Chapter 15

279 22 2
                                    

Saat dia membuka sahaja matanya, dia terus terkejut melihat keadaan yang berada disekelilingnya. Tempat itu adalah Taman. Awalnya, taman itu dipenuhi dengan bunga yang mekar dan berwarna warni. Rumputnya juga sangat hijau. Namun, semuanya berubah. Bunga-bunga disitu banyak yang layu dan mati.

Ditengah-tengah taman itu ada sebuah pokok besar yang menjadi pusat tumpuannya. Dan ada seorang perempuan yang memakai jubah putih dan juga bertudung labuh sedang berteduh dipokok itu. Di sekelilingnya ada banyak daun kering yang jatuh dari pokok.

Dia berjalan mendekati perempuan itu dengan perlahan. Langkahnya teragak-agak. Sehinggalah dia sampai ditempat wanita itu berteduh.

Sebelum sempat dia membuka mulutnya, wanita itu telahpun bersuara.

"Abang mesti tau kenapa saya disini." Kata wanita itu dengan suara yang lembut tapi kedengaran marah.

"A-Aliya? Ini kamu ke sayang?" Soalnya tidak percaya.

"Ya, ini memang saya Ghazali." Kata Aliya sambil berpaling menghadap wajahnya.

Ghazali ingin memeluk badan Aliya. Tapi belum sempat dia peluk, Aliya sudah pun mengundurkan dua langkah dari dirinya.

"K-kenapa ni sayang? Sayang tak suka ke jumpa abang? Abang rindu sangat kat sayang..." Kata Ghazali sambil menatap Isterinya dengan kecewa.

"Saya disini bukan kerana abang rindukan saya. Tapi saya disini, kerana abang telah membuatkan saya marah!" Tengking Aliya. Dahinya berkerut-kerut. Tangannya pula disilangkan didada.

"Marah? Marah kenapa... Abang ada buat salah ke dengan sayang?" Soal Ghazali dengan lembut.

"Bukan dengan saya. Tapi dengan Ali, anak kita."

"Oh"

"Maksud abang apa? 'Oh' ?!" Tanya Aliya dengan marah.

"Ali dah besar, sayang... Abang taknaklah manjakan dia, nanti karang dia makin manja... Susah nanti. Harap sayang faham" Kata Ghazali dengan tenang. Semua yang dia katakan adalah sebalik daripada apa yang dia maksudkan.

"Abang tak sepatutnya buat begitu kepadanya! Ini amaran pertama dan terakhir untuk abang! Kalau abang tetap dengan perangai begini, saya tidak teragak-agak untuk 'bawa' Ali duduk dengan saya! Faham!!!" Kata Aliya dengan tegas. Setelah itu, dirinya terus menghilang daripada pandangan Ghazali.

"Sayang?"
"Aliya?"
"Sayang?!! Aliya?!!" Panggil Ghazali secara terus-menerus. Dia masih bingung dengan kata Aliya disaat akhir itu.

"Aliya!!!" Panggilnya sekuat hati.
.
.
.

"Aliya!!!" Jerit Ghazali. Dia tersedar dari mimpinya. Peluh membasahi badannya sehingga tempat Ghazali tidur juga turut basah.

'Huh, mimpi rupanya...' Fikir Ghazali sambil melihat jam di dinding. Jarum jam yang pendek menunjukkan angka 6 dan jarum jam yang panjang menunjukkan angka 3. Jadi sekarang waktunya ialah 6:15 a.m..

Ghazali masih lagi terfikirkan tentang mimpinya tadi. Dia mengingat segala perbualan antara dia dan Aliya. Semuanya terasa sungguh nyata baginya. 'Apa maksud dengan menjemput Ali?' Fikirnya lagi. 'Ah, biarlah dia. Lantaklah nak cakap apa, baik aku mandi dulu.' Fikirnya sambil bangun dari katilnya dan mencapai tuala mandi.

.
.
.

"Ayah" Panggil Ali. Dia sekarang betul-betul berdiri dihadapan ayahnya sekatanh.

"Ni kenapa pulak kau halang jalan aku? Tepilah, aku nak pergi keja" Kata Ghazali dengan rimas.

"Tunggu ayah... Ali ada buatkan bekal untuk ayah makan waktu ayah dah sampai kat pejabat nanti. Ayah ambiklah, tak baik tau buat kerja kalau perut ayah kosong. Susah nanti ayah nak fokus sebab lapar..." Ali menghulurkan bekas makanan kecil yang berwarna hijau. Didalamnya, Ali sudah menyiapkan sandwich kegemaran ayahnya.

Ghazali hanya memandang bekas itu sambil tersenyum sinis. "Kau nak racun aku ke? Tetiba buat bekal bagai kepada aku... Dengan tangan kotor kau pulak tu." Lalu dia ketawa remeh.

Ali terus menundukkan kepalanya. "Ali hanya tak ingin ayah lapar sahaja... Lagipun ayah dah lama tak makan makanan yang Ali masak..." Ali terhenti seketika. 'Setelah ayah dan Uncle makin berubah. Semuanya berbeza.' Sambung Ali dalam fikirannya.

"Takde maknanyalah aku nak makan masakan kau. Baik aku beli. Bersih, sedap dan satu lagi selamat daripada racun." Kata Ghazali sambil memberikan Ali tatapan tajam. "Ada apa-apa lagi?" Tanyanya dengan malas. Ali terus menggelengkan kepalanya dengan cepat.

"Bagus, sekarang ketepi." Ghazali terus berjalan melintasi Ali. Tapi langkahnya terhenti saat Ali memanggil namanya. "Aduh, kau nak apa lagi?!" Marah Ghazali sambil berpaling menghadap Ali.

"Ayah tak nak bagi Ali salam ayah ke?" Soal Ali dengan perlahan. Dia menundukkan kepalanya apabila melihat wajah kemarahan ayahnya.

"Buat apa? Buat kotorkan tanganku sajalah kau ni.. Rimas betul aku duduk dalam rumah ni" Kata Ghazali sambil terus melangkah keluar dari rumahnya.

"Waalaikummussalam, Ayah..." Kata Ali secara tiba-tiba.

Dahulu, sebelum Ghazali keluar bekerja dia akan makan bersama anaknya lalu dia memberikan kucupan didahi anaknya dan mengucapkan salam sebelum keluar rumah. Tapi sekarang, semua berubah.

.
.
.

Hall Arena M.A.T.A.

"Hey bro!" Sam mendekati Ali sambil meletakkan tangannya dibahu Ali.

"Uh, hei Sam..." Balas Ali sambil tersenyum lemah.

"Kau ni asal? Kenapa aku tengok kau dah macam..."

"Macam apa?"

"Macam kurus? Makin kurus... Dulu kau chubby sikit, tapi sekarang kau dah tak terlalu chubby... Hahaha" Sam ketawa dengan perlahan.

"Aku mana ada chubby lah Sam, aku kurus je elok macam dulu"

"Yelah tue"

Ali terus menjeling Sam tajam.

"Ehehehe, jangan marah bro. Aku gurau je... Saja nak tengok kau ketawa sikit... Kebelakangan ini kau semakin senyap dan selalu keseorangan. Sikit-sikit tak datang kelas... Kau okay tak?" Tanya Sam dengan risau.

"Aku okey sajalah, cuma banyak fikir jer tadi. Lagipun, aku selalu tak sihat sikit kebelakangan ini... Itu yang selalu tak datang Arena."

"Tapi jangan ponteng sudah"

Ali mengangguk lemah. "Ye, aku tau..."

"Bagaimana kau boleh sakit kebelakangan ini? Kau banyak buat kerja ker?"

"Mungkin... Aku jarang tidur awal dan selalu tidur lewat astu kena bangun awal pulak" Kata Ali. Dia malas mahu terangkan panjang lebar kepada Sam. Jadi dia bohong sahaja.

"Tapi, takkan sebab tu kot?" Tanya Sam untuk kepastian.

"Ye, aku pasti..." Ali mengangguk laju.
"Kau tak nak pergi main dengan diorang ke?" Tanya Ali sambil memandang kearah Ejen Muda M.A.T.A yang baru sahaja tiba di Hall.

"Urm, kau?"

"Aku tak nak sebab aku nak ke kantin. Lapar pulak aku ni hehe" Ali terus bangun dan berjalan meninggalkan Sam. Begitu juga dengan Sam yang terus bangun dan berjalan kearah Ejen Muda lainnya.

.
.
.

Sambung atau tamatkan disini?

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now