Keesokan Harinya...
.
.
.Bakar Pov
Semenjak balik dari kubur semalam, Abang aku terus berkurung dalam bilik. Tidak mahu keluar sama sekali. Biarpun aku memanggil banyak kali untuk suruh dia keluar, tapi tiada sebarang respon diberikan olehnya.
'Mungkin dia masih lagi bersedih' Fikirku.
Hari ini adalah hari pertama aku dan Abang menjalani kehidupan, tanpa Ali.
Mungkin agak susah untuk terima kenyataan, tapi aku kena cuba. Aku harus kuat, untuk abang aku. Dia yang paling terpukul dalam situasi sekarang.
And I understand, how that feels... When you lose someone closest...
.
.
.Author Pov
Bakar mambawa sebuah nampan yang berisikan semangkuk bubur ayam dan segelas air kosong yang sejuk. Dia sedang berdiri dihadapan pintu bilik Ghazali. Tanpa ragu dia memanggil abang iparnya.
"Abang..." Panggilnya dengan lembut. "Bukak pintu nie, Abang... Bakar ada bawakan makanan untuk Abang. Dari kelmarin Abang tak makan, mesti abang laparkan?" Sambungnya setelah itu.
Tidak ada sebarang respon.
"Abang... Jangan macam nie, please?" Katanya lagi dengan lembut. "Bukak pintu nie, dan hadapi realiti."
Ceklek!
Pintu bilik Ghazali mula perlahan terbuka. Bakar menolak pintu itu menggunakan badannya, dalam masa yang sama dia masuk kedalam bilik itu.Suram.
Itulah yang Bakar lihat sewaktu masuk dalam bilik Ghazali.
Dia meletakkan nampan yang berisi makanan itu diatas meja kerja milik Ghazali.
"Bang..." Panggilnya dengan lembut. Menatap sosok yang sedang menunduk dihadapannya.
Sosok itu yang dinamakan Ghazali terus mendongak, menampilkan wajah yang amat menyedihkan.
Bakar duduk disebelah Ghazali sambil mengelus perlahan belakang Ghazali.
"Sekali lagi... Aku kehilangan orang yang aku sayang dan cintai..." Kata Ghazali dengan suara yang serak. Bakar hanya mengangguk sahaja sebagai respon.
"Aliya kembali kepada Tuhan sebab dia sakit... Ali pula, macam Mama dia. Walaupun asalnya dia boleh sembuh, tapi dia lebih memilih untuk tidak sembuh sebab nak pergi ikut Mama dia... Dia tak tahan nak duduk dengan aku. Ini semua berpunca dari aku, aku yang buat mereka merana. Aku yang buat mereka terseksa..." Sesal Ghazali kepada dirinya sendiri. "Aku lebih pentingkan kerja daripada jaga Isteri yang sedang sakit... Aku lebih pentingkan diri dan tidak beri kasih sayang yang cukup untuk anak aku. Ini semua salah aku! Memang bagus mereka pergi, sebab mereka tak payah terseksa lagi sebab aku...!" Sambungnya lagi.
Bakar terkejut, dia tak menyangka yang Ghazali akan menyalahi dirinya sendiri. "Ya Allah, Abang! Tak baik cakap macam tu!" Marahnya kepada Ghazali. Dia memegang kedua bahu Ghazali, dan meneruskan kalimatnya. "Ini semua adalah takdir dari Allah, dan ujian daripada Allah kepada kita. Kita seharusnya kuat dan tabah menjalani ujian ini dari sebaliknya menyalahkan diri kita sendiri. Dan terima takdir yang telah ditetapkan. Allah takkan beri kita ujian melebihi kemampuan kita... Sedar disitu, Abang..." Katanya dengan lembut diakhir kalimat.
"Tapi aku tak kuat, Bakar... Hiks, Aku tak kuat..." Isak Ghazali sambil menundukkan wajahnya. Bakar menarik Ghazali masuk kedalam pelukannya.
"Aku pun tak kuat, Abang..." Bakar hanya menahan tangis. "Aku tak kuat sebagaimana kau lihat, tapi aku cuba untuk terima takdir dengan perlahan-lahan. Dan lalui ujian ini dengan tabah. Aku hanya manusia biasa, Abang. Sama seperti kau dan orang lain..." Dia mengelus-elus belakang Ghazali. "Dan semua manusia akan pergi. Itulah lumrah kehidupan ini.."
Ghazali hanya mengangguk sambil terus terisak-isak.
.
.
.Ghazali memakan bubur yang Bakar masak dengan perlahan. Saat ini, dia masih lagi teringatkan Ali, yang suka makan bubur Ayam masakannya. Jikalau air matanya masih ada, memang akan keluar. Tapi sekarang, sepertinya dia sudah kehabisan air mata. Dia hanya menatap sendu bubur itu.
Bakar melihat perilaku Ghazali, namun dia diamkan diri sahaja. Dia akan biarkan Ghazali seperti itu untuk beberapa waktu.
Dia memerlukan Ghazali dalam keadaan yang tenang, sama seperti keadaan Ghazali setelah dia berjaya menerima kematian Aliya. Itupun mengambil masa setahun. Bakar harus memikirkan cara untuk membuat Ghazali tenang dalam masa terdekat, selain itu membuat Ghazali supaya tetap ada semangat untuk hidup. Sungguh jika boleh jujur, keadaan Ghazali sangat menyedihkan dari sebelumnya.
"Abang, apa kata... Kalau Abang ambil cuti dahulu dan pergi tenangkan fikiran" Bakar memberikan senyuman yang lembut kepada Ghazali.
"Bercuti? Tenangkan fikiran?" Ghazali memberhentikan acara makannya dan berfikir sejenak.
"Yelah... Bakar tak mahu tengok Abang sedih dan berserabut macam ni. Nampak menyedihkan... Bakar hanya mahu Abang supaya tetap kuat, macam mana Abang kuat selepas kematian kakak!" Kata Bakar lagi dengan penuh semangat.
"Ehehe, menyedihkan?" Ghazali terkekeh kecil. "Untuk siapa abang nak kuat...?" Tanyanya pula, dapat membuat Bakar berhenti berbicara seketika.
"Untuk Bakarlah..." Jawab Bakar dengan tenang.
Ghazali terus menatap wajah Bakar yang sudah dihiasi dengan senyuman.
"Kita sekarang nie, ada satu sama lain. Jadi, kita berdua harus tetap kuat demi antara satu sama lain. Even though you are just a brother-in-law to me, it does not erase the fact that we are a family. A family united by the marriage between you and my sister. Jadi, abang adalah ahli keluarga Bakar sekarang. Walaupun kakak dan Ali dah takde, abang tetap akan jadi Abang Ipar kesayangan Bakar" Kata Bakar lagi dengan lembut sambil itu, dia mengenggam tangan Ghazali dengan erat.
Kali ini, Ghazali pula yang menarik Bakar masuk kedalam pelukan hangat miliknya.
"Terima kasih, Bakar... Terima kasih! Sebab ada disisi aku, dan beri aku kata-kata semangat..." Kata Ghazali tanpa menangis, dia hanya merasa terharu dan gembira sahaja saat ini. "Mungkin kau benar, aku kena pergi bercuti dan cuba tenangkan diri. Mungkin selepas aku balik, aku akan ada semangat hidup lagi..." Katanya sambil tersenyum lembut.
"Sama-sama, Abang..." Balas Bakar. Dia mengeratkan pelukannya. Ghazali hanya mengelus kepala Bakar dengan lembut.
.
.
.Ghazali diberi cuti oleh Bosnya untuk menenangkan fikiran selama dua minggu. Dia tidak mengsia-siakan kesempatan ini. Dia memesan tiket untuk ke Negara luar, dia akan menikmati keindahan dunia yang sememangnya akan dapat membantunya menenangkan fikiran.
Bakar pula hanya tetap berada di Bandar Cyber Raya. Dia hanya ingin tumpukan dirinya dengan M.A.T.A. sahaja. Dia akan melatih Ejen Muda Kombat untuk kuat seperti dirinya. Seperti mana yang pernah dia janjikan kepada Aliya, bekas Ejen Tekno terhebat pada masa dahulu. Tak pernah Bakar nafikan sama sekali kalau Ali juga kuat seperti Mamanya. Cuma menurutnya, Ali memerlukan lebih banyak latihan untuk jadi lebih kuat. Dahulu dia pernah berjanji, dan. Sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan. Dia gagal melatih Ali untuk jadi lebih kuat, dan ini tidak mematahkan semangatnya. Walau ianya turut memberikan dia luka yang besar.
.
.
.Tbc.
Okay, now I want to say that I am stressed with school... JUST WANT TO BURN THAT SCHOOL! But i can't😁
And I'm confused about how to continue to the next point... Aih, pray for me so that I am given lots of inspiration and ideas to continue this story 😓
Otherwise, this story will be suspended for a few days 😁 sorry
YOU ARE READING
I Tried | Ejen Ali (On Going)
Fanfic𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali, Mama yakin.. Ali mesti boleh.." "Ali.. Ali dah tak kuat, Mama.." . . . "Ali, bangunlah.. Jangan s...