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfic𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...