Pinggiran Cyberaya, Rumah Banglo.
.
.
."Ck, sunyinyaaaa" Ali berdecak kesal sambil duduk diatas sofa. "Laparlah pulak, agak-agak kat dapur ada makanan tak?"
Ali bangun dari sofa dan terus berjalan ke arah dapur. Dia memerhatikan setiap sudut ruangan dirumah itu sambil berjalan.
Hampir semua dinding mempunyai lukisan yang agak... Keanak-anakan?
Macam dilukis oleh seorang bayi.
Setiap lukisan itu dibingkaikan dan digantung.
Ali hanya melihat lukisan itu, sambil menggaru belakang kepalanya. "Akak Nyx dan Abang Keir ada anak ke?" Katanya sambil berfikir.
"Ish, tak mungkinlah. Akak Nyx dan Abang Keir mana nikah lagi, mustahil diorang ada anak" Satu persatu persoalan muncul dibenak fikirannya.
"Ataupun, diorang ada adik angkat?" Ali memegang dagunya sambil berfikir. "Mungkin juga. Ish apa-apalah."
.
.
."Lah?" Ali ternganga untuk seketika. Dia melihat kabinet, dan peti sejuk secara bergantian.
"Takkan diorang makan ni je sepanjang hari?" Dia masih lagi menatap kabinet dan peti sejuk.
"Biskut, dan roti... Banyak pula tu"
"Susu lagilah, penuh satu peti sejuk ni" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Terpaksalah, aku makan benda ni..." Katanya dengan kecewa, sambil mengambil satu bungkusan roti dan satu botol susu.
Ali menuangkan susu itu didalam cawan. Dia membakar roti menggunakan peralatan dapur yang ada.
.
.
.Setelah Ali selesai makan, dia kembali ke ruang tamu. Dan duduk diatas sofa tanpa berbuat apa-apa.
"Kesian betul diri aku ni, haih" Katanya dengan kecewa.
Zzz!
Zzz!
Zzz!
Bunyi deringan yang kuat datang dari tingkat atas, menyedarkan Ali dari lamunan kosongnya."Bunyi apa tu..." Gumamnya sambil berdiri dan terus berjalan ke arah tangga.
Ali berjalan menaiki tangga untuk sampai ke tingkat atas, setelah itu dia terus memeriksa satu persatu bilik yang ada di tingkat itu.
Terdapat dua bilik yang dia tidak dapat beranikan diri untuk masuk, iaitu bilik Nyx dan bilik Keir.
Kedua-dua bilik itu dilengkapi dengan akses kata laluan, ataupun mata.
Ali hanya memandang kedua bilik itu dengan horror.
"Um... Nak masuk ke tidak ni" Katanya sambil berfikir.
Zzz!
Zzz!
Zzz!
Bunyi yang sama datang dari bilik Nyx.Ali menarik nafas yang dalam, sebelumnya masuk kedalam bilik itu.
Pertama sekali, dia dikehendaki memasukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
Kedua, dia dikehendaki untuk membiarkan matanya discan oleh sistem yang ada di pintu itu.
Ali menelan salivanya dengan susah payah, dia memilih jalan kedua.
Dia membiarkan matanya discan untuk beberapa saat.
Secara automatik, pintu itu terbuka.
Ali merasa sangat heran, tanpa berfikir panjang... Dia terus berjalan masuk kedalam ruangan itu.
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfic𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...