Chapter 25

291 16 5
                                    

Ali tersenyum memandang kedua orang yang sedang berada dihadapannya saat ini. "Ayah dan Uncle jangan sedih tau.. Ali hanya ingin tunaikan janji sahaja. Jika benar Ayah dan Uncle ingin hidup bersama Ali, carilah Ali... Dan bawa Ali pulang kerumah. Setelah itu, kita akan berbahagia untuk selamanya. Jika Ayah dan Uncle gagal, tak mengapa... Memang kita sudah ditakdirkan untuk berpisah pun dan Ali akan selalu menunggu kedatangan Ayah dan Uncle ditempat baru Ali nanti."

"Tempat baru? Dimana tempat itu?" Tanya Bakar.

"Ala, nanti korang tau lah kat mana, tak perlu pun Ali cakap..." Jawab Ali yang masih lagi tersenyum.

Ghazali tersenyum melihat Ali. Dia perlahan mengelus kepala Ali. "Baiklah, Ayah dan Uncle akan jemput Ali balik. Ali tunggu kami tau... Jangan pergi kemana-mana, tunggulah sehingga kami datang menjemput Ali... Okay...?"

"Okay Ayah..." Kata Ali sambil mengangguk senang. 'Macam mana kalau Ali cakap... Tempat baru Ali tu di kubur? Apa reaksi Ayah dan Uncle nanti...' Batinnya.

"Ayah dah nak pergi kerja... Kamu duduk rumah, jangan nak merayau. Kalau ada apa-apa terjadi, telefon Ayah atau Uncle dengan segera." Pesan Ghazali dengan tegas. "Comot, jaga Ali" Perintah Ghazali.

"Meow! Meow, meow!" Balas Comot sambil menggeselkan badannya kekaki Ghazali.

"Uncle pun dah nak pergi juga ni... Ingat pesan Uncle, Never open the door to people you don't know. Boleh jadi itu adalah orang jahat atau 'musuh'. Jaga-jaga tau" Pesan Bakar pula.

"Ya Ayah, Uncle... Ali tau lah jaga diri sendiri. Ish, Ali bukan budak kecik lagi lah!"

"Yelah tu bukan budak kecik... Makanlah banyak mana sekali pun, kau takkan membesar... Agak-agak mesti Ali ni salah seorang daripada budak terbantut kan, Abang..?" Bakar menyentuh bahu Ghazali sedikit dan Ghazali hanya mengangguk sebagai jawapan. "Ha, betulkan apa yang Uncle cakap, ayah kau pun setuju" Bakar tertawa kecil kerana melihat wajah Ali yang sedikit kemerahan.

"Ish, Uncle ni... Suka sangat mengusik Ali... Ali bagi karang" Ugut Ali sambil menunjukkan penumbuknya.

"Eleh, kecik je tu... Macam ni lagi besar, lagi sado" Bakar terus menunjukkan penumbuknya serta otot tangannya.

"Itu bukan sado, tapi lemak" Ejek Ali lalu dia ketawa kecil.

"Eleh, mana kau tau? Kau tu kecik lagi..." Ejek Bakar pula sambil menekan perkataan 'kecil'.

Ghazali hanya dapat menggelengkan kepalanya lalu dia meninggalkan Ali dan Bakar.

.
.
.

"Uncle nak ke Arena M.A.T.A., dah lama Uncle tak masuk... Kau nak ikut tak?" Tanya Bakar.

"Taknaklah Uncle, Ali nak rehat... Lagipun, Ali masih lagi tak larat nak jalan... Nak bangun pun tak larat..." Jawab Ali tanpa ragu.

"Kau ni, betul ke nak pergi kalau keadaan kau macam ni... Macam manalah kau nak jaga diri kau nanti kat luar sana nanti...?" Bakar perlahan merasa dahi Ali dengan belakang tangannya. "Tak surut demam kau ni... Kuat betul kau demam yer kebelakangan ni..."

"Benda dah nak jadi Uncle... Ali tak boleh nak buat apa-apa. Ini semua takdir dan Ali kena terima seadanya. Ali harap Uncle dan Ayah macam tu juga nanti" Kata Ali dengan lemah.

"Apa pulak yang kau cakap ni? Jangan nak merepak sangatlah, kau tu dahlah demam.. Baik kau rehat sebelum kau makin merepek nanti... Ghisau pulak aku tengok kau merepek macam ni... Macam orang yang berpenyakit serius pulak, haih" Kata Bakar sambil menggelengkan kepalanya. "Padahal demam je."

"Hehe, sorry Uncle..." Ali ketawa kecil.

Bakar memainkan rambut Ali sambil senyum. "Kau rehat cukup-cukup yer... Kan kau ada 4 lagi sisa permintaan yang kami kena tunaikan... Jadi, better cepat sembuh"

"Yelah Uncle..."

.
.
.

Ali sendirian lagi, dia termenung sambil mengelus kepala Comot yang telah tertidur dalam dakapannya. Dia masih berada dikatil. Dengan posisi duduknya dan beralaskan bantal sebagai penyandarnya.

Ting!
Ali tersedar dari lamunannya kerana bunyi yang datang dari telefon yang berada disebelahnya.

Tanpa membuang masa, Ali mencapai telefon itu. Pada masa yang bersamaan, dia berhenti membelai kepala Comot yang menyebabkan Comot terbangun dari tidurnya.

Ali fokus dengan telefonnya.

Dok. Alexis (2 Message)

Ali, bagaimana dengan khabarmu?
Saya harap, kamu dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja.
Mengapa dokter tiba-tiba bertanya?

Awalnya, saya agak ragu apabila melihat jawapanmu.... Tapi, apakah kamu yakin kamu baik-baik sahaja?
Tidak ada demam yang berpanjangan?
Kerap mengalami pendarahan hidung?
Pening berterusan?
Rasa ingin muntah?

Sejujurnya, saya ada mengalami semua gejala itu.
Namun, saya tidak ambil peduli kerana inilah keputusan saya pada awalnya.
Saya terima dengan apa yang akan berlaku nanti dengan seadanya.
Tidak kisah baik ataupun buruk.

Saya sudah tidak dapat berkata apapun.
Sebanyak mana saya nasihat ataupun pujuk kamu tidak akan termakan sama sekali.
Saya hanya ingin ingatkan kepada kamu.
Waktu kamu tidak banyak, gunakan waktu kamu yang tersisa dengan baik-baik.

Terima kasih atas keprihatinan anda Dokter.
Terima kasih atas segala usaha anda selama ini.
Saya amat menghargai anda.

...

Ali sedikit mengeluh apabila membaca kembali perbualan antara dia dan Alexis tadi.

"Huft... Mama, Ali datang..."

.
.
.
Hehe, I hope this chapter is more exciting than the previous one and can arouse curiosity among all of you. As usual, I will update after this Chapter gets more than 10 vote!! Can you guys do it?

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now