Klik
Pintu utama Banglo itu dibuka. Seorang wanita yang memakai jubah putih dan mengenakan topeng wajahnya. Terdapat sedikit bekas darah dibahagian bawahnya dan juga bahagian topeng wajahnya."Assalammualaikum" Ucap wanita itu saat kaki kanannya melangkah masuk kedalam rumah.
Wanita itu menutup pintu utama disaat dirinya sudahpun berada diruang tamu. Dia ingin berjalan ke arah tangga. Namun, langkahnya terhenti disaat dia melihat Ali yang sedang duduk diatas sofa, sambil menundukkan kepalanya dan memegang sebuah kotak yang bercorak.
Matanya benar-benar membulat disaat dia menyadari tentang kotak yang sedang dipegang erat oleh Ali. Dia dapat merasakan hatinya berdebar kencang, peluh dingin membasahi badannya dan lidah yang kelu.
Waktu tegang berlalu beberapa minit, disaat wanita itu membuka mulutnya. Dia dengan perlahan membuka langkahnya untuk mendekati Ali.
"Ali..." Panggil wanita itu dengan lembut.
"..." Pemilik nama hanya mendiamkan diri, sambil terus menundukkan. Dia memegang kotak itu dengan semakin erat, bibir bawahnya digigit kuat dan air mata yang sudah lama bergenang perlahan jatuh membasahi pipinya.
"Ali... Ali okay ke?" Panggil wanita itu lagi. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja untuk benar-benar berada didekat Ali, namun wanita itu merasa sangat ragu untuk melanjutkan langkahnya.
"..."
"Ali... Kenapa ni? Ali okay tak?" Wanita itu sudah benar-benar berada didekat dengan Ali. Tangannya dihulurkan untuk menyentuh pipi Ali, namun dengan cepat tangannya ditepis dengan sangat kuat.
"Okay? Akak nampak saya okay ke?" Tanya Ali dengan marah, dia mendongak keatas. Matanya bertemu dengan mata wanita itu.
Nyx, nama yang dimiliki oleh wanita itu terkedu disaat dia melihat wajah Ali yang terlihat sangat menyedihkan. "A-Ali... A-Akak cuma-" Kalimatnya terus dipotong.
"Kenapa...? Kenapa akak buat macam ni?" Tanya Ali dengan suara yang semakin melemah. "Kenapa Mama buat macam ni dekat anak Mama sendiri?"
Deg
Jantung Nyx bagaikan berhenti berdetak untuk seketika."A-Apa yang Ali cakapkan, hurm? Akak tak fahamlah" Kata Nyx dengan kekok.
"Tidak usah berpura-pura lagi! Ali dah tau semuanya, Mama!" Kata Ali dengan sangat marah. Air matanya jatuh dari kelopak mata setelah kalimat terakhir diucapkan.
Nyx hanya boleh diamkan diri. Mahu menafikan juga sudah tiada gunanya, Ali sudah tahu semuanya.
Nyx, alias Aliya menatap wajah Ali dengan sendu. Hatinya menjadi sakit, melihat anak tunggalnya menitiskan air mata kerana dirinya.
"Kenapa Mama kena bohong dengan Ali!?"
"Kenapa Mama perlu palsukan tentang perihal kematian Mama, daripada semua orang!?"
"Kenapa Mama biarkan Ali sendirian!?"
"Kenapa Mama tinggalkan Ali, tinggalkan Ayah?!"
"Kenapa Mama sanggup tinggalkan keluarga Mama sendiri!?"
Satu persatu pertanyaan keluar dari mulutnya. Ali mengucapkan pertanyaan terakhir dengan penuh penekanan."Mama ada sebab tersendiri Ali..."
"Mama tak pernah berniat nak tipu Ali"
"Mama tak pernah nak tinggalkan Ali sendirian..."
Jawab Aliya dengan penuh penekanan. Dia berusaha untuk kekal tenang."Macam mana dengan Ayah? Uncle dan M.A.T.A? Kenapa hanya Ali sahaja Mama fikirkan? Ayah, Uncle dan M.A.T.A. perlukan Mama juga..."
Tanya Ali lagi, dia langsung tidak mengalihkan pandangannya dan terus menatap mata coklat milik ibunya dengan tajam."Sebab merekalah, Mama pergi!"
"Sebab merekalah Mama tinggalkan Ali"
Jawab Aliya dengan suara yang tidak sengaja dia tinggikan.Ali tertegun seketika dengan jawapan ibunya. Dia menelan salivanya dengan susah payah sebelum kembali berucap. "A-Apa maksud mama? Kenapa dengan mereka?"
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fiksi Penggemar𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...