Chapter 44

181 16 1
                                    

Matahari kembali menampakkan dirinya, sambil menyinari seluruh permukaan bumi Cyberaya. Tetapi, tidak kesemuanya. Hanya sedikit sahaja bahagian yang tidak terkena sedikit pun sinar mentari akibat dihalang oleh bangunan-bangunan yang megah berdiri dan juga sangat besar.

Bahagian itu juga sering dilupakan oleh penduduk Cyberaya. Hanya segelintir saja yang mengetahui bagaimana bahagian itu beroperasi. Mungkin kerana sebahagian dari mereka pernah duduk disana, ataupun mereka lahir disana.

Tempat itu dikenali pinggiran Cyberaya. Tempat dimana orang-orang miskin berada, yang tidak mampu membeli sebarang alat teknologi atas masalah kewangan. Mereka dihalau dari bandar Cyberaya dan terpaksa hidup ditempat sebegitu.

Tempat itu tak terkecuali untuk para kumpulan penjahat. Mereka menyiksa orang-orang miskin tersebut. Mereka mengambil paksa makanan orang disana, walaupun mereka sudah tahu kalau bekalan makanan disana sangat terhad.

Mereka juga turut mengambil anak gadis yang masih muda dan perawan dijual ke kelab malam, ataupun ke orang kaya supaya dijadikan hamba.

Ada saja yang cuba melawan tindakan keji mereka. Tetapi gagal. Orang-orang yang berbuat demikian akan dibunuh, dan potong-potong dagingnya untuk diberi makan kepada anjing liar milik mereka.

Sekali lagi, mereka datang kekawasan itu dan membuat onar.

.
.
.

"Lepaskan anak aku! Jangan ambil anak aku!" Jerit wanita yang sudah berusia. Dia tidak mampu berdiri kerana badannya yang kian melemah.

"Ibu! Tolong saya!" Pinta anak gadisnya yang masih berusia belasan tahun. Dia ditarik oleh dua orang lelaki yang berbadan besar dan berkepala botak.

"Ish, diamlah ko!" Marah lelaki botak yang memiliki parut besar di kepalanya.

"Taknak! Lepaskan saya! Ibu!!!!" Gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan. Semua usahanya gagal kerana dua lelaki itu lebih kuat berbandingnya.

"Makkkkkk!!!" Jerit anak gadis yang lainnya, usianya juga masih belasan tahun.

"Anakku! Jangan ambil anak aku, tak guna!" Marah ibu kepada gadis itu.

"Oh, kau kata kitaorang tak guna ya?!!" Tengking lelaki yang turut memiliki parut, dibahagian mata. "Ambik nie!" Lelaki itu menendang perut wanita itu tanpa belas kasihan.

Wanita itu tumbang jatuh ketanah sambil menahan sakit. "Anakku..." Ucapnya dengan lemah. Dia sempat melirik ke sekelilingnya.

Keadaan tampak sangat huru hara. Anak gadis semuanya meminta tolong daripada ibunya. Manakala anak lelaki pula sudah tumbang tidak sedarkan diri. Dan, lelaki yang sudah berusia pula... Dibelasah sehingga mati.

Wanita itu tampak putus asa dengan nasibnya. Darah mula keluar dari mulutnya tatkala dia merasakan kalau dirinya semakin lemah dan pandangannya juga mula kabur. Suara anak gadisnya hanya kedengaran sayup ditelinganya. Perlahan, matanya tertutup.

"Makkkkkkk" Jerit anak gadis itu sekuat hati. Dia merasa sangat sedih, melihat keadaan ibunya seperti itu.

Lelaki yang memiliki parut dibahagian mata itu merasa sangat puas. "Mati pun kau!" Dia ketawa besar.

"Makk!!! Makkk!!! Bangun makkkk!" Jerit anak gadis itu memandang wajah ibunya yang semakin pucat dari jauh. Dirinya diseret ke arah van untuk dibawa.  "Lepaskan saya! Saya taknak! Lepaskan!!!!!" Dia kembali meronta-ronta sambil menangis.

.
.
.

Pew!
Pew!
Pew!

3 das tembakan yang halus mengenai jantung si pemilik lelaki yang berparut dibahagian mati. Dia langsung jatuh ketanah dengan darah yang keluar dengan banyak dari dadanya.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now