Chapter 33

221 19 4
                                    

"Sebenarnya, saya juga tidak pasti... Boleh kamu semua panggilkan Ejen Bakar dengan segera?" Soal Ejen Geetha dengan cemas.

.
.
.

Bakar masuk kedalam Bilik Rehat M.A.T.A dengan tergesa-gesa. Disusuli dengan Leon dan Karya yang sedang cemas sepertinya. Matanya memandang sekeliling dan menemukan tubuh yang lemah dan sedang tidak sedarkan dirinya.

Bakar mendekati kearah tubuh itu. Lalu melirik kearah Geetha yang sedang berdiri bersama dengan Ejen Muda lainnya. Dia melihat terdapat beberapa noda darah dibaju Geetha dan dapat disimpulkan kalau itu adalah darah milik anak saudaranya, Ali.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Tanya Bakar tanpa menoleh kearah Geetha. Dia tetap menatap wajah Ali yang semakin pucat. Dan sedikit bekas darah dibahagian tepi hidung.

"Awalnya baik-baik sahaja. Saya menemani Ali untuk mengerjakan beberapa laporan yang dia harus buat. Setelah itu, tak berapa lama... Ali mula batuk... Semakin lama menjadi semakin parah, Ali batuk tidak terhenti-henti sehingga keluar darah dari mulutnya itu." Jawab Geetha sambil memandang wajah Ali. "Saya sudah ingin memanggil kamu, tapi Ali menahan saya dan mengatakan kalau dia baik-baik sahaja... Batuk dia mula reda, tapi digantikan dengan sesak nafas. Dia kesulitan bernafas dan pada akhirnya, hidung dia mengeluarkan darah tanpa henti. Waktu itu, hanya saya sendirian bersama dengan Ali. Tiada siapa yang saya boleh minta tolong..." Air mata Geetha mula bertakung.

"Geetha..." Karya mendekati Geetha dengan niat untuk menenangkan hati Geetha yang merasa serba salah. Dia menepuk bahu Geetha sambil tersenyum. Geetha hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Alicia yang melihat Geetha seperti tidak boleh bercakap lagi terus menyambung ucapan Geetha. "Waktu kami semua sampai di Bilik Tekno, kami hanya melihat Ali memang sudah tidak sedarkan diri sahaja. Kami juga tidak tahu apa yang terjadi. Kami hanya menuruti perintah Ejen Geetha untuk memanggil Ejen Bakar kesini."

"Bakar, saya sarankan lebih baik kamu bawa sahaja Ali ke Hospital. Melihat keadaan Ali yang sebegini rupa, tampaknya dia memang harus melakukan pemeriksaan." Leon menepuk bahu Bakar. Bakar tersentak sedikit lalu dia memandang Leon sambil senyum tawar.

.
.
.

Ghazali terus ke Hospital setelah menerima panggilan dari Bakar yang mengatakan anaknya telah dimasukkan kedalam hospital dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Dia tiba dihadapan Bilik Pemeriksaan dengan cepat. Matanya hanya fokus kepada Bakar yang sedang duduk dihadapannya.

"Bakar!" Panggil Ghazali sambil mendekati kearah Bakar.

Bakar terus menoleh apabila namanya dipanggil. "Abang..." Sahutnya dengan perlahan.

"Apa yang dah jadi? Kenapa Ali boleh masuk kedalam hospital? Kenapa Ali boleh pengsan?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ghazali. Bakar hanya diam. Ghazali menepuk bahu Bakar, meminta penjelasan.

.
.
.

Keadaan di luar bilik pemeriksaan sangat sepi. Semuanya hanya diam, tidak mengeluarkan sebarang perkataan. Mereka sedang menunggu dan berdoa supaya keadaan Ali akan baik-baik sahaja.

Tak lama selepas itu, pintu bilik pemeriksaan akhirnya terbuka.

Ceklek!
Menampilkan seseorang yang berjubah putih, memakai cermin mata dan juga topeng yang menutupi separuh mukanya. Di jubahnya ada satu poket dekat dengan bahagian dada. Diatas poket itu, terletak tanda nama yang bertulis 'Alexis'.

Alexis berjalan keluar dari bilik pemeriksaan sambil menurunkan topeng mukanya sehingga di bawah dagu. Dia berjalan mendekati dua orang yang sedang berada dihadapannya. "Ahli keluarga pesakit?" Tanyanya dengan lembut.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now