Syahira mengusap batu nisan. Lemah saja ibu jarinya mengesat air mata yang masih mengalir. Sungguh dia sangat terkilan. Entah bila lagi boleh melawat pusara adiknya lagi.
"Assalamualaikum dik. Ni akak. Akak datang melawat adik ni." Selendang putih yang ditiup angin pagi dibetulkan. Syahira menoleh ke kanan. Matanya memandang kereta Honda HR-V berwarna merah. Matanya tertumpu semula pada pusara adiknya. Biarlah ayahnya menunggu.
"Maafkan akak... Akak tak boleh melawat adik lagi. Setiap minggu akak melawat adik. Tapi kali ini kita terpaksa berpisah." Batu nisan yang terpahat nama adiknya dipandang sayu. Senyuman pahit terlakar dibibirnya. Ah... Bagaimana dia ingin melupakan kejadian hitam yang meragut nyawa adiknya itu? bagaimanakah cara untuk dia maafkan dirinya sendiri?
"Dik... akak memang teruk, kan? Akak bukan kakak yang terbaik untuk adik. Akak cuba selamatkan adik. Tapi..." setitis demi setitis air mata mengalir semula di pipinya. Dia terima ketentuan Allah. Dia redha atas pemergian 'adiknya'. Mungkin Allah lagi sayangkan dia.
"Tapi kenapa hati kakak makin sakit, teringat kau pergi. Sepatutnya akak yang pergi. Bukan kau. Akak tak kuat dik. Akak tak kuat macam kau..." Air mata mengalir deras. Ah! Sekarang dia tak kuat nak tinggalkan pusara adiknya!
"Tapi akak dah janjikan dengan kau. Akak cuba kuat hadapi semua ni. Akak masih ingat lagi kata-kata terakhir kau. Takdir itu cukup menyakitkan. Tapi, tidak bermakna kita tidak boleh mengubah takdir. Akak akan pegang kata-kata ini sampai akhir hayat akak," air mata dikesat kasar. Rumput liar yang tumbuh di sekeliling pusara adiknya dicabut perlahan-lahan.
Beg yang diperbuat dari rotan dibuka. Surah Yasin diambil lalu dibuka. Surah Yasin dibaca dengan lontara suara yang sangat merdu. Setelah selesai membaca ayat suci Al-Quran Syahira terus menutup surah Yasin lalu menyimpan semula di dalam beg.
Bekas yang berisi kelopak bunga rose diambil lalu ditabur di atas pusara adiknya. Air diambil lalu disiram di atas pusara adiknya. Air yang mengalir di atas pusara 'adiknya' sama laju dengan air mata Syahira yang mengalir dipipi. Sayu sangat-sangat hatinya apabila dia teringatkan telatah adik kesayangannya sebelum 'adiknya' menghadap Ilahi.
"Maaf... akak tak boleh lama seperti selalu. Akak terpaksa berpindah. Nampaknya kita terpaksa berpisah. Jangan risau... akak tetap akan melawat adik. Cuma bukan selalu. Akak harap kita dapat jumpa di taman syurga ye. Assalamualaikum Syamira..." Senyuman nipis terlakar dibibir Syahira. Tangannya mengusap batu nisan adiknya. Beg dan jag kaca air diambil di sebelahnya.
Dia bangun lalu melangkah menuju ke arah kereta Honda HR-V berwarna merah milik ayahnya. Hari ini dia terpaksa berpindah dari negeri Perlis ke negeri Pahang atas sebab tempat kerja Umminya terpaksa ditukarkan kerana kekurangan pekerja.
Semakin lama semakin jauh dia melangkah menjauhi pusara adiknya. Syahira menoleh semula memandang pusara adiknya. Senyuman nipis terlakar di bibirnya. Dia menoleh semula ke hadapan dan meneruskan langkahnya. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Matanya memandang tanah.
Tipulah kalau dia kata dia tak sedih langsung akan perpisahan ini. Tambahan lagi punca kematian Mira itu berpunca dari dirinya sendiri. Walaupun kakaknya kata bukan dia yang punca Mira mati. Tapi dia tetap salahkan dirinya. tugas melindungi sepatutnya digalas olehnya. bukan Mira!
Langkah kakinya semakin lama semakin perlahan. Tanpa disedarinya. Bahunya dilanggar oleh seseorang. Syahira mengadu kesakitan. Kuat betul dia langgar. Dia ni tak puas hati dengan aku ke apa? Malas nak gaduh Syahira bergerak menuju ke kereta.
Lelaki yang melanggar bahunya menoleh ke belakang. Rasa bersalah semakin menebal apabila dia terdengar Syahira mengadu kesakitan.
"Awak!" Langkah Syahira terhenti sendiri apabila lelaki itu memanggil dia. Jap. Lelaki panggil dia ke? Ke dia je yang perasan. Kakinya seolah-olah berat. Kenapa kakinya tak boleh bergerak ni?
"Maaf sebab terlanggar awak tadi," sambung lelaki itu lagi. Angin kencang tiba-tiba lalu menyapa pipi Syahira dan lelaki itu. Selendang putih yang sedikit beralun akibat ditiup angin dibetulkan.
"Ta...tak de apa-apa sangatlah. Sikit je.." Syahira tak berani untuk menoleh ke belakang. Entah kakinya sangat berat dan tak mahu ikut arahan. Dah kenapa dia gagap pula ni? Setelah mendengar jawapan Syahira. Lelaki itu tersenyum nipis. Rambut depan yang ditiup angin tadi dibetulkan oleh lelaki itu.
"Terima kasih." Lelaki itu menoleh ke hadapan lalu menuju ke pusara kawannya. Syahira menoleh ke belakang. Tak ada orang? Mungkin dia dah pergi selepas ucap terima kasih kot. Harap-harap lah. Jangan makhluk itu su..dah lah. Syahira menoleh ke hadapan lalu menuju ke kereta.
..........
Tikar mengkuang kecil dibentang di sebelah pusara kawannya. Songkok dibetulkan. Bakul yang berisi kelopak bunga rose dan jag air diletak di sebelah kanannya. Lelaki itu tersenyum.
"Assalamualaikum Ara... aku datang melawat kau ni. Mesti keluarga kau melawat kau tadi, kan? Baru ingat nak bersihkan pusara kau. Tak apalah. Aku baca surah Yasin jelah ye..." Kelopak bunga rose berwarna merah di aras pusara kawannya diperhatikan. Setiap kali dia datang sini mesti akan bersih pusara kawannya. Ingatkan dia ada peluang untuk bersihkan. Rupanya tak. Dia yakin keluarga kawannya selalu sangat melawat kawannya. Mungkin setiap minggu. Lelaki itu menyelup poket baju malayunya untuk mengambil surah Yasin. Surah Yasin dibuka.
"Bismillahhirahmannirahim..." Bacaan Yasin dibaca dengan suara yang mendayu-dayu. Angin sempui-sempui bahasa menyapa wajahnya. Tanpa disedari air mata jantannya menitis di pipi. Sungguh. Dia sangat rindu kawan baiknya itu. Kalaulah dia terus halang kawannya dari pergi. Mesti kawannya masih hidup sampai sekarang.
.........
Kaki Syahira berjalan menuju kereta Honda HR-V berwarna merah. Langkah kakinya terhenti di bawah pokok mangga. Masya dan Zara hanya tersengih apabila mereka terlihat adegan yang tak dijangka. Sesi mengusik bermula!
"Kakak ni dah kenapa? Tiba-tiba tersengih. Seram pula Hira tengok." Sebelah keningnya dijungkitkan. Hairan dengan kedua-dua kakaknya itu. Tiba-tiba tersengih macam kerang busuk ni dah kenapa? Jangan macam-macam... dahlah sekarang ni mereka dekat tanah perkuburan Islam.
"Tak adalah... tadi kami baru je lepas tengok live drama depan mata. Yang paling best adik akak seorang ni yang berlakon," ujar Masya.
Dahi Syahira terus berkerut hebat. Sejak bila pula aku berlakon ni? Entah-entah...
"Dah mulalah dua orang kakak aku ni. Hira tak sengaja langgar dia. Nilah... bila Hira terserempak dengan lelaki je mesti ada pula yang fikir macam-macam," cebik Syahira.
"Bukan lelaki tu langgar adik ke?" tanya Zara.
"Dah. Tak payah nak peningkan kepala. Dia langgar adik, adik langgar dia. Jom masuk kereta."Ssempat Masya membebel sebelum dia membuka pintu kereta. Zara menjeling tajam wajah Masya. sabar jelah dengan mulut lancang Masya ni!
"Apa? nak gaduh ke?" Tak kuasa Zara nak layan! terkejut Masya apabila Zara menjulingkan matanya ke atas!
"Masya... dah. masuk kereta cepat. kita dah lambat ni." mendengar suara Umminya dalam kereta. Masya mendengus marah. nasib mereka perlu cepat!
"Jomlah! buat sakit mental je cakap dengan kakak kau tu!" Tergeleng kepala Syahira melihat pipi Masya sudah bulat. matanya melihat Masya sudah masuk ke dalam perut kereta. Baru saja Syahira ingin masuk ke dalam perut kereta. kakinya terpaku. Kepalang berpaling semula ke belakang.
Syahira mengeluh berat. Kepalanya memandang semula di tanah perkuburan Islam. Sayu hatinya melihat tempat persinggahan terakhirnya di Kuala Terengganu. Kesedihan terpancar di anak mata milik Syahira. Ya... dia perlu lepaskan segala kenangan bersama dua orang paling dia sayang. Adiknya, Mira dan cinta pertamanya. Mampukah dia mengubah takdirnya?
YOU ARE READING
Code Name: Nurmaira
Action"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...