"Haiya, nampaknya dia pula merajuk dengan aku"
.
.
.Loceng sekolah akhirnya berbunyi, menandakan waktu persekolahan sudah
pun habis. Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Lain pula dengan Ali dan Alicia, mereka berdua sudah pun bertolak ke Arena M.A.T.A diiringi dengan Bakar dan juga Karya.
.
.
."Kamu dah yakin ke yang kamu ni sihat?" Soal Karya kepada Ali dengan tenang.
"Ya, Ejen Karya." Jawab Ali dengan yakin.
"Jangan sampai nak menyusahkan orang sudahlah. Aku ni bukan selalu ada masa nak uruskan kau" Kata Bakar dengan tiba-tiba. Dia sempat melirik kearah Ali.
Ali berasa sangat kecewa dengan sikap Bakar kepada dirinya. Namun, dia tetap berusaha untuk menampilkan senyuman diwajahnya. "Jangan risau Ejen Bakar, saya akan usaha sebaik mungkin untuk tidak menyusahkan orang dan juga Ejen Bakar." Balas Ali.
"Ha, baguslah tu." Kata Bakar. Dia menyilangkan tangan didadanya.
'Ejen Bakar? Kenapa bukan Uncle?' Fikir Alicia.
.
.
.Hall Arena M.A.T.A.
.
.
."Ali! Akhirnya datang juga kau ya. Risau aku mendengar kau demam panas" Khai berlari memeluk Ali dengan erat.
"Haah, kesian Khai masa kau tak datang Arena. Dia sedih sebab rindu kat kau" Kata Moon sambil mendekati Ali. Begitu juga dengan Iman.
"Awak dah sihat, Ali?" Tanya Iman kepada Ali dengan lembut.
"Ya, saya dah sihat..." Jawab Ali.
"Macam tu BFF aku... Haha" Kata Khai dengan gembira.
"Ala, aku kan kuat... Aku takkan kalah dengan demam macam ni, demam je pon" Balas Ali sambil ketawa sedikit.
"Yelah tu, kalau macam tu... Apasal hari tu kau pengsan? Astu pagi tadi kau duduk bilik rehat?" Soal Alicia nada sindiran.
"Eleh, kau jugak yang hantar aku kebilik rehat... Even aku tak mintak pon" Balas Ali sambil menyilang tangannya di dada kerana masih tidak puas hati dengan Alicia dan Viktor.
"Kau pengsan?!" Soal Khai dengan terkejut. Wajahnya yang ceria bertukar kepada wajahnya yang risau. "Kawan baik aku oke ke? Macam mana boleh pengsan?!!" Soalnya lagi sambil memeriksa badan Ali.
"Ish kau ni, aku okelah. Hari tu aku pengsan sebab demam tu kuat sangat..."
"Eleh, kata tak kalah tadi dengan demam. Ni, boleh pulak pengsan" Kata Moon dengan nada sindiran.
"Moon, tak eloklah cakap macam tu.." Kata Iman sambil menggelengkan kepalanya.
"Hehe, aku gurau je" Kata Moon sambil ketawa.
Ali masih lagi menyilang tangannya. Mukanya kelihatan sangat masam.
"Hehe, senyumlah sikit..." Kata Iman sambil menggaru kepalanya.
"Kau jangan nak pedulikan kata Moon tu, kau relaxs sudahlah..." Muncul Sam dengan Aleks. Sam meletakkan tangannya diatas bahu Ali.
"Hurm, yelah." Kata Ali sambil mengeluh.
"Tapi Ali, Ali yakin ke yang Ali sihat? Sebab Aleks tengok muka Ali semakin pucat, macam mayat." Kata Alex dengan serius. "Kalau Ali rasa tak sihat, lebih baik Ali cakap dekat Ejen Geetha. Aleks tak nak Ali semakin teruk."
"Pfttt... Macam mayat? Hahaha" Alicia mula ketawa terbahak-bahak.
"Alicia jangan ketawa macam tu, takut Alex tengok. Nanti jadi macam hantu." Kata Aleks dengan jujur.
"Hahaha... Bolelah tu jadi hantu, kan kau memang hantu..." Kini giliran Ali pula yang ketawa. Diikuti dengan Khai, Moon dan Sam. Iman hanya ketawa dengan perlahan sahaja.
"Apa yang lucu? Kenapa semua ketawa, kenapa Aleks tak ketawa..." Soal Aleks. Masih lagi dengan serius.
"Ala bro, cubalah jangan jadi serius sangat... Chill-chill sudahlah... Haha" Sam bersuara, dia meletakkan tangannya diatas bahu Aleks pula.
"Aleks serius? Mana ada Aleks serius, Aleks hanya bercakap benar sahaja." Kata Aleks dengan serius. Tiada sebarang reaksi yang ditunjuk oleh Aleks melainkan reaksi seriusnya saja.
"Haha, suka-suka kau lerr" Kata Khai yang masih lagi ketawa.
.
.
.Vote tau!
Tq sbb vote! Luv ya😘
![](https://img.wattpad.com/cover/361331733-288-k783695.jpg)
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...