"Haha, suka-suka kau lerr"
.
.
.Masih lagi dihari yang sama, namun waktu yang berbeza.
Bulan bersinar ditemani dengan bintang disekelilingnya. Kelihatan satu persatu sinarnya pada waktu malam. Waktu yang selalu digunakan oleh penghuni bumi untuk memulihkan tenaga mereka supaya mereka dapat bekerja dengan lebih baik pada hari esok.
Berbeza dengan Ali, dia menggunakan waktu itu untuk mengulang kaji pelajarannya.
Ali berusaha sedaya upaya untuk tetap fokus. Dia tidak mahu peperiksaan kali ini, dia mendapat keputusan yang amat mengecewakan. Cukuplah dia asyik mendengar bebelan ayahnya yang selalu tidak puas hati dengannya kerana mendapat keputusan yang buruk.
"Bertahan Ali, ini demi Ayah. Berjuang untuk terakhir kali. Buktikan kepada Ayah sebelum kau pergi! Semangat Ali!" Kata Ali kepada dirinya sendiri. Dia tahu, hanya dia saja yang dapat menyemangatkan dirinya saat ini. Tiada orang lain lagi yang dapat memberikan kata-kata semangat padanya.
.
.
.Pagi sudah pun menjelma. Waktu untuk penghuni bumi melakukan pekerjaan setelah semalaman merehatkan diri untuk memulihkan tenaga mereka.
Selepas waktu Subuh lagi, Ali sudah pun bersiap sedia untuk kesekolah. Dia turun ke dapur untuk membuat sarapan kepada Ghazali. Tak lupa juga untuk makan ubatnya sebelum rasa sakit menyerang dirinya.
Bunyi tapak kaki kedengaran menuruni tangga dengan perlahan. Ghazali sedang menuruni tangga sambil memakai jam ditangannya. Tabletnya sudahpun ditangan, begitu juga dengan begnya. Dia berjalan ke arah pintu rumahnya. Saat dia ingin membuka pintu rumahnya itu, satu suara telah menegurnya dari belakang.
"Ayah"
.
.
.Ghazali terus memusingkan badannya. Keningnya diangkat sebelah, dahinya pula berkerut-kerut.
"Ha, nak apa?" Soalnya sambil melihat kearah sumber suara.
"Uh, Ali ada buatkan sarapan untuk Ayah. Marilah makan sarapan dengan Ali." Kata Ali dengan perlahan. "Bolehlah Ali temankan Ayah makan sekali. Hehe, kita dah lama tak makan sekali, kan Ayah?" Ali melihat ke wajah Ghazali yang sedang menatap dirinya dengan tatapan dingin.
"Ayah sibuk, kau makanlah sorang-sorang. Makanan Ayah tu bagi je kat Comot. Lain kali jangan nak membazir sangat, buat makanan banyak-banyak lepaz tu tak habis. Kau ingat, duit kita tumbuh dari pokok ke?" Kata Ghazali dengan marah.
"M.. Maaf Ayah..." Ali terus menundukkan kepalanya.
"Sikit-sikit minta maaf, lepas tu buat lagi. Baik tak payah minta maaf terus." Ghazali terus membuka pintu dan keluar dari rumahnya.
Tak lama selepas itu, terdengar bunyi enjin kereta yang seperti baru dihidupkan. Lalu kereta itu terus dipandu, meninggalkan kawasan perumahan.
.
.
.Pendek jer kali ni, because banyak kerja hehe.. Jangan lupa vote tau!
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfic𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...