Chapter 32

229 18 1
                                    

Ghazali telah pun bertolak ke pejabatnya kerana mendapat panggilan dari Setiausahannya. Sebelum berangkat, Ghazali sempat memberikan Ali kecupan kecil dibahagian dahi serta pelukan hangat.

Ali dan Bakar pula terus bertolak ke Arena M.A.T.A.

.
.
.

Sesampainya mereka disana, Bakar menyuruh Ali untuk mengikutinya ke Bilik Pemerhatian. Biasanya, bilik itu digunakan oleh Mentor untuk memerhati Ejen Muda yang sedang berlatih bertempur secara berkumpulan mahupun individu.

Ali hanya menurut tanpa membantah ataupun bertanya. Kerana dia tahu, keadaan dia saat ini memang tidak membenarkan dia untuk sertai Ejen Muda lainnya berlatih bersama. Jika dia memaksa untuk menyertainya, maka Bilik Rehat M.A.T.A adalah destinasi terakhirnya.

.
.
.

Pintu Kebal bilik itu terbuka luas setelah menerima kod yang dimasukkan oleh Bakar.

Geetha, adalah orang yang pertama yang menyambut kedatangan Bakar dan Ali. "Selamat kembali ke Arena M.A.T.A." Katanya dengan lembut.

Leon dan Karya, yang sedari dari tadi hanya memerhati Screen besar yang berada dihadapan mereka terus menoleh ke Geetha dan seterusnya ke Bakar dan juga Ali.

"Eoh, dah datang rupanya... Ingatkan tak nak datang" Kata Leon sambil tersenyum.

"Eleh, aku mana boleh kuat ponteng. Kesian Ejen Muda Kombat nanti, takde sapa nak ajar diorang sebaik-baik aku nie... Hehehe" Kata Bakar dengan berlagak sambil menepuk dadanya.

Karya dan Geetha hanya memutar bebola matanya dengan malas.

Geetha berjalan mendekati Ali. "Ali, kamu sihat?" Tanyanya dengan lembut.

"Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja.. Walaupun, masih belum sepenuhnya" Jawab Ali sambil tersenyum.

"Takpe, teruskan sahajalah berehat. Nanti, setelah mereka semua selesai latihan ini... Kamu kena ikut saya ke Bilik Tekno, banyak benda yang kamu ketinggalan." Geetha menepuk perlahan bahu Ali.

"Baik, Ejen Geetha" Ali mengangguk.

"Lebih baik kamu duduk disini dulu, kamu masih belum sihat sepenuhnya... Takutnya, ada yang pengsan karang" Kata Karya sambil menepuk kerusi yang tiada sesiapa duduki.

"Ouh... Baik, terima kasih Ejen Karya"

Karya hanya membalas dengan senyuman sahaja.

.
.
.

Geetha dan Ali sedang berada di Bilik Tekno. Manakala Leon, Karya dan Bakar sedang bersama didalam bilik pemerhatian untuk membincangkan prestasi Ejen Muda pada kebelakangan ini.

Sekarang tinggal Ejen-ejen muda yang sedang berehat di ruang Kantin.

"Uhuhu, susahnya latihan tadi..." Rengek Bulat sambil menyumbat makanan kedalam mulutnya.

"Memang susah pon, tapi nasib ja kita semua jalankan latihan tadi secara berpasukan..." Kata Roza yang masih mengunyah makanan "Kalau tak, teraniaya kita ni" Sambungnya lagi setelah dia menelan makanannya.

"Haih, lepas satu persatu Ahli Teammate  kita takde..." Keluh Khai.

Jet mengerutkan dahinya. "Maksud kau?"

"Kau tak perasan ke? Dah dua orang ahli Teammate kita takde kat sini... Dahlah semua Tekno pulak tu" Kata Khai dengan perasaan sedih.

"Haah, sekarang Tekno dah tinggal dua orang." Bulat juga turut bersedih. "Astu, kita jadi kena bahagikan team kita secara invalid." Sambungnya lagi.

"Ouh, Ali dan Kim ker?" Tanya Jet sambil menggigit makanannya.

"Yelah, abis tu sapa lagi kalau bukan diorang." Roza memukul bahu Jet perlahan.

"Hurm, Kim sedang menjalani hukumannya sekarang..." Sam menunduk. "Ali pula, entah apa sebabnya"

"Haah..." Moon mengangguk dan terus menoleh ke Alicia yang sedang minum air. "Alicia, Ali tak ada datang sekolah ke? Kau mesti tau dia kenapa kan, sebab korang satu sekolah" Soal Moon.

Semua orang yang berada disitu terus menoleh ke Alicia. Alicia hanya mengeluh sahaja.

"Takde, Ali dah lama tak datang sekolah. Katanya sakit, asyik demam" Jawab Alicia, membuat semua orang disitu menundukkan kepalanya.

"Uh, tadi kurasa aku ada dengar mentor membicarakan tentang Ali. Katanya, Ali ada disini kerna ingin menuntut pelajaran yang telah dia tinggalkan sepanjang dia tidak hadir. Kurasa begitu deh katanya." Rizka mencelah. "Kalau bener dia ada disini, tentunya dia sedang bersama dengan Ejen Geetha... Bukan?"

"Mungkin, mari kita pergi Bilik Tekno nanti..." Kata Moon yang tiba-tiba berdiri.

"Boleh juga, tapi sebelum tu... Habiskan dulu makanan korang" Kata Iman dengan lembut. Zass terus mengangguk laju.

.
.
.

Bilik Tekno.

"Uhuk, Uhuk, Uhuk!!!" Batuk Ali dengan kuat dan tidak terhenti-henti.

"Ali, kamu okay ke? Kuat betul kamu batuk..." Tanya Geetha dengan risau. Dia berhenti dari menaip sesuatu pada skrinnya dan terus beralih kepada Ali yang sedang menutup mulutnya menggunakan tangan.

"Saya... Uhuk! Baik-baik saja... Uhuk, uhuk!" Jawab Ali dengan kesulitan. Ali merasa telapak tangannya ada cairan panas. Dia terus melihat ke tapak tangannya. 'Darah...' Batinnya sambil berterusan batuk.

"Uh, lebih baik kamu disini dahulu... Saya nak keluar dan panggilkan Ejen Bakar. Dia mesti tahu bagaimana nak tangani keadaan kamu sekarang" Kata Geetha dengan panik. Perasaan risau menjadi campur dengan panik. Dia bangun dari duduknya dan ingin melangkah, tapi tangannya pula ditahan oleh Ali.

"J-Jangan... Saya dah okay." Kata Ali dengan lemah. Memang batuknya sudah menjadi reda sedikit. Namun ia digantikan dengan rasa sakit yang menyerang kepalanya dan juga dadanya. Membuatnya merasa sangat pening dan agak kesulitan untuk bernafas.

"Ali, kamu yakin?" Tanya Geetha untuk kepastian. Dia ragu mendengar pernyataan dari Ali. Menurut pemerhatiannya, keadaan Ali menjadi semakin buruk dari sebelumnya. Melihat Ali yang kesulitan semasa menarik nafas. Gengaman tangan Ali terhadapnya menjadi semakin erat.

Geetha menjadi semakin risau. Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia tidak boleh meninggalkan Ali dalam keadaan seperti ini.

"Ali, kamu dengar suara saya? Kamu dengar tidak?" Tanya Geetha sambil menahan badan Ali dari jatuh.

Ali menganggukkan kepala dengan perlahan. Hidungnya mula mengeluarkan cairan merah yang panas. Kepalanya semakin sakit, dadanya pula semakin sesak, menyulitkan dia untuk mempertahankan kesedarannya.

Geetha dengan cepat terus mengeluarkan sapu tangannya dan menyeka darah yang keluar dari hidung Ali. "Apa yang saya harus lakukan?!!" Geetha mendongakkan kepala Ali, berharap pendarahan hidung Ali akan berhenti.

Ali malah tumbang, jatuh terbaring diatas lantai tepat dihadapan Geetha. Geetha menjerit kepanikan. Dia duduk diatas lantai dan membawa badan Ali masuk kedalam pelukannya. Lalu dia bangun bersama dengan Ali yang sudah tidak sedarkan diri. 'Eh, ringannya.' Sempat lagi dirinya berbatin. 'Jangan hilang fokus, Geetha. Bawa Ali ke bilik rehat dengan segera. Mungkin disana saya akan dapat memulihkan keadaan Ali sedikit.' Batinnya lagi sambil berjalan keluar kearah Pintu.

Di masa yang bersamaan, Pintu Tekno terbuka luas dan menampilkan banyak sosok kecil dihadapan Geetha.

"Ejen Geetha?" Soal mereka serentak dengan terkejut melihat keadaan Geetha dihadapan mereka.

Baju Geetha dikotori dengan darah. Serta, Ali yang.... Berada dalam pangkuan Geetha.

"Kalian semua ketepi!" Geetha ingin keluar, namun dihalangi oleh semua Ejen Muda.

"Kenapa dengan Ali, Ejen Geetha?" Soal Rudy dengan risau.

"Sebenarnya, saya juga tidak pasti... Boleh kamu semua panggilkan Ejen Bakar dengan segera?" Soal Ejen Geetha dengan cemas.

.
.
.

Tbc

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now