Chapter 35

223 18 1
                                    

Sudah seminggu berlalu. Ali masih lagi berada di hospital dan tidak sedarkan dirinya. Ghazali mengambil cuti untuk beberapa minggu demi menjaga Ali dan berharap kalau Ali akan segera sedar dari komanya.

Bakar pula, dengan rasa berat hati harus meninggal Ali dalam jagaan Ghazali. Dia tidak boleh penting diri sendiri dan harus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Mentor. Membimbing dan mendidik Ejen Muda berteraskan kombat supaya dapat mempertahankan diri, pasukannya dan juga menjaga keamanan Bandar Cyberraya. Seperti yang dipesan oleh Aliya kepadanya terdahulu, sewaktu Aliya masih hidup.

Ghazali tampak seperti memahami Bakar, walaupun dia tidak tahu Bakar ada seorang Ejen M.A.T.A seperti Anaknya dan juga Arwah Isterinya. Ghazali faham, Bakar ada pekerjaannya yang harus diselesaikan. Bakar tidak boleh untuk terus berada di hospital, dan meninggalkan pekerjaannya. Mahu tidak mahu, Ghazali mencuba memujuk Bakar dengan lembut. Dan akhirnya Bakar setuju.

.
.
.

Bakar sekarang ini sedang berada di Tempat Latihan Kombat. Bersama dengan Mika, Kriss, Rizka dan Iman.

Bakar hanya menampilkan wajah dingin sepanjang dia melatih anak didiknya. Dia tidak ingin anak didiknya hilang fokus, dan juga tidak ingin membuat anak didiknya risau. Walau bagaimanapun... Rizka, Iman, Mika dan Kriss merupakan rakan kepada Ali. Dan tentunya, jika Bakar menampilkan wajah yang sedih dan risau, mereka berempat mungkin akan banyak bertanya daripada berlatih.

Jadi Bakar hanya diam sahaja, dan memerhati anak didiknya sepanjang kelas dijalankan.

Rizka, Iman, Mika dan Kriss tidak berani bertanya sama sekali. Mereke hanya menuruti setiap perintah yang Bakar berikan dan memastikan diri mereka mengingat segala pesanan yang Bakar berikan kepada mereka.

.
.
.

Kelas sudah pun berakhir beberapa jam yang lalu. Bakar seharusnya sudah boleh pulang, tapi dihentikan oleh Leon. Leon memintanya untuk meluangkan sedikit waktu, berbincang tentang keadaan Ali.

Sekarang tinggallah Bakar, Leon, Geetha dan Karya. Masing-masing tidak bersuara, dan membuka bicara. Sehingga pada akhirnya, Bakar yang mula bersuara.

"Sampai bila nak berdiam diri? Kalau begini, baik aku balik dulu." Bakar berdiri dari tempat duduknya dan ingin melangkah keluar.

"Tunggu, Bakar. Kami tahu kau risaukan tentang Ali dan tidak sabar ingin pulang... Kami juga turut risau dengan keadaan Ali, selama seminggu ini kau hanya diam. Langsung tidak memberitahu kami apapun tentang Ali. Jadi, bolehkah kau duduk dulu dan beritahu kami... Apa yang terjadi kepada Ali sebenarnya...?" Jelas Karya panjang lebar. Tangannya memegang bahu Bakar untuk menghentikan Bakar dari terus berjalan.

Bakar hanya menghela nafas berat dan kembali duduk ke tempatnya.

"Bertenang, Bakar. Ambil masa kamu untuk menenangkan diri. Kami akan sentiasa berada disini untuk mendengarkan segalanya." Kata Geetha dengan lembut.

Bakar menarik nafas lalu dia hembuskan. Fikirannya sangat berserabut apabila memikirkan tentang Ali. "Dokter cakap... Ali ada kanser otak, sudah memasuki tahap ketiga"

Leon, Karya dan Geetha mati kata. Tidak boleh mengatakan apapun untuk menenangkan Bakar yang terlihat sangat menyedihkan.

"Aku... Aku tak faham dengan apa yang ada dalam fikiran Ali... Dia hanya diamkan dirinya apabila dia tahu yang dia ada penyakit yang parah seperti ini... Dokter ada cakap juga, Ali sudah tahu tentang penyakit ini semenjak kansernya masih berada ditahap pertama, dan menolak untuk menerima sebarang rawatan..." Sambung Bakar lagi sambil berusaha menahan tangisnya. "Berbulan-bulan, dia bergantung pada pil penahan sakit... Berbulan-bulan dia hanya diam, duduk seperti tidak ada apa yang sedang berlaku pada dirinya..."

"Berbulan-bulan?" Gumam Geetha. 'Patutlah selama ini, Ali tidak beberapa nak sangat sertai kelas...'

"Dalam masa itu juga, dia berusaha nak tarik perhatian aku... Perhatian Ayah dia juga... Hiks... Kalaulah aku tak ikutkan sangat ego aku nie, mesti dah lama Ali beritahu aku tentang penyakit dia..." Tangisan Bakar mula pecah. "Mesti... Dia dah lama sembuh, Hiks.. Aku memang seorang Pakcik yang teruk... Hiks"

Karya yang berada didekat dengan Bakar dia segera menepuk-nepuk belakang Bakar dengan perlahan. "Bawak bersabar... Jangan terlalu cepat sangat nak berputus asa... Aku yakin, Ali pun taknak tengok kau dan Ghazali asyik menangis disebabkan dia. Sebab tu dia rahsiakan daripada kau dan Ghazali... Dia tentu tak nak kau dan Ghazali dilanda dengan rasa bersalah..."

"Apa yang Karya katakan memang benar. Tapi, untuk sekarang nie... Aku harap sangat kau dan Ghazali dapat tabahkan diri. Walaupun aku tak mengenal Ghazali, tetapi Ghazali juga turut merupakan ahli keluarga Ali dan kau. Dan aku yakin sangat, tentu dia yang paling terluka. Sebab Ali adalah anaknya..." Kata Leon, menyokong pernyataan Karya.

"Hiks, memang betul cakap kau... Abang Ipar aku tu memang sangat menyedihkan. Bahkan dia langsung tak tidur sebab nak tunggu Ali bangun.." Bakar mengelap air matanya menggunakan sapu tangan yang diberikan oleh Karya.

"Tunggu... Ali masih belum bangun...?" Soal Geetha, Leon dan Karya terus menoleh kearah Geetha dan kembali menoleh kearah Bakar.

Bakar hanya mengangguk lemah. "Dokter cakap, keadaan dia sangat kritikal buat masa ni... Kalau buat pembedahan pun, Ali belum tentu boleh sembuh dan atau bangun... Sebab peluanh untuk Ali bertahan sangatlah sedikit. Ini semua kerana dia menolak untuk menjalani rawatan. Dan, kalau dia terima sekali pun... Mungkin peluang dia untuk bertahan akan meningkat...? Itu semua bergantung pada diri Ali..."

Geetha, Leon dan Karya hanya menundukkan kepala. Bakar melihat reaksi para sahabatnya. Dia hanya tersenyum tipis. "Aku harap sangat, korang doa yang baik untuk Ali... Aku tak nak kehilangan dia... Kalau kakak aku hidup lagi, mesti dia sangat marah dan kecewa dengan aku... Kalaulah aku tau akan jadi macam ni, aku mesti aka-"

"Jangan fikir macam tu, Bakar. Kita tak pernah tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Jangan salahkan diri kamu... Dan, ini semua juga adalah takdir." Geetha memotong ucapan Bakar. Dia menasihati Bakar dengan lembut.

"Betul juga cakap kau..." Bakar hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia melihat ke arah Geetha, Leon dan Karya. "Terima kasih sebab dengar luahan aku.. Aku rasa sedikit lega, takde banyak sangat beban yang kena aku simpan kat dada aku ni"

"Sama-sama... Kau kalau ada masalah, luahkan sahaja pada kami semua. Kami, sebagai sahabat seperjuangan kau akan mendengar segala keluhan kau dan sedikit sebanyak memberi nasihat kepada kau" Karya menepuk-nepuk bahu Bakar sambil tersenyum. Geetha dan Leon juga turut tersenyum kearah Bakar.

Kring!!! Kring!!! Kring!!!
Telefon Bakar berbunyi dengan kuat. Bakar terus mengeluarkan telefon dari poketnya lalu melihat ke skrin telefonnya. Wajahnya berubah menjadi gelisah dan risau.

"Kenapa?" Tanya Geetha dengan prihatin.

"Abang ipar aku... Dia telefon aku..." Kata Bakar dengan risau. Dia ragu ingin mengangkat telefonnya. "Aku takut sesuatu yang terjadi kepada Ali... Aku.. Aku dah tak kuat..." Air mata Bakar kembali bertakung didalam kelopak mata. Menunggu masa untuk keluar.

"Bawak bertenang. Tarik nafas lalu hembuskan... Lepas tu, baru angkat" Kata Leon. Dia juga harus kekal tenang, tapi melihat sahabatnya dalam keadaan yang sangat tertekan... Dia juga turut sakit. Begitu juga dengan Karya dan Geetha. Walau bagaimanapun, mereka berempat adalah kenalan lama, sahabat seperjuangan. Tentu telah banyak cabaran yang mereka telah lalui bersama.

Bakar melakukan seperti apa yang Leon suruh. Setelah itu, dia mengangkat telefon dari Ghazali.

.
.
.

Tbc.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now