Dua lima

141 16 5
                                    

"SAKINAH."

Sakinah angkat kepala dan melihat Mimi kini sedang membuka langkah yang besar bagi menghampiri dirinya di meja kerja.

"Kenapa?" Sakinah menyoal perlahan. Ruangan pejabat guru panitia itu diperhati. Masih kosong dan hanya dia dan Mimi berada di sini.

"Kau nak tahu tak?"

Mendengarkan itu, Sakinah tersenyum. Patutlah pagi-pagi lagi Mimi yang dari bilik guru di bawah itu sanggup mencemar duli ke pejabat guru panitia di atas ini. Ada benda yang mahu dikongsikan!

"Ha, fasal siapa?" Eh, ingat cikgu tak bergosip ke?

"Anak murid kau. Amira."

"Kenapa?"

"Dia dah datang sekolah."

"Oh, really? Macam mana kau tahu? Terserempak ke?" tanya Sakinah dengan riak terkejut. Tak sangka sepantas itu Amira berjaya dipujuk sedangkan baru saja semalam dia bertemu dengan Encik Nazrul.

"Haah, aku terserempak dekat bawah masa nak masuk sekolah."

"Siapa yang hantar dia?"

"Ha, ini topik utama!" Mimi menepuk tangan sekali.

"Obviously, bukan ayah dia yang hantar tapi aku rasa pak cik dia yang hantar. I mean, bukan pak cik sangat pun. Masih muda. Aku sempat tengok sekejap aje sebab kau tahulah kan pagi-pagi ni macam mana jalan depan pagar sekolah tu sibuk."

"Hmm, faham. Baguslah kalau Amira dah datang sekolah. Ringan sikit bahu aku."

"Kasihan kawan aku. Penat ya?" Mimi menyoal sambil tangan mula memicit kedua belah bahu Sakinah. Sakinah menggeliat laju.

"Geli!"

Mimi hanya ketawa.

"Kau rasa patut tak aku jumpa Amira? Atau biarkan je dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku?" tanya Sakinah sambil menongkat dagu.

"Kau sibuk tak?" Mimi pula bertanya.

"Sibuklah juga. Tapi ni bukan masalah sibuk ke tak, Mimi."

"Aku faham tapi bagi aku kalau kau sibuk, biarkanlah dulu. Jangan paksa keadaan. Biar dulu reda-reda dan biarkan dulu Amira tu. Tengok dulu dia macam mana, tengok juga keadaan dia dulu. Melainkan kalau kau dah memang tak ada kerja nak buat, ha barulah." Mimi tersenyum senget.

"Baiklah, Cikgu Mimi. Hari ni kau ada kelas dengan kelas aku kan?"

"Ya, aku ingat nak ulang balik secara ringkas topik-topik yang penting. Alang-alang Amira pun dah lama terlepas kelas aku ni."

Mimi mengajar subjek Sejarah. Mungkin sebab itulah dia suka ambil tahu fasal hal orang sekeliling. Agaknya mungkin kerana mahu kukuhkan skill menghafal sejarah hidup orang. Haha.

Sakinah gembira berkenalan dengan Mimi walaupun Mimi agak kepochi orangnya. Tapi percayalah yang Mimi hanya begitu ketika dengan dia sahaja. Jika dengan orang lain, Mimi akan bersuara hanya perlu saja sama seperti dia.

Mimi, sentiasa mengingatkan dia terhadap Lufeeya. Tak jauh beza pun personaliti mereka berdua.

SAKINAH memandu keluar dari pintu pagar sekolah. Sempat dia menyapa pengawal keselamatan yang sentiasa mesra orangnya. Keluar sahaja dari pagar sekolah, mata Sakinah terpaku pada sebuah kereta Honda City di seberang jalan.

Mata Sakinah tak tertarik pada kereta itu tapi lebih tertarik pada susuk tubuh seseorang gadis yang menghampiri kereta itu. Dia kenal gadis itu. Amira, anak muridnya.

Sakinah memperlahankan keretanya dan memarkir di belakang kereta Honda City itu. Amira balik dengan siapa? Dengan pak cik yang Mimi katakan itu ke?

Sakinah memerhati Amira yang sudah membuka pintu kereta. Anak muridnya itu tersenyum riang menyapa orang yang berada dalam kereta itu. Melihatkan itu, Sakinah hela nafas. Lega kerana melihatkan reaksi Amira itu, dia yakin mereka saling mengenali.

SAKINAHWhere stories live. Discover now