Disebuah Rumah Banglo, terletak dipinggiran Cyberaya...
Terdapat dua orang misteri yang sedang duduk bersilang kaki diatas kerusi. Keduanya tampak serius, memandang antara satu sama lain.
Salah seorang daripada mereka adalah wanita. Dia mengenakan pakaian seperti orang diraja, tapi kesemuanya berwarna hitam. Kain yang labuh dibahagian belakang, selalu menyeret ditanah apabila dia berjalan. Tudungnya pula, dililit pada bahagian leher. Dia mengenakan topeng wajah yang menutupi bahagian mata dan hidungnya. Hanya menyisakan bibir yang berwarna pink kemerah-merahan. Dia juga turut mengenakan aksesori seperti cincin, gelang tangan dan rantai leher.
Seorangnya lagi juga begitu, bezanya dia tidak memakai tudung kerana dia seorang lelaki. Dan pakaian dirajanya berseluar, bukan berjubah atau berbaju kurung seperti wanita tadi. Dia juga memakai topeng wajah yang menutupi bahagian mata dan hidungnya. Dia hanya mengenakan cincin sebagai aksesori. Dio juga mempunyai pistol yang berwarna emas, yang selalu dia gunakan.
.
.
.Mereka berdua duduk bersama sambil menikmati teh hijau mereka. Mereka tampak sangat tenang.
"Nampaknya, mereka sudah tahu nama kita... Apa yang kita nak buat? Still nak teruskan ker?" Tanya seorang lelaki sambil memegang cawan tehnya.
"You think?" Balas Wanita itu dengan sinis.
"Kalau tak teruskan, matilah budak tu" Kata Lelaki itu dengan tenang.
"Dah kalau kau tahu macam tu, teruskan jelah. Payah betul kau nie, tu pun nak kena tanya aku ke?" Kata Wanita itu sambil mendengus kesal.
"Relax Nyx... Aku cuma tanya sahaja, takut kau ubah fikiran..." Balas Lelaki itu sambil menghirup tehnya.
"Ceh, takde masa... Kau tahu kan, aku nak balas dendam... Jadi, I really need that kid for this plan. If that kid is dead, all my plans will definitely fail!" Kata Wanita yang panggil Nyx. Dia meletakkan cawan diatas meja lalu menyilangkan kedua tangannya. "Kau nie memang tak peka betullah, Keir." Nyx memutar bebola matanya dengan malas.
"Hahaha, chill..." Lelaki yang dipanggil Keir itu hanya ketawa kecil. "Aku tahu tugas aku macam mana, but kadang kala aku perlukan kepastian kau... After all, kau yang heret aku dalam situasi kau kali nie."
"Yeah! Cause i need your help!" Kata Nyx dengan marah.
"Dengan membunuh orang?" Tanya Keir dengan tegas. "I mean... Apa kita lakukan sekarang, dah buat beberapa orang yang terkorban..." Keir merasa sangat bersalah.
"So? Kau dah mula rasa bersalah? Simpati?" Tanya Nyx dengan sinis.
"Bukan begitu, but... Aku seorang dokter, tugas aku selamatkan orang... Bukan bunuh orang..." Kata Keir sambil menekan kata-katanya.
"Aku faham perasaan, tapi orang-orang yang kau bunuh pon... Bukan reti menghargai usaha kau, untuk sembuhkan mereka..." Kata Nyx dengan sinis.
"Maksud kau?" Tanya Keir dengan dingin.
"Kau tak ingat? Hurm, takpelah... Biar aku yang ingatkan kau." Kata Nyx sambil ketawa kecil. "Ingat tak, dahulu... Kau selalu datang mengadu kat aku sebab kau dapat layanan yang... Kurang ajar, dari pesakit kau sendiri..."
"Ingat, kenapa dengan hal tu?" Keir mengangguk perlahan.
"Senarai nama orang yang aku bagi dekat kau untuk ambil darah diorang tu, adalah nama-nama orang yang pernah kau sebut, masa kau mengadu dekat aku" Nyx mengambil cawan tehnya lalu dia hirup sebelum ketawa kecil. "Haha, macam mana... Secara tak langsung, aku dah tolong kau balaskan dendam kau tu..."
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...