Chapter 47

193 11 2
                                    

Rumah Banglo, Pinggiran Cyberaya.
Jam 11:30 p.m.

.
.
.

"Nyx..." Panggil Keir dengan perlahan. Dia dan Nyx sedang berada diruang tamu, untuk berbincang mengenai rancangan mereka.

"Apa dia?" Tanya Nyx, matanya tertumpu kepada komputer dihadapannya. Sedikitpun dia tidak mengalihkan pandangan dari komputernya, apatah lagi bergerak.

"Aku rasa... Aku dah tak nak teruskan rancangan ni..." Kata Keir dengan sangat perlahan, tapi masih boleh didengari oleh Nyx.

"What do you mean?" Nyx mengalihkan pandangannya kearah Keir yang sedang duduk di atas sofa, dibahagian kanannya.

Keir hanya mengeluh nafasnya dengan berat. "Aku cuma dah tak boleh nak ikut rancangan kau..."

"Tapi kenapa!? Kenapa tiba-tiba!?" Tanya Nyx dengan marah, dia menatap Keir dengan tajam.

"M.A.T.A. telah melakukan pemeriksaan disetiap hospital yang ada dibandar ni. Dan hari ni, mereka telah tangkap 6 orang dokter yang mereka syaki merupakan salah seorang ahli pengganas, penjahat ataupun pembunuh" Terang Keir dengan panjang lebar. Dia tidak berani ingin menatap kembali wajah Nyx yang sedang memerah kerana menahan amarah.

"Jadi? Apa masalahnya?"

"Aku... Aku takut yang, aku akan hilang semua yang aku ada sekarang ni, kalau aku tertangkap nanti. Pemeriksaan mereka bukan main-main pada kali ini. Mereka akan tangkap jika terlihat sedikit mencurigakan atau, jika orang itu mencukupi ciri-ciri yang mereka cari selama ni" Jelas Keir kepada Nyx. "Sekali mereka tangkap, mereka akan siasat satu persatu dengan lebih dalam. Mereka akan paksa sampailah orang tu cakap..."

Nyx hanya diam, dia masih lagi menatap Keir dengan tajam.

"Aku just-" Keir mengeluh lagi. "Aku just tak nak hilang pekerjaan aku... Kau tahukan, aku dah banyak berusaha untuk dapatkan gelaran Dokter ni. Dan mustahil untuk aku lepaskan gelaran ni."

"Kalau kau tak buat apa-apa perilaku ataupun menunjukkan ciri-ciri yang mereka cari, mereka takkan tangkap kau. Dan pastinya, kau takkan hilang gelaran Dokter ni." Nyx berkata dengan marah, dia cuba menenangkan diri sebelum meneruskan kalimatnya. "Kau jangan sesekali berikan alasan bodoh untuk berhenti jalankan rancangan kita. Rancangan kita dah hampir berjaya, kita kena teruskan walau apa jua yang berlaku. Aku dah buat banyak benda untuk sampai ke tahap ni, kau faham tak!?"

Keir tersentak sedikit, kemudian dia terus menganggukkan kepalanya dengan laju. "F-Faham..."

Nyx terus mengalihkan pandangannya ke komputer yang berada di hadapannya. "Baguslah kalau faham, jangan sampai ada kesilapan sudahlah."

"Apa rancangan kau selepas ni?" Tanya Keir.

Nyx hanya tersenyum sinis. "Rancangan aku kali ni adalah rahsia... Tak boleh bagitahu sesiapa, nanti kantoi"

"Cis"

.
.
.

Jam 3:00 pagi.

Keir dan Nyx masih berada diruang tamu. Masing-masing sedang fokus mengerjakan hal sendiri.

Ada bunyi tapak kaki sedang menuju kearah ruang tamu. Semakin lama tapak kaki berjalan mendekati ruang tamu, semakin kuat bunyi tapak kaki itu. Akhirnya, sosok itu muncul disebalik dinding.

"Akak Nyx..." Panggil sosok itu dengan suara serak.

Nyx terus mengalihkan pandangannya kearah sumber suara yang memanggilnya. Dia terus tersenyum manis. "Ya, Ali?"

Keir juga turut memandang Ali.

"Ali tak boleh tidurlah, Akak... Boleh tak, akak temankan Ali tidur?" Kata Ali sambil menggosok matanya.

"Boleh, mari sini... Duduk tepi akak..." Nyx menepuk-nepuk karpet sambil melambaikan tangannya.

Ali terus berjalan mendekati Nyx lalu dia duduk disebelah Nyx.

"Sini, tidur atas paha Akak"

Tanpa bantahan, Ali terus meletakkan kepalanya diatas paha Nyx. Nyx tersenyum lebar, kemudian dia mengusap perlahan pipi Ali lalu dia mengelus kepala Ali dengan lembut.

"Ali kenapa tak boleh tidur?" Tanya Nyx dengan lembut.

"Ali mimpi buruklah Akak... Ali jadi tak berani nak tidur sorang, lagipun Ali rasa sangat sunyi kalau duduk sorang dalam bilik tu" Kata Ali sambil memandang tepat mata Nyx.

"Ali takut hantu, eh?" Tanya Keir sambil ketawa kecil.

"Ali tak takut lah! Ali cuma takleh tidur" Bantah Ali dengan cepat.

"Ha, kalau macam tu. Ali tidurlah dengan Akak... Tapi, Akak ada banyak kerja ni" Kata Nyx.

"Takpe, Ali kalau bersama dengan Akak... Mesti Ali dah boleh tidur, sebab kalau duduk dengan Akak, Ali akan rasa selesa dan selamat" Kata Ali sambil tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu" Balas Nyx sambil tersenyum.

.
.
.

"Bagaimana dengan 6 orang yang kita tangkap itu?" Tanya Ganz.

"2 orang daripadanya adalah pembunuh. Mereka membunuh pesakit mereka untuk kesenangan diri. Kalau ada organ-organ yang masih bagus dalam tubuh pesakit yang mereka bunuh itu, mereka akan jual ke pasaran gelap ataupun ke luar negara." Jawab Bakar dengan serius.

"4 orang lagi?" Tanya Dayang pula.

"Mereka hanya orang biasa, kami dah lakukan banyak pemeriksaan dan soal menyoal kepada mereka sebelum kami lepaskan mereka" Jawab Geeta pula.

"Haih, baru 1 hospital yang kita periksa... Lain yang dicari, lain pula yang kita dapat. Pembunuh pula tu" Kata Dayang sambil mengeluh.

"Kita harus tangkap juga orang yang terlibat dengan dadah, ataupun pembunuhan dan lain-lain. Ini semua demi keselamatan penduduk Cyberaya." Kata Ganz dengan serius.

"Baiklah." Balas Leon dan Karya.

"Saya telah hantarkan beberapa pasukan untuk periksa kawasan pinggiran Cyberaya. Saya rasa disana mungkin ada markas persembunyian mereka yang mereka baru buat ataupun, kita yang tidak tahu" Kata Geetha.

"Keputusan yang bijak" Kata Dayang sambil tersenyum. Geetha juga hanya membalas dengan senyuman.

"Laporan berkaitan Nyx dan Keir?" Ganz memandang kearah Karya.

"Tiada. Mereka hanya diam dan tidak berbuat apa-apa. Mungkin mereka masih lagi sedang merancang sesuatu" Jawab Karya.

"Ataupun, mereka sudah tahu yang kita sedang mencari mereka." Kata Leon.

"Mungkin" Balas Karya.

.
.
.

Segala perbualan, perbincangan antara Ketua Teras dan Mentor dapat didengari oleh orang yang mereka cari selama ini.

Nyx, dan Keir.

Mereka berdua hanya tersenyum sinis dihadapan komputer sambil terus mendengarkan perbualan Ketua Teras dan Mentor.

"Popular juga kita ni, sekali buat benda baik... Semua orang cari kita, termasuk Ketua Teras." Nyx hanya ketawa sinis.

"Diorang rindukan kita tu" Keir juga ikut ketawa seperti tiada apa yang berlaku. Dia lupa kot, yang tadi dia nak berhenti. Apapun, biarkanlah dia... Asalkan dia bahagia.

.
.
.

Tbc

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now