"Assalammualaikum!" Jerit Nyx sekuat hati ketika dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikummussalam" Jawab Keir yang sedang berada didapur, membuat teh hijau kesukaannya.
"Eh, Keir? Tak sangka pula kau masih berada disini? Aku ingatkan... Kau dah pergi ke Hospital..." Nyx melepaskan topeng rubahnya lalu dia duduk diatas sofa kesayangannya.
"Memang aku dah pergi ke hospital. Dan aku balik nie, sebab aku nak bagi budak tu ubat... And, kau tahu tak...?" Keir duduk di hadapan Nyx sambil meletakkan nampan yang berisi 2 gelas teh hijau
"Tahu apa?" Nyx mengangkat sebelah keningnya. Dia mengambil teh hijau yang berada dalam nampan tersebut lalu dia minum dengan perlahan kerana teh itu masih panas.
"Budak tu dah sedarkan diri." Kata Keir dengan tenang. Dia meniup perlahan teh hijau miliknya sebelum minum.
Nyx yang mendengar hal itu terus menyemburkan teh hijaunya keluar.
"Wtf, Gurl" Sumpah Keir, dia berusaha menahan amarahnya kepada Nyx. Dia hanya menatap Nyx dengan tajam.
"Wait, budak itu dah bangun? Bila?" Tanya Nyx sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Dia memberikan kotak tisu kepada Keir.
"Masa kau keluar, nasib aku dah sampai." Keir mengambil tisu lalu dia mengelap wajahnya. "Thanks do... Sebab dah mandikan aku dengan teh hijau" Keir hanya tersenyum.
"Ops, sorry..." Nyx hanya ketawa kecil.
"Dahlah, aku nak pergi mandi. Kalau kau nak jumpa budak tue, budak tu tengah tidur." Keir bangun dari duduknya. "Kalau kau nak jumpa dia, nanti pergi dengan aku... Urm, pada waktu petang. Sebab masa tu aku nak kasi dia ubat"
"Hurm, okay..." Nyx hanya mengangguk sambil kembali minum teh hijaunya.
.
.
.Masih pada hari yang sama, pukul 3:00 petang.
Keir dan Nyx turun kebawah tanah bersama. Keir membawa sebuah nampan yang berisi beberapa botol kecil dan satu batang jarum. Nyx pula membawa nampan yang berisi semangkuk bubur ayam dan segelas air yang diletakkan ais.
Mereka berdua mengenakan pakaian putih, serta topeng rubah.
.
.
.Mereka berdua masuk keruangan budak itu dirawat.
Budak lelaki itu menoleh kearah mereka saat dia mendengar pintu ruangannya dibuka. Dia terus menatap Nyx dan Keir dengan tajam.
"Assalamualaikum, bagaimana dengan khabar kamu sekarang? Masih rasa lemah macam tadi?" Tanya Keir dengan lembut, dia mendekatkan dirinya dengan budak itu. Nampan yang dia bawa, dia letakkan diatas meja kecil yang berada tidak jauh dari katil budak itu.
"Lepaskan saya! Saya nak balik!" Budak itu kedengaran marah, dia menatap Keir dengan tajam.
"Hurm, sepertinya... Keadaan kamu dah semakin membaik" Kata Keir sambil memegang dagunya. "Sekarang, masa untuk kamu makan dulu." Keir memandang kearah Nyx. "Nyx" Panggilnya dan diangguki oleh Nyx.
Nyx terus berjalan mendekati budak itu. Dia meletakkan nampannya diatas laci. Dia mengambil bubur itu dan duduk diatas katil budak itu.
Budak itu tampak seperti sedikit ketakutan, tetapi dia tetap beranikan dirinya. "Jangan dekat dengan saya!"
"Bertenang, ka-" Kalimat Keir dipotong terus oleh Nyx.
"Keir" Panggil Nyx. Keir hanya mengeluh dan terus mengangguk. Nyx kembali menatap budak itu. "Bertenang, saya hanya nak beri kamu makan. Supaya, kamu bertenaga dan cepat sembuh" Nyx berkata dengan lembut.
"Untuk apa? Untuk seksa saya ke!!?" Marah budak itu kerana tidak terima dengan kata-kata dari Nyx.
"Kami langsung tak ada niat untuk menyeksa kamu, atau sakitkan kamu. Kami hanya ingin menjaga kamu dengan lebih baik, berbanding dengan orang yang pernah jaga kamu" Kata Nyx dengan jujur, dia menatap budak itu dengan lembut.
"Saya tak perlukan orang untuk menjaga saya! Saya boleh jaga diri saya sendiri! Lepaskan saya, sekarang!" Marah budak itu lagi.
"Kamu memang degil..." Nyx ketawa kecil. Dia menghulurkan tangan kanannya ke budak itu.
Budak itu terus memejam matanya. Dengan bantal yang ada, dia jadikan pertahanan untuk dirinya. Dia takut dirinya akan tercedera.
.
.
.Budak itu tidak merasakan apa-apa kesakitan sama sekali, melainkan usapan lembut dibahagian pipi kanannya. Bantal yang dia gunakan sebagai pertahanan diambil oleh Keir dan letakkan kembali dibelakang budak itu. Budak itu memandang Nyx dan Keir secara bergantian.
"Kenapa...?" Budak itu terkejut kerana Nyx mengusap pipinya dengan lembut.
"Niat kami baik, kami tak pernah berniat untuk cederakan kamu pon... Kami hanya nak jaga kamu, dan beri kamu kasih sayang yang sepenuhnya." Kata Nyx dengan lembut sambil menunjukkan senyuman manis.
"Kami tak tahu apa yang kamu fikirkan, tapi percayalah... Yang kami ini baik" Tambah Keir.
"Sekarang, kami hanya nak kamu sembuh sahaja. Keadaan kamu masih terlalu lemah untuk berbuat apa-apa." Tambah Nyx pula. "Saya tahu, kamu pasti inginkan penjelasan. Dan saya janji, setelah kamu sembuh nanti... Saya akan beritahu kamu segalanya tanpa ada terkecuali sedikit pun... Faham?"
Entah kenapa, budak itu merasa sangat tenang. Tanpa sedar, dia terus menganggukkan kepalanya dengan lemah.
"Bagusnya kamu ni..." Nyx mencubit pipi budak itu dengan geram. "Kamu makan yea, bubur nie... Biar saya yang suapkan."
Budak itu kembali mengangguk.
Keir pula hanya tersenyum melihat interaksi antara Nyx dengan budak itu.
.
.
.Kerja Nyx dan Keir telah selesai. Mereka masih lagi diruangan budak itu kerana ingin menemaninya.
"Kamu berdua siapa sebenarnya? Kenapa korang nak jaga saya? Saya kenal ke korang?" Tanya budak itu.
Nyx dan Keir terus memandang antara satu sama lain. Lalu mereka ketawa kecil.
"Kamu dah lama kenal kami" Kata Keir.
"Tapi...." Budak itu kelihatan ragu. "Saya langsung tak ingat siapa korang. Saya hanya ingat yang... Saya akan akan mati... Sebab kanser..."
"Memang kamu akan mati, tapi saya yang cuba sedaya upaya untuk selamatkan kamu dari penyakit itu" Keir mengeluh kecil. "Kalau kamu tak sampai ditangan saya pada waktu yang tepat, kamu mesti tak ada dekat sini." Keir menundukkan kepalanya.
"Kamu telah pun jatuh kedalam koma sewaktu sampai ke tangan kami. Kami buntu, dan sangat takut kehilangan kamu. Untungnya, takdir sangat menyebelahi pihak kami dan kamu berjaya kami selamatkan. Tapi kamu tetap berada dalam koma" Kata Nyx sambil mengusap pipi budak itu dengan lembut.
"Terima kasih... Terima kasih sebab dah selamatkan saya." Budak itu tersenyum tipis. "Saya minta maaf sebab dah berkasar tadi... Dan pagi tadi"
"Kami faham, dan kami pun tak salahkan kamu" Kata Nyx dan Keir secara bersamaan.
"Terima kasih sekali lagi..."
"Sama-sama...
.................. Ali."
.
.
.Tbc
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...