Alexis hanya menghela nafas yang berat.
"Dokter... Jangan cakap yang..." Air mata Ghazali mula tumpah.
"Maafkan saya. Kami dah cuba yang terbaika untuk selamatkan anak Tuan. Tapi, takdir berkata lain. Tuhan lebih sayangkan anak Tuan." Kata Alexis sambil menampilkan raut wajah yang kecewa.
Ghazali terus terduduk mendengar kenyataan Alexis.
Bakar hanya diam, tidak mengeluarkan sebarang kalimat dari mulutnya. Dirinya juga ikut terduduk disamping Ghazali.
"Saya harap sangat, Tuan dan Encik tabahkan diri menghadapi segala dugaan ini..." Sambung Alexis lagi.
"Tak... Tak... Tak...! Ini semua bohong bukan?!" Marah Ghazali kerana tidak terima. "Anak saya masih hidup! ALI MASIH HIDUP!!!" Jerit Ghazali dengan penuh amarah. Dia berdiri dari duduknya.
"Ali takkan tinggalkan aku sendirian disini! Sebab dia sayangkan aku! Dan aku adalah Ayahnya!" Jerit Ghazali lagi. Dia terus menarik kerah baju Alexis. "Kembalikan anak aku! KEMBALIKAN ALI KEPADAKU!"
Bakar yang melihat Ghazali berkelakuan seperti itu, terus dia menarik Ghazali menjauh dari Alexis.
"Maafkan Abang Ipar saya.. Dok" Kata Bakar dengan perlahan.
"Tidak mengapa" Alexis membetulkan kerah bajunya. Lalu dia kembali menatap Ghazali dan Bakar. Jururawat wanita yang berada dibelakangnya hanya diam, tidak berbuat apa-apa.
"Apa maksud kau, Bakar?!!" Marah Ghazali. "Kau percaya apa yang Dokter ni katakan?! Kau percaya yang Ali tinggalkan kita?!" Marahnya lagi sambil mengamuk, dia melepaskan diri dari pegangan Bakar.
"Abang, dah lah bang! Jangan macam ni! Tak baik abang berbuat begini... Dah takdir, abang kena terima! Ali dah meninggal, dia dah mati!" Bakar cuba untuk menyedarkan Ghazali dengan ucapannya.
"Bakar, aku tau kau bencikan Ali... Tapi tidak usah berkata seperti itu kepada anak aku! Kalau kau bencikan Ali, pergilah jauh-jauh! Jangan datang sini lagi! Kau jangan nak buat aku yang bencikan Ali pulak. Cukuplah selama ini, aku dah bencikan anak aku sendiri... Buat anak aku terseksa dengan perbuatan aku sendiri... Tapi aku takkan ulangi perbuatan itu lagi! Aku akan tetap bersama dengannya!" Tengking Ghazali kepada Bakar. Bakar hanya menundukkan kepalanya.
Alexis hanya menggelengkan kepalanya. "Tuan, saya minta tuan bertenang dulu... Saya tahu, Tuan susah untuk terima kenyataan... Walaubagaimanapun, Ali adalah anak Tuan, permata Tuan... Dan mesti sulit untuk Tuan terima kalau permata Tuan sendiri dah tinggalkan Tuan... Tapi percayalah, saya tidak berbohong..." Alexis mengeluh berat. "Nurse, suruh mereka bawak keluar jenazah sekarang..." Kata Alexis kepada jururawat wanita itu. Jururawat wanita itu hanya mengangguk.
.
.
.Tak menunggu lama, beberapa jururawat lelaki dan seorang jururawat wanita itu keluar dari bilik pembedahan sambil menolak katil yang diatasnya terdapat seorang yang saiznya hampir sama persis seperti Ali.
Ghazali dan Bakar tidak dapat melihat wajah orang itu kerana ditutup oleh kain putih. Dari hujung kepala sehinggala hujung kaki.
Tepat dihadapan Ghazali, katik itu berhenti bergerak. Para jururawat segera ke belakang Alexis.
Tangisan Bakar semakin menjadi-jadi. Dia terduduk diatas kerusi sambil menutup wajahnya menggunakan telapak tangan.
Ghazali pula terlihat ragu untuk menyelak kain tersebut.
"Tuan, silakan... Buka dan cam wajahnya..." Kata Alexis dengan tenang.
Perlahan-lahan, tangan Ghazali mendekati kain itu lalu dia pegang. Dia menelan salivanya dengan kasar sebelum menyelak kain tersebut.
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...