Chapter 41

258 13 14
                                    

"Ejen Bakar, nanti..."

.
.
.

Bakar sekarang ini sedang berada di Kantin, bersama dengan kesemua Ejen Muda.

Bakar hanya menatap para Ejen Muda dengan sabar dan tenang sebelum dia mengeluh sedikit. "Apa yang korang nak sebenarnya?" Tanya dengan lembut, supaya dapat menghilangkan rasa takut semua Ejen Muda terhadapnya.

"Em... Sebenarnya... Kami..." Khai membuka mulutnya untuk memulakan bicara. Walaupun dia sedang berasa ragu dan menyesal kerana telah meminta Bakar untuk tunggu.

Bakar pula sedang menanti dengan sabar, yang semakin menipis. "Kamu semua tahu, perkara sebegini tidak seharusnya diamalkan oleh setiap Ejen Muda kerana ianya akan merugikan masa." Katanya sambil menekan kedua perkataan diakhir kalimat.

Rudy berdehem sebelum berbicara. "Begini... Kami hanya risaukan tentang Ali. Sudah beberapa minggu kami tidak melihatnya setelah kejadian di Bilik Tekno tu..." Dia berhenti sejenak. "Bagaimana dengan keadaan Ali...? Adakah benar yang... Ali ada kanser otak?" Jet terus menyiku lengan Rudy.  Rudy pula hanya meringis sedikit lalu dia bergumam tidak jelas.

Bakar terdiam sejenak mendengar pertuturan Rudy. Dia sudah memikirkan hal ini sebelumnya, adakah dia harus jujur ataupun terus berbohong...? Jikalau dia berbohong, kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti... Dan jikalau dia jujur, mungkin kawan-kawan Ali akan berasa sedih dan menjadi tidak fokus semasa menjalankan misi, yang akan menyebabkan misi gagal.

"Ejen... Bakar?" Panggil Khai, membuat Bakar sedar dari lamunanya.

Bakar hanya menghela nafasnya dengan berat. "Memang benar, Ali ada kanser otak... Dan kali terakhir kamu semua lihat dia dibilik rehat itu, adalah waktu dimana keadaan dia sedang kritikal. Penyakit dia sudah memasuki tahap ketiga, dan sulit untuk disembuhkan..." Katanya dengan tenang, walau hatinya berasa sakit apabila mengenang perkara lepas. "Pada awalnya, kalau Ali ikuti langkah perubatan... Mungkin waktu dia jalankan pembedahan tu, dia akan berada dalam keadaan stabil setelahnya..."

"Lepas tu... Apa jadi?" Tanya Alicia.

"Dokter terpaksa menjalankan pembedahan kerana keadaannya yang semakin memburuk... Dan pada akhirnya, mereka tidak dapat menyelamatkan dia... Jantungnya berhenti berdetak ditengah-tengah operasi..." Bakar menarik nafas, lalu dia hembuskan untuk bertenang sejenak. "Ali meninggal dunia..." Sambungnya lagi sambil memerhati riak wajah kawan-kawan Ali.

Khai mula menangis, begitu juga dengan Moon. Mereka berdua menangis dengan kuat, bagaikan penuh dengan luka di seluruh badan. Iman pula hanya menangis dalam diam sambil menenangkan Moon. Rudy juga begitu, dia menenangkan Khai. Jet pula terus keluar dari kantin dan pulang ke Dorm untuk menangis. Alicia hanya menundukkan kepalanya sambil mengempalkan tangannya, Roza yang melihat hal itu dia segera menepuk tangan Alicia dengan perlahan. Alicia menoleh ke arahnya dengan wajah yang memerah. Roza segera menarik Alicia masuk kedalam pelukannya,dia mengelus perlahan kepala Alicia. Sam tidak menangis, dia hanya termenung ke lantai. Aleks menyentuh bahunya, memanggil namanya juga Sam tidak menyahut. Bulat pula memeluk Khai dengan erat, dia melakukan banyak cara untuk membuat Khai berhenti menangis. Lama-kelamaan, dia juga turut menangis. Begitu dengan Sam yang tiba-tiba kedengaran tangisnya, Aleks segera memeluk Sam dengan erat. Roza dan Mika masih lagi dalam keadaan terkejut.

Bakar merasa sangat bersalah kerana jujur. Dia berdiri dari duduknya. "Korang kalau mahu menangis, menangis lah... Tapi jangan terlalu lama, nanti Ali akan merasa bersalah dan sedih nanti..." Katanya sambil ingin melangkah meninggalkan mereka semua.

"Ejen Bakar..." Panggil Alicia dengan perlahan.

Bakar hanya menoleh ke arahnya.

"Boleh tak, bawa kami ke kubur Ali? Kami ingin melawatnya..." Tanya Alicia dengan perlahan.

"Boleh, tapi setelah korang dah tak menangis. Kalau korang menangis masa pergi kubur Ali, Ali mesti marahkan dekat Uncle sebab buat korang menangis. Jadi, korang jangan menangis lama-lama yea. Tetaplah kuat, menerima takdir yang sudah pun tertulis dan terjadi... Korang mesti kuatkan diri... Macam mana Ali kuatkan dirinya, tanpa bantuan seorang pun..." Jawab Bakar dengan lembut lalu dia keluar dari kawasan Kantin. Air mata yang ingin jatuh dari pelupuk matanya segera dia kesat.

Langkah Bakar terhenti saat melihat ketiga orang yang dia kenali berdiri di hadapannya. Siapa lagi kalau bukan Leon, Karya dan Geetha. Mereka bertiga sedang memberikan Bakar tatapan lembut.

"Kamu sudah beritahu mereka?" Tanya Geetha dengan lembut.

"Haah, mereka sekarang sedang menangis dalam Kantin tu..." Jawab Bakar yang merasa serba salah.

"Biarkan saja diorang tenangkan diri. Kami pun, tak fikir yang kami dapat rahsiakan kenyataan ini dalam waktu yang lama... Sebab, lambat laun, mereka akan ketahuinya juga..." Kata Karya dengan tenang.

"Kau tidak usah rasa bersalah, Bakar... Apa yang kau lakukan sudah benar... Mereka patut tahu apa yang terjadi dengan sahabat mereka. Sekurang-kurangnya, mereka tidak lagi diselubungi dengan perasaan yang ingin tahu..." Leon hanya menepuk bahu Bakar sambil tersenyum kecil.

Bakar hanya membalas ucapan mereka dengan anggukan.

"Kopi?" Tanya Karya dan dibalas dengan anggukan oleh Geetha, Leon dan Bakar.

.
.
.

Khai, Moon, Rudy dan lain-lain memang berasa sangat sedih mendengar berita kematiannya. Mereka selalu berada disisi antara satu sama lain, disaat salah seorang memerlukan mereka sebagai tempat mengadu. Begitulah lumrah kita sebagai teman. Lebih baik kita membantu teman kita daripada berbicara perkara yang dapat memburukkan teman kita itu. Bukan sahaja dapat memberikan dosa, malah dapat menimbulkan fitnah antara satu sama lain.

Seminggu selepas itu, Bakar bersetuju untuk membawa kawan-kawan Ali pergi melawat kekubur Ali. Sesampainya mereka disana, mereka tidak menangis. Hanya berbicara sedikit, walaupun tidak dibalas. Kalimat mereka memiliki isi yang tersirat. Seakan hanya Ali yang akan memahami isi tersebut.

Bakar hanya mendengar kalimat-kalimat yang diucapkan oleh kawan-kawan Ali sambil tersenyum kecil. Dalam hatinya dia berdoa, agar Ali dan Kakaknya sedang berbahagia sahaja dialam sana.

.
.
.

Pada minggu itu juga, Ghazali telah pulang dengan membawa senyuman diwajahnya. Senyuman yang tulus, bahagia dan ceria. Senyuman selalu ditampilkan ketika Aliya mahupun Ali masih hidup.

"Bagaimana khabar kau, semasa aku tinggalkan kau dua minggu ni...? Baik, atau buruk?..." Tanya Ghazali kepada Bakar dengan lembut.

Mereka berdua saat ini berada dimeja makan, menikmati masakan yang Ghazali buat spesial untuk Bakar.

"Alhamdulillah, takdelah buruk sangat... Biasa-biasa sahaja" Jawab Bakar sambil tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu... Aku ingatkan kau sedih sebab aku pergi, walau sekejap sahaja" Ghazali ketawa kecil, dia menyuapkan nasi kedalam mulutnya.

"Buat apa nak sedih, lagipun aku yang suruh Abang pergi kan... Jadi, pergilah" Balas Bakar

"Ala, manalah tahu... Aku kan, Abang Ipar kesayangan kau" Kata Ghazali sambil berlagak.

"Tkde maknanya." Balas Bakar sambil menjeling Ghazali.

Ghazali hanya ketawa besar, dan disusuli dengan Bakar.

.
.
.

Akhirnya, rumah itu. Penuh dengan gelak ketawa juga, setalah beberapa minggu yang lalu... Dipenuhi dengan tangisan, kesedihan, kehampaan dan penyesalan seumur hidup.

Ku berharap agar, mereka berdua akan selalu seperti ini.

After all.. They both exist only for each other... There is no one left among them. They has died.

Ingat perkataan itu.

.
.
.

Tbc. Sorry for the late update because the teacher assigned us to make a scrapbook 😁 so there's a lot of work to do.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now