Masa kian berlalu. Hari demi hari berubah menjadi minggu dan setelahnya berusah menjadi sebulan pabila cukup kitarannya.
Keadaan Ali semakin sembuh, luka pembedahan dibahagian kepalanya sudah semakin tidak terlihat dan Ali sudah bebas daripada harus memakai pembalut sepanjang masa.
.
.
.Ali sudah dipindahkan ke bahagian atas, dia tidak lagi berada diruangan bawah tanah ataupun ruangan yang dibina dengan besi ataupun memiliki peralatan perubatan.
Bilik tidur Ali terlihat sangat luas. Warna asas biliknya ialah biru dan merah, warna kegemaran Ali. Biliknya dipenuhi dengan rak-rak buku dan meja yang dipenuhi dengan pelbagai alat binaan seperti yang Ali miliki dalam bilik lamanya dirumah Ghazali. Tapi dengan kedudukan yang berbeza. Katilnya pula jauh lebih besar dari katil busuk lamanya itu.
.
.
.Ali berada didalam bilik tidurnya bersama dengan Keir, orang yang bertugas merawatnya sepanjang Ali koma.
Ali hanya menatap setiap pergerakan Keir dengan tajam.
Keir yang tampak menyedari hal itu segera bertanya tanpa ragu, "Kenapa Ali pandang abang macam tu...?"
“I just feel a little bit wondering... What does your face look like, behind that mask...” Jawab Ali dengan tenang, dia meletakkan jarinya dibawah dagunya lalu mengosok dagunya perlahan.
Keir tidak boleh menahan dirinya daripada ketawa kecil, dia membalikkan badannya dan menatap Ali. "Owww, dah boleh cakap Om puteh... Siapa yang ajar...?"
"Ali belajar sendirilah, saya gunakan masa terluang saya untuk belajar... Bukannya bermain... Taknak dah main, sebab makin lama rasa makin bosan..." Ali berkata dalam nada yang sedikit merengek tanpa ia sedar, dia memuncungkan bibirnya sedikit.
Kelakuan Ali boleh dikatakan sedikit, hanya sedikit manja, seakan dia sedang bercakap dengan seorang abang. Lupakan kenyataan yang dia anak tunggal Aliya hanya untuk sementara, dan biarkan dia menikmati masa ini.
Keir yang melihat itu, merasakan suatu perasaan yang asing. Tingkah Ali membuatkan dia merasa deja vu terhadap sesuatu yang sudah meninggalkan dia disuatu masa yang lama dahulu.
"Hm, baguslah macam tu... There is no time that wasted if we use it wisely, right?” Keir berkata menggunakan aksen British, sengaja dia ingin menguji kefahaman Ali dalam penggunaan bahasa English.
"Righttttttttttt... Betul sangat tu" Balas Ali dengan cepat, tanpa memakan waktu lama.
Berjaya membuatkan Keir tercengang untuk seketika, sebelum Keir terbatuk kecil. Ingin menutup rasa malunya itu.
"Ehem... Hmmm... Pandai betul kau ni. Sampai English punya British kau bedal" Keir berkata sebelum dia mengeluarkan tawa kecil dari bibirnya.
Ali juga turut ketawa kecil, dia menampilkan senyuman sinis diwajahnya. "Haha, ofcosss!"
Keir hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil, pabila dia mendengarkan kalimat English yang diubah oleh Ali secara sengaja. Walau sebutannya hampir mirip.
.
.
."Wajah abang buruk, Ali yakin ke Ali nak tengok....?" Keir bertanya, dalam nada yang lembut. Dia mendudukkan dirinya diatas katil Ali, tepat disebelah Ali.
"Ali yakin, ala... Semua ciptaan hensem dan cantik, kita sebagai manusia dan hamba Allah tak boleh mempertikaikan ciptaannya. Semua ciptaan Allah adalah sempurna dan baik." Ali berkata dalam keadaan yang lembut, dia mencuba untuk menghilangkan rasa insecure yang terdapat dalam diri Keir.
Keir hanya mampu tersenyum tipis dibalik topengnya itu. Dia tampak masih ragu, dan enggan untuk melepaskan topengnya semata-mata ingin memperlihatkan wajah aslinya kepada Ali. "Aku harap, keputusan aku ni betul. Sudah sememangnya tiba waktu untuk Ali tahu, siapa aku yang sebenarnya bagi dia..."
.
.
.Aliya baru sahaja pulang ke rumah itu setelah selesai pergi ke kampung yang diserang oleh gangster yang sama dari beberapa waktu dahulu.
Aliya merasa penat, dia meneruskan langkahnya ke dapur untuk mencari air yang dapat diteguk oleh nya. Untungnya dia menemukan air kotak coklat yang terdapat didalam peti sejuk.
Tanpa berfikir panjang, dia segera mencapai air kotak itu lalu dia teguk sehinggalah habis, hanya meninggalkan udara didalam kotak itu sebelum dia melemparkan ia kedalam tong sampah yang berwarna hitam.
Aliya kemudian bergegas ke ruang tamu, dia mencari sosok rupa milik Ali dan Keir.
Namun, hasilnya nihil.
"Eh? Mana diorang ni...?" Aliya bergumam kecil, sambil terus berjalan keluar halaman rumah dan terus mencari kedua sosok itu.
"Ali! Keir!" Jeritnya sedikit, dia kembali masuk kedalam rumah apabila dia tidak menerima sebarang reaksi atau tanda yang diberikan oleh Ali atau Keir.
"Ali! Keir! Korang berdua kat mana?!" Panggilnya lagi, sambil lalu diruang tamu.
Dia melihat kearah tangga, lalu berjalan dan menaiki tangga tersebut.
"WHAT THE HELL?! HOW IS IT POSSIBLE!?" Suara Ali yang menjerit, kedengaran seperti dia sedang terkejut dan merasa tertegun akan sesuatu membuatkan Aliya sedikit tersentak.
Aliya mempercepatkan langkahnya dan menuju ke bilik Ali dengan cepat, dia membuka bilik Ali dan segera bertanya dalam nada yang cemas. "Kenapa!? Apa yang terjadi-..."
Kalimat Aliya terpotong, pabila pandangannya tertumpu kepada Keir, dan topeng Keir yang sudah tampak berada diatas lantai.
"Keir, kau-" Aliya ingin berucap, dia tampak sedikit terkesan namun kalimatnya segera dipotong.
"Jadi, Mama dah tahu...?" Ali berkata dalam nada yang kedengaran seakan merasa kecewa dan terkhianati. "Kalau Mama dah tahu, kenapa Mama tak cakap?"
"Ali, dengar dulu-"
“Oh, so everything now makes sense.. Ali understood why when I was diagnosed with cancer... My doctor always advised and forced me to get treatment.” Ali berkata dalam nada yang perlahan, pandangannya tertumpu kepada Keir sepenuhnya. "Ternyata...."
"Maaf, Ali..." Keir berkata, dalam nada yang kedengaran sebersalah
.
.
.Maaf lagi sebab dah lama tak update, hehe... Al-maklum bin alasanlah, saya buzy astu kadang ii malas... Hehe, soryy
Now, question! Who knows Keir's true identity?
![](https://img.wattpad.com/cover/361331733-288-k783695.jpg)
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...