"Hurm, dah... Jom balik"
.
.
.Jam 8:00 malam, Rumah Ali.
.
.
.Ali membuka pintu rumahnya dengan perlahan. Sebelum melangkah masuk, dia menjenguk dulu sama ada Ayahnya sudah balik ataupun tidak.
"Awal balik. Taknak balik lewat lagi ke?"
.
.
.Satu suara yang mengejutkan Ali. Ali segera melihat sekelilingnya dan mendapati Ghazali sedang membelakanginya diruang tamu.
"A-Ayah... Ali boleh jelaskan..." Ucap Ali dengan takut, dia sudah pun masuk kedalam rumahnya dan berjalan mendekati Ghazali.
"Jelaskan apa?" Ghazali berpaling kearah Ali. Mukanya berwarna merah akibat menahan marah.
Ali menelan salivanya dengan payah. "Ali... Ali bukan saja nak keluar, Ali keluar nak pergi beli ubat. Ubat demam Ali dah habis..."
"Mana ubatnya? Takde nampak pun dekat tangan kamu. Kosong je" Soal Ghazali, masih lagi menahan amarah.
"A-Ali... Ali simpa-" Baru sahaja Ali mahu bercakap langsung dipotong Ayahnya.
"Tak usah berbohong Ali! Cakap sahaja yang kamu keluar bermain! Senang!" Tengking Ghazali dengan kuat. Amarahnya yang dia tahan sudah pun dilepaskan.
"Oh, ini ke sebab kamu taknak kesekolah?! Nak ponteng?! Nak bermain-main, hah?!!!" Tengking Ghazali lagi.
"Ali bukan pergi main ayah. Betul, Ali pergi beli ubat." Ali mencuba menahan tangis. Dia berusaha mempertahankan dirinya didepan ayahnya itu.
"Sudah! Jangan berbohong! Besok pergi sekolah! Walau apapun sekali, ayah nak tengok kamu pergi sekolah. Cakaplah kamu sakit sekali pun, ayah takkan percaya cakap kamu lagi! Faham tak?!"
"F-faham..." Ali menggangguk.
.
.
.Ghazali keluar dari rumah setelah sahaja mendengar jawapan Ali.
Ali tidak tahu kemana yang ayahnya pergi, dia meninggalkan Ali sendirian dirumah. Tanpa makanan satupun.
Mahu tak mahu, Ali kena juga ke dapur untuk memasak makan malam untuknya sebelum memakan ubat. Biarpun dia tak larat. Ali tetap gagahkan diri.
.
.
.To be continue...
Vote² ges!!!
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfic𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...