Ghazali memegang tangan Ali yang terasa sangat dingin. Dia mengelus tangan itu dengan lembut, seterusnya dia mengelus pula wajah anaknya yang pucat. Dia ingin menangis melihat keadaan anaknya yang berada di hadapan dirinya, namun air matanya tidak kunjung keluar seperti sudah kehabisan akibat dia menangis selama berjam-jam meratapi nasib anak lelakinya.
Bakar hanya menatap wajah Ali dengan tatapan kosong. Tangan Ali diambil lalu diletakkan diwajahnya. Seketika, ada satu memori yang terlintas di pikirannya.
.
.
."Uncle, kenapa Uncle sedih ni?" Tanya Ali. Dia berasa sangat pelik kerana melihat Bakar seperti tidak ada selera untuk makan makanannya. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Uncle kesayangannya, Fikir Ali.
"Urm, takdelah... Uncle hanya tak selera nak makan. Kamu taulah, uncle ni kuat makan... Bila dah berlemak macam ni, siapa je yang nak kan...?" Jelas Bakar. Terlihat raut sedih diwajahnya.
"Apa yang Uncle cakapkan nie...? Kenapa Uncle boleh fikir macam tu?"
"Takdelah, Uncle terfikir saja..." Kata Bakar sambil tersenyum tawar.
"Hurm, Uncle nak tahu something tak?" Tanya Ali sambil menampilkan senyum diwajahnya.
"Something? Apa tu...?" Soal Bakar balik. Keningnya diangkat sebelah dan dahinya pula berkerut-kerut.
"Uncle nak tahu, yang siapa paling hensem dalam dunia ni selepas Ayah?"
"Ha, siapa? Kau ke...?"
"Ish, bukanlah! Unclelah orang yang paling hensem tu... Selepas tu baru Ali!" Kata Ali sambil tersenyum bangga.
"Kenapa pulak kau cakap macam tu?"
"Haish, Uncle ni... Kan Ali terlahir hensem sebab Ayah dan Uncle hensem, Mama pulak cantik! Jadi.... Kalau Uncle, Ayah tak hensem astu Mama tak cantik. Mesti wajah Ali nie biasa-biasa je..." Kata Ali dengan bangga kerana ingin mempertahankan kenyataannya.
"Hurm..." Bakar masih lagi tidak tersenyum
"Uncle, senyumlah sikit... Senyum tu sedekah tau! Kalau Uncle senyum banyak-banyak, banyak pahala Uncle nanti. Terlebih lagi kalau Uncle senyum dekat Ali... Ali gembira, Uncle pun gembira!!!" Kata Ali sambil memainkan wajah Bakar. Tangannya beralih ke bibir Bakar. Dia memegang sudut bibir Bakar lalu ditarik keatas. "Ha, senyum macam ni!" Katanya lalu dia turut tersenyum gembira.
Bakar melihat kelakuan Ali yang berusaha untuk membuatnya senyum, dia hanya ketawa kecil sahaja. Lalu dia menarik tangan Ali dari wajahnya. Dia terus tarik Ali masuk kedalam pelukannya.
"Yelah, Uncle senyum... Puas?" Kata Bakar sambil masih ketawa kecil.
"Puas!" Ali mengangguk kepalanya dengan laju. Bakar terus tersenyum lalu dia memainkan rambut Ali.
"Ish, Uncle ni... Habis rosak rambut Ali" Protes Ali sambil memuncungkan bibirnya.
"Tak payah nak muncungkan sangat bibir tu. Nanti Uncle tarik bibir tu baru tahu" Ugut Bakar sambil tersenyum jahil.
"Ha yelah yelah..." Ali memutar bebola matanya dengann malas. "Nak manja sikit un takleh" Rungutnya.
"Meh sini kalau nak bermanja sangat" Bakar menarik Ali lalu menggeletek badan Ali.
"Uncle, haha... Janganlah! Gelilah Uncleeee!!! Hahaha, uncle!!!" Ali ketawa tanpa henti sambil berusaha mengelak.
.
.
.Bakar hanya tersenyum tawar. Dia tidak berhenti mencium tangan Ali yang sejuk itu. "Ali, bangunlah.. Jangan seksa Uncle dan Ayah macam ni.. Kami berdua sayang sangat dekat Ali.."
Ghazali hanya diam mendengar kalimat yang Bakar ucapkan kepada Ali. "Tolong bangun, Ayah nak peluk Ali sekuat-kuatnya.." Dia bangun dari duduknya untuk mencium dahi Ali. Dia berharap anaknya dapat mendengar setiap kalimat yang dia ucapkan. "Kalau Ali dah bangun nanti, Ayah janji... Ayah takkan tinggalkan Ali. Setiap saat, setiap waktu Ayah akan bermanja dengan Ali. Setiap hari Ayah akan cium kamu, peluk kamu... Ayah takkan hampakan Ali, Ayah taknak buat kamu sedih dah..." Katanya sambil masih teresak-esak.
.
.
.Ghazali telah pulang kerumah untuk mengambil beberapa pakaiannya. Dia ingin menenangkan dirinya yang asyik ingin menangis itu. Dia tidak mahu dirinya terlihat lemah di hadapan anaknya. Dia ingin terlihat kuat, seperti mana anaknya kuat menahan rasa sakit yang ia pendam selama ini.
Sekarang tinggal Bakar seorang sahaja yang sedang berada didalam ruangan wad Ali, menjaga Ali yang masih tidak sedarkan diri.
.
.
."Jadi? Apakah rancangan aku berhasil?" Kata seorang wanita. Dari suaranya, masih boleh disimpulkan kalau dia masih muda. Dia mengenakan jaket hitam yang panjangnya sampai melepasi punggungnya. Serta topeng muka hitam yang menutup separuh wajahnya, hanya menyisakan mata yang selalu memberikan renungan tajam kepada sesiapa yang berbicara dengannya.
"Tentulah, tapi jangan fikir itu rancangan kau saja. Aku pun ada mencelah juga" Kata seorang lelaki yang tidak mahu kalah dengan wanita dihadapannya.
"Huh, yelah." Wanita itu memutar bebola matanya dengan malas, lalu menyilangkan tangannya didada. Dia tersenyum sini setelah itu. "Tak sangka, aku ingatkan... Kau hanya seseorang yang tahu merawat orang sahaja... Tapi ternyata, kau juga ada bakat yang sangat menarik." Wanita itu ketawa kecil. "Bakat berlakon... Haha! Kau tahu, kau seharusnya mendapat anugerah Pelakon Terbaik Sedunia... Itu pun, kalau mereka menyedari bakat kau lah."
"Heh, kau jangan memandang rendah kepada aku. Aku bukan calang-calang orang. Aku hanya memberi sedikit pertolongan sahaja... Selebihnya kau yang uruskan. Bukankah itu yang tertulis dalam perjanjian kita sebelum ini...?" Soal lelaki itu diakhir ucapannya.
"Yah, kau benar... Apapun, ini ganjaranmu" Wanita itu menghulur sejumlah duit yang banyak.
Mata lelaki itu bersinar-sinar. Dia mengambil duit dengan kasar dari tangan wanita itu lalu dengan cepat menghidunya. "Ini memang duit yang sebenarnya! Haha, terima kasih yea. Lain kali jangan malu-malu kalau nak minta pertolongan dariku, akan aku jalankan sesuai dengan perintah yang diberikan!" Kata lelaki itu dengan gembira sambil tabik seperti askar. Kemudia dia mula mengira duit yang ia dapat.
Wanita itu hanya tersenyum sinis sambil melihat lelaki itu. "Ya, sama-sama... Apapun, aku juga nak berterima kasih. Kalau bukan sebab kau, mesti rancangan aku tak berjalan langsung."
"Haha, betul tu! Sama-sama." Balas lelaki itu dengan gembira.
.
.
.Tbc. This chapter is a lil bit short than usual... Hope you guys enjoy!
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfiction𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...