"Haih, apasal aku terlibat sekali? Kenapalah kau kaitkan aku jugak?" Tanya Bakar dengan marah kepada Ghazali.
"Kau jangan nak banyak sangat mengeluh. Dah dia minta, nak buat macam mana kan... Lagipun katanya ini permintaan terakhir dia, entah betul ke tidak..." Kata Ghazali sambil menyilangkan tangannya.
"Eleh, nanti dia datanglah balik tu... Cayelah cakap aku"
"Hurm"
"Mana budak tu?" Tanya Bakar.
"Kat atas, masih tengah kemas baju... Entah apa yang dia kemaskan, aku pun tak tahu" Jawab Ghazali dengan malas. Dia membuka tv dan menekan-nekan remote tv itu untuk menukar saluran lain.
"Entah-entah dia nak bawak semua barang pusakanya tak? Hehe, manalah tau... Kot-kot dia tetiba mampus? Jadi bolehlah kita berikan barang dia dekat rumah anak yatim atau hospital, daripada buat semak kat rumah kan..." Kata Bakar sambil ketawa kecil.
"Eh, perlahankanlah sikit suara kau tu... Nanti budak tu dengar! Tapi, betul juga cakap kau... Haha" Ghazali juga ikut ketawa bersama Bakar.
.
.
."Ayah, Uncle... Ali dah siap!" Jerit Ali dengan gembira sambil menuruni tangga. Dia memikul sebuah beg besar pakaiannya dibahagian belakang. Manakala, dia membawa satu beg kecil untuk dibimbit. Beg kecil itu gunakan untuk keperluan seharian.
"Jangan menjerit sangatlah! Aku tau kau happy, tapi aku yang merana." Marah Bakar. Tapi Ali tidak memperdulikan Bakar dan terus berjalan mendekati mereka berdua.
"Ayah, Uncle... Tunggu apa lagi, jomlah kita pergi... Kita pergi bercuti!"
"Hurm, yelah. Mari sini beg kau, aku bawa masuk dalam kereta." Kata Ghazali sambil mengambil beg besar Ali.
"Okay, terima kasih Ayah!"
Ghazali tidak menjawab, dia mengambil beg itu dari belakang Ali dan bawanya ke kereta untuk dimasukkan kedalam bonet kereta. Bakar hanya mengikuti Ghazali dari belakang. Manakala Ali pula, dia sedang bersama dengan Comot yang suka bermanja-manja dengan Ali.
Tak berapa lama setelah itu, mereka pun masuk kedalam perut kereta dan terus bertolak ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Ali.
.
.
."Terima kasih, Ayah!"
Ghazali hanya memutar bebola matanya dengan malas. "Apa permintaan pertama kau?"
"Ali nak pergi bercuti dengan Ayah dan Uncle selama sebulan!"
"Lamanya, ini betul-betul permintaan terakhir ker... Atau kau saja je nak kenakan aku? Lepas habis sebulan tu, kau masih lagi disini bukan?" Tanya Ghazali dengan kasar
"Tak, Ali berkata benar. Selepas sahaja sebulan. Ali akan pergi sejauh mungkin dari Ayah dan Uncle, Ali janji! Ayah dan Uncle jangan risau, Ali takkan mungkir janji dan takkan berani untuk melakukan hal itu..." Kata Ali dengan bersungguh-sungguh. Niatnya mau sembuhkan penyakit dia sudahpun ia lupakan kerana dia terlalu ingin meluangkan masa dengan Ayahnya sebelum dia benar-benar pergi.
"Habis, 4 permintaan kau lagi tu macam mana pulak?" Tanya Ghazali.
"Ali akan beritahu 4 permintaan Ali semasa kita bercuti sama-sama nanti" Kata Ali dengan gembira.
.
.
.'1 permintaan terlaksanakan, 4 permintaan menyusul kemudian' Fikir Ali dengan gembira. Dia mencium puncak kepala Comot yang sedang tidur diatas ribanya itu. 'Nanti, bila aku dah takde... Kau jaga diri yer Comot? Aku sayang kau sangat-sangat. Kaulah teman terbaik aku sepanjang hayat aku kali ini' Fikirnya lagi sambil termenung melihat kearah luar tingkap keretanya. Sangat indah permandangan itu. Dia berharap sangat yang dia dapat melihat pemandangan indah ini satu hari nanti.
Ting!
Ali tersedar dari lamunannya apabila dia melihat mesej dari telefonnya....
1 message from your contacts :-
Dok.Alexis (1 message)
Ali, kamu berada dimana? Kenapa lambat sampai? Saya sedang menunggu kamu diruangan. (1 minutes ago)
Maaf, saya tidak mahu menerima rawatan.
Terima kasih atas usaha anda untuk menyembuhkan saya.
Tapi, saya sudah tidak memerlukannya kerana telah mendapatkan apa yang saya inginkan. (Delivered)...
Ali meletakkan telefon dan menghela nafas berat. Tak lama kemudian, telefonnya berbunyi lagi.
...
Dok. Alexis ( 4 messages)
Replay to you:
Kamu sudah hilang akal?
Kita sudah berjanji Ali untuk menyembuhkan penyakit mu, tapi kenapa kamu berubah fikiran?!!
Adakah sesuatu telah berlaku kepada kamu sehingga kamu membuat keputusan yang tak munasabah ini?!
Beritahu alasanmu yang sebenarnya.Replay to Dok. Alexis:
Saya tahu niat baik anda, Doktor.
Tapi, sungguh saya cakap... Saya sudah tidak memerlukannya lagi kerana telah mendapatkan apa yang saya mahukan selama ini.
Dok, saya merayu. Berhenti memaksa saya untuk melakukan rawatan yang menyakitkan itu, saya ingin menikmati hidup saya dengan bahagia sebelum berakhir.Replay to you:
Bagaimana nak nikmati hidup dengan bahagia jika ada penyakit serius seperti ini?
Ali, semakin lama... Penyakit kamu akan semakin parah dan akan jadi sulit untuk disembuhkan.
Kamu bahkan boleh dikatakan tidak mempunyai masa jika terus menangguhkan rawatan seperti ini.
Dan, kamu juga akan semakin sakit. Akan sulit jika kamu ingin menikmati hidupmu.
Waktumu tak banyak lagi, Ali.Replay to Dok. Alexis
Terima kasih atas nasihat anda Dok.
Saya tahu, saya dah tak banyak masa dah...
Sebab tulah saya nak nikmati hidup saya.
Tentang sakit itu, nanti pandai-pandailah saya tanggung sendiri, hehe...
(Delivered)...
Ali meletakkan telefon nya dan tak lupa untuk mematikan telefonnya. Dia mahu ada sebarang gangguan sewaktu dia sedang ingin bahagia dengan keluarga sendiri.
"Ayah, lambat lagi ke sampai?" Tanya Ali secara tiba-tiba. Ghazali sedang memandu kereta, Bakar pula sedang makan. Tempat duduk mereka berdua adalah bersebelahan. Ali pula duduk di bahagian kerusi belakang bersama dengan Comot.
"Lambat lagi, sabarlah sikit. Kau sendiri yang nak cuti kat sanakan. Lagipun tempat tu jauh... Aku ni, bukan driver kau. Sesuka hati je request tempat jauh. Buat habiskan minyak kereta aku je." Bebel Ghazali.
"Ala, Ayah janganlah bebel... Ali tanya je pon, takkan tu pun salah?" Balas Ali dengan sedikit manja.
"Ih, jijik pulak aku" Bakar mencelah sambil membuat muka jijik.
"Uncle ni, suka sangat gurau... Haha" Ali ketawa sedikit. Lalu dia terus memandang kearah luar tingkap keretanya untuk melihat pemandangan. Tak sampai beberapa minit, dia sudah pun terlelap. Dengkuran kecilnya dapat didengari oleh Bakar dan Ghazali namun mereka tidak pedulikan dan terus melakukan kerja mereka.
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...