"SIAPA datang tu?" Lufeeya menyoal hairan.
Walaupun gazebo yang mereka duduki ini berada di tepi rumah namun mereka masih dapat melihat dengan jelas perkarangan hadapan rumah keluarga Sakinah itu. Dan kini kelihatan sebuah kereta berwarna merah berada di hadapan rumah.
"Tak tahu. Dahlah mak ayah aku tak ada dekat rumah ni. Macam mana ni?" Sakinah mula tak senang duduk.
"Macam mana apa? Kau dah besar, pergilah sambut tetamu sana."
"Tapi kalau lelaki macam mana?"
Sakinah sudah bangun dari duduk tapi masih teragak-agak untuk melangkah.
"Pergilah tengok dulu! Mana tahu nak hantar barang ke apa. Mak Cah kan kuat shopping," balas Lufeeya dengan sengihan tidak bersalah.
"Temanlah aku!" Sakinah menarik lengan Lufeeya.
Lufeeya mendecit kecil namun tetap saja menurut arahan Sakinah.
"Eh, tak payahlah!"
Namun tak sempat dia jatuhkan kaki ke tanah, Sakinah menghalang. Dia memandang hairan Sakinah yang kini sudah tersenyum gembira ke arah gerangan yang sudah keluar dari kereta itu.
"Kau kenal ke?"
"Ucu aku!" Sakinah berkata sebelum menghilang dari pandangan mata Lufeeya. Dia mendekati seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan rumahnya dengan siap berkaca mata hitam.
Gaya dah macam datin-datin!
"Ucu Ja!"
"Baby!"
Sakinah yang mahu mendekati Ucu Ja itu terhenti. Tangan naik mencekak sisi pinggang. Berapa kali nak cakap yang dia tak suka dipanggil macam tu? Dia dah besar!
"Hehe! Meh sini meh. Lama dah kita tak jumpa. Ucu rindu!" Ucu Ja menggamit Sakinah untuk masuk ke dakapannya. Bila melihat Sakinah masih tak bergerak, dia sendiri yang dekati anak buahnya itu.
"How are you feeling, baby?"
"Great..." Sakinah membalas perlahan. Pelukan mereka dieratkan.
"Ucu ada dengar daripada ayah Kinah. Tak apa, fasal tu kita cakap nanti. Ni... your parents mana? Pergi dating?"
"Mak ikut ayah pergi ladang."
"Lepas tu tinggalkan you sorang-sorang dekat rumah?" tanya Ucu Ja dengan kening yang terangkat.
Mata Sakinah mengecil. "Kinah dah besarlah, ucu!"
Ucu Ja tersengih tak bersalah. Katalah macam mana pun tapi pada mata dia Sakinah tetap baby dia. Walaupun sebenarnya Sakinah tu dah boleh jadi mak baby dah!
Yelah, Sakinah seorang saja anak saudara yang dia ada. Dia dan ayah Sakinah, Encik Ali itu hanya dua beradik saja. Dan Encik Ali pula hanya punyai seorang anak.
Dan dia pula, masih tak ada anak sebab belum kahwin. Dia dikira anak dara tua. Andartu. Ah, fikir dia kesah ke? Yang penting dia bahagia dengan hidup dia sekarang.
"Kenapa ucu tak cakap nak datang? Ucu cuti berapa hari ni? Lama tak?" tanya Sakinah penuh berminat. Bukan dia tak tahu yang Ucu Ja sangat payah nak tinggalkan pejabat. Sibuk mengalahkan menteri.
"Saja buat suprise. Terkejut tak. Ucu saja aje datang nak melawat anak buah ucu ni. Sekejap aje ucu datang ni. Empat hari ucu cuti, tak lama pun."
Sakinah tersenyum berpuas hati dengan jawapan Ucu Ja itu. Lengan ibu saudaranya itu dipaut lalu dibawa untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Namun, langkahnya terhenti. Dia terlupa sesuatu.
YOU ARE READING
SAKINAH
RomantikSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.